Jam menunjuk 4 pagi. Kebakaran sudah berjaya dipadamkan. Semua orang bersurai dan pulang ke villa masing-masing. Manakala, polis dan pihak Bomba masih di tempat kejadian untuk membuat penyiasatan punca kebakaran.
Velvet and Rich
Rich dan Velvet berjalan pulang ke villa setelah melihat kebakaran.
"Rich, awak rasa..dalam rumah tu ada permata dan berlian tak?" - Velvet
"Tak pasti. Kita pun tahu villa tu milik ahli perniagaan permata dan berlian." - Rich
"Tadi saya dengar pihak Bomba cakap, pasti ada banyak barang bernilai dalam villa tu. Saya rasa semuanya sudah jadi abu kerana kebakaran tadi sangat dahsyat." - Velvet
"Jom kita lumba lari, siapa sampai dulu. Dia menang. Siapa kalah, dia kena masak untuk sarapan pagi nanti"-Rich
"Argggghhh.. Tak naklah. Penat.." - Velvet
Rich berlari anak-anak, manakala Velvet berjalan bersahaja. Tiba-tiba Velvet ternampak seorang perempuan sedang baring di bawah pokok berhampiran dengan villa mereka.
"Rich, ada orang terbaring di bawah pokok. Dia dah mati ke?"- Velvet
Rich memeriksa keadaan Eileena. "Dia masih hidup. Saya rasa dia adalah penghuni villa yang terbakar tadi. Dia tercedera teruk" - Rich
"Apa patut kita buat?" - Velvet
"Kita panggil ambulan" - Rich
"Tolong.. Jangan bawa saya ke hospital. Ada orang nak bunuh saya. Tolong selamatkan saya." - Eileena
Rich dan Velvet saling berpandangan. "Rich, mari kita bawa dia pulang ke villa. Kita rawat dia." - Velvet
Velvet telah merawat Eileena. Dia membiarkan Eileena berehat di bilik tidur tetamu. Kemudian dia menyediakan sarapan.
Selepas sarapan, Velvet mengetuk bilik Eileena.
"Boleh saya masuk?" - Velvet
"Masuk lah." - Eileena
"Saya bawakan sarapan. Tangan awak, OK? Kalau tidak, saya tolong suapkan."
"Tangan kiri saya masih rasa sakit dan perit. Sebelah kanan, OK sikit. Saya cuba makan sendiri. Terima kasih."
"Lepas sarapan, saya akan periksa lagi tangan awak. Nama saya, Velvet. Nama awak, siapa?"
"Nama saya, Eileena. Panggil Eil saja. Terima kasih kerana selamatkan saya."
"Saya tinggal bersama abang saya, Rich."
Setelah mereka berborak santai, Velvet meminta diri untuk keluar bilik. Dia menyuruh Eileena berehat. "Kalau awak perlu apa-apa, awak boleh panggil saya."Velvet terus keluar dari bilik tidur Eileena. Dia segera berjumpa dengan Rich. "Rich, saya rasa kita jangan tanya apa-apa dulu pasal villa terbakar tu. Saya nampak dia belum bersedia untuk berkongsi cerita. Kita biar dia suai diri dengan kita dulu".
Rich hanya mengangguk perlahan tanda setuju.
Pihak polis menghubungi Edward.
"Encik Edward, pihak kami telah menjumpai 2 mayat dalam kebakaran villa. Menurut pihak forensik, mereka sudah mengenal pasti mayat tersebut. Mayat tersebut adalah Lisa dan Melly."
YOU ARE READING
Dia Kekasihku
RomanceEileena terpaksa dilelong oleh Mafia kepada jutawan-jutawan yang bernafsu syaitan. Edward tidak percaya akan sebuah perkahwinan. Tetapi dia perlu mencari seorang gadis yang sanggup melahirkan seorang anak lelaki untuknya supaya dapat mewariskan pern...