2. Turunnya Nabi Isa

211 5 0
                                    

Akhirnya Nabi Isa akan kembali ke bumi dengan sepasang tangannya diletakkan pada sayap dua malaikat yang membawanya turun berdekatan menara putih di sebelah timur Masjid Jami' Damsyik. Perkara pertama dilaksanakan oleh Isa di bumi adalah solat subuh di masjid berimamkan al-Mahdi. Usai solat subuh, Isa pun menyuruh jemaah masjid membuka pintu masjid di saat Dajjal dan 70 ribu Yahudi pengikutnya yang lengkap berpedang sedang menunggu di hadapan masjid untuk berperang serta membunuh Mahadi.

Ternampak saja Nabi Isa, Dajjal pun terkejut hingga mencairkan rupa paras penyamarannya. Lantas dia melarikan diri. Melihatkan keadaan dan reaksi sebegitu rupa Dajjal yang dianggap Tuhan itu, para pengikutnya habis bertempiaran lari. Maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal hingga dapat menghadangnya di pintu masuk ke kota Lud (Lydda), Palestin lalu membunuhnya dengan sebilah tombak.

Kemudian Isa dan Mahadi serta umat Islam akan memburu dan membunuh kesemua Yahudi pengikut Dajjal hingga tak berbaki. Kedua-dua tokoh terbilang itu akan berganding bahu mematahkan salib, membunuh 'babi' dan menghapuskan jizyah serta menyeru manusia kepada Islam. Di zamannya, Allah akan menghancurkan seluruh agama lain kecuali Islam.

Semasa dalam proses menghapuskan kebatilan yang ditinggalkan oleh Dajjal, Imam Mahadi wafat di atas katil baginda. Tiada lagi yang lebih layak daripada Nabi Isa untuk menaiki takhta. Oleh itu, Nabi Isa segera di lantik menggantikan Mahadi.

KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMATWhere stories live. Discover now