4, 5 & 6. Tiga Al -Khasf

204 6 0
                                    

Al-Khasf bermakna ditenggelamkan ke dalam bumi dan hilang di dalamnya. Sebelum menimpa jazirah arab, penenggelaman bumi ini berlaku terlebih dahulu di pulau sebelah timur dan barat yang pada suatu masa dahulu pernah terselamat daripada dendam Yakjuj serta Makjuj. Tiga wilayah ini tenggelam keseluruhannya yang pastinya mengorbankan setiap penghuninya sama ada kufur atau sebaliknya. Inilah dia tanda besar kiamat yang keempat, kelima dan keenam.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.anhu (isteri baginda Rasulullah saw) , beliau berkata, "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sepeninggalanku akan terjadi penenggelaman di timur, penenggelaman di barat, dan penenggelaman di Jazirah Arab."

Aku bertanya, "Apakah bumi akan ditenggelamkan sementara di dalamnya ada orang-orang yang soleh?"

Rasulullah ﷺ berkata kepadanya, "Jika penduduknya sudah banyak melakukan kefasikan dan kekejian."

Ibnu Hajar rahimahullah berkata, "Dan telah ditemukan penenggelaman di berbagai tempat, akan tetapi mungkin saja bahawa yang dimaksud dengan tiga penenggelaman adalah sesuatu yang lebih dahsyat daripada yang telah ditemukan, seperti ukurannya dan tempatnya yang lebih besar."

Khasf di jazirah arab adalah tanda kiamat qubra yang ke enam. Sebahagian daripada jazirah arab (tenggara jazirah arab) tenggelam dalam kejadian ini. Tidak lama kemudian, menyusul pula tanda kiamat yang ke tujuh dipanggil ad-dukhan.

KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMATWhere stories live. Discover now