TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT (REWRITE VERSION)

718 6 2
                                    

Pada penghujung zaman yang serba canggih ini akan meletus Perang Dunia Ketiga yang amat dahsyat di antara negara-negara yang memiliki bom nuklear dengan saling berbalas tembakan roket nuklear. Peperangan ini berlangsung dalam masa yang singkat tapi kesannya teramatlah teruk.

Natijah nuklear yang digunakan secara keterlaluan bukan sahaja banyak kebinasaan yang terjadi, peralatan berteknologi juga sudah tidak berfungsi lagi kerana kehilangan gelombang elektromagnetik . Maka manusia pun memasuki fasa zaman yang mundur dimana haiwan tunggangan menggantikan kenderaan canggih sebagai alat pengangkutan dan pedang menggantikan senjata api sebagai alat untuk melindungi diri.

Dalam zaman kegelapan inilah muncul Imam Mahadi yang memimpin bala tentera muslimin menawan Semenanjung Tanah Arab yang berada dalam pergolakan. Kemudian baginda akan terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan kerajaan-kerajaan yang kuffar dalam Perang Dunia Keempat. Dengan dibantu tenteranya yang gagah berani walaupun cuma bersenjatakan peralatan perang tradisional, baginda menghancurkan mereka satu persatu termasuklah Yahudi Israel sebelum menakluk Istanbul.

Maka keluarlah dajjal berusaha untuk menyesatkan manusia dan memerangi Imam Mahadi. Laknatullah yang mengakui dirinya Tuhan ini akan bermaharajalela selama 40 hari. Hari pertamanya panjang seperti setahun, hari keduanya panjang seperti sebulan, hari ketiganya panjang seperti seminggu dan 37 hari lagi panjangnya seperti hari-hari biasa. Ia menjejakkan kakinya di segenap pelusuk bumi kecuali Mekah dan Madinah.

Perubahan masa tidak menjejaskan Dajjal kerana ia di antara makhluk yang ditangguhkan ajal oleh Allah. Ia pernah cuba menyesatkan umat Nabi Musa di Sinai dan pernah menduga Nabi Isa menerusi seorang pemuda. Ia kemudian dibelenggu di sebuah pulau di Laut Yaman pada seumur hidup Nabi Muhammad. Kewafatan Rasulullah s.a.w membebaskan Dajjal dan ia bakal menzahirkan diri di zaman kegemilangan Imam Mahadi.

Dajjal ini sukar untuk diatasi oleh Imam Mahadi disebabkan keampuhan ilmu sihir yang dimilikinya. Antaranya dia berupaya untuk menyeru hujan supaya turun dan menyeru pokok supaya tumbuh serta menghidupkan orang yang sudah mati.

Saat inilah Nabi Isa kembali ke bumi pada subuh hari diturunkan oleh dua malaikat berdekatan menara putih di sebelah timur Masjid Jami' Damsyik. Usai solat subuh berimamkan Imam Mahadi, Nabi Isa menjumpai Dajjal yang diiringi 70 ribu bala tentera Yahudi Isfahan menunggu di hadapan masjid . Lantas baginda mengejarnya hingga dapat menyekatnya di pintu gerbang ke Kota Lud (Lydda), Palestin lalu merejam tombak membunuh Dajjal.

Kemudian baginda dan Imam Mahadi dengan disertai umat Islam berganding bahu membantai Yahudi Isfahan serta menghapuskan agama lain yang menyekutukan Allah. Belum pun habis matlamatnya membasmi kebatilan yang ditinggalkan oleh Dajjal, Imam Mahadi wafat dan digantikan oleh Nabi Isa sebagai pemerintah yang berikutnya.

Baru saja diangkat untuk memimpin, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa bahawa Yakjuj dan Makjuj akan dilepaskan lalu memerintahkan Nabi Isa supaya berlindung di Bukit Tursina bersama pengikutnya. Maka dua kabilah yang tiada upaya untuk ditewaskan ini pun menyerbu dan menderu keluar dari tembok yang dibina Iskandar Zulkarnain Cyrus yang mengurung mereka selama ini. Bilangan mereka terlalu ramai hingga memenuhi seluruh daratan di muka bumi. Dengan ganasnya mereka membunuh dan membinasakan setiap makhluk bernyawa yang dijumpai mereka.

Akhirnya Nabi Isa berdoa memohon pertolongan Allah. Allah lalu memakbulkannya. Matilah kesemuanya serentak ibarat matinya satu jiwa berpunca daripada ulat yang muncul di leher mereka. Selepas itu berterbangan datang sejenis burung dalam jumlah yang ramai memindahkan bangkai dua bangsa berkenaan. Kemudian turun hujan membersihkan permukaan bumi sekaligus menyuburkan kembali Tanah Arab dengan padang rumput yang menghijau serta sungai-sungai yang mengairi semenanjung berkenaan.

KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMATWhere stories live. Discover now