Binasanya Yakjuj serta Makjuj adalah sebagai penanda permulaan kehidupan seumpama utopia kepada penghuni bumi. Sejak binasanya makhluk itu, tiada lagi kejahatan di atas muka bumi di bawah pemerintahan Nabi Isa yang disanjungi rakyatnya. Mereka hidup aman damai hampir sedekad lamanya.
Bukan sahaja tiada permusuhan sesama manusia, di antara haiwan juga tenang tanpa perseteruan walau di antara haiwan pemakan daging dengan haiwan pemakan tumbuhan. Begitulah juga perhubungan di antara manusia dengan haiwan liar yang tiada sebarang konflik langsung. Inilah zamannya di mana seluruh makhluk di atas permukaan bumi hidup bahagia dengan rahmat Allah sepenuhnya dengan tanpa sebarang penderitaan dan kesusahan. Inilah era utopia yang dinanti-nanti.
Walau bagaimanapun, manusia kini amat berkurangan jumlahnya berikutan keganasan bangsa paling zalim itu. Kawasan di bumi yang berpenghuni cuma jazirah (semenanjung) arab , sebuah pulau besar di timur dan sebuah pulau besar di barat. Cuma tiga kawasan sahaja. Bahagian lain bumi seperti benua Asia, Eropah dan Afrika habis dibinasakan umatnya oleh Yakjuj dan Makjuj.
Tetapi meskipun cuma jazirah arab saja bahagian tanah besar yang boleh di diami selepas kerosakan yang dibawa Yakjuj Makjuj, hujan yang melanda seluruh permukaan bumi selepas kematian dua kabilah berkenaan mengembalikan semenanjung itu kepada wilayah yang sangat subur dan makmur. Bumi itu bukan lagi padang pasir tandus yang luas saujana mata memandang, sebaliknya ia kini berubah kepada bumi yang penuh dengan tumbuhan menghijau. Jazirah arab kembali aman makmur bersama kepadatan penduduknya yang semakin meningkat.
Dijelaskan dalam hadits dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak akan tiba hari Kiamat hingga tanah Arab kembali hijau penuh dengan tumbuhan dan sungai-sungai."Sesudah tamatnya ancaman maut Yakjuj dan Makjuj, baitullah juga kembali dimeriahkan oleh manusia yang mengerjakan ibadah haji serta umrah.
"Akan didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji dan umrah setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj" (Hadis Riwayat Bukhari).
Teori lanjutan dua pulau besar:
Selepas kerajaan baginda pulih semula, baginda pun menghantar rombongan-rombongan untuk mencari kaum lain yang berkemungkinan terselamat daripada Yakjuj Makjuj. Maka terjumpalah oleh mereka dua buah pulau tersebut dan baginda lantas memperkukuhkan agama Islam di sana.Nabi Isa melanjutkan terus kepemimpinannya . Baginda kemudian menunaikan haji, bernikah dan punyai anak sebelum wafat pada usia 40 tahun setelah 7 tahun tinggal di bumi.
Menurut hadis riwayat Abu Daud,
"Pada masa beliau, Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin mensolatinya." (HR. Abu Daud no. 4324 dan Ahmad 2/437. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih)Selepas Nabi Isa, tampuk pemerintahan kemudian di pegang seorang raja bernama Jahjah, disusuli empat atau lima orang lagi raja secara berganti-ganti.
Menurut riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah ﷺ bersabda, "Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah."
Hadis lain pula mengatakan pengganti Nabi Isa bergelar al-Qahtani. Dia akan memerintah dengan penuh keadilan menggunakan undang-undang Islam seperti juga pemimpin-pemimpin sebelumnya itu selama 7 tahun. Di bawah pemerintah selepas daripadanya, barulah manusia kembali korup, menunggu detik terbitnya matahari di sebelah barat.
Imam Ahmad serta al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak akan tiba hari Kiamat hingga keluar seorang laki-laki dari Qahtan yang menggiring manusia dengan tongkatnya."

YOU ARE READING
KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMAT
ParanormalKiamat pasti datang. Tapi sebelum tibanya kiamat, 10 peristiwa aneh akan menyusul terlebih dahulu. Enam yang terawal punyai tempoh masa yang jauh antara keenam-enamnya. Empat yang terakhir pula terjadi satu persatu seumpama tasbih yang terputus tali...