1. Akibat keganasan Yakjuj dan Makjuj, terlalu ramai manusia yang mati sehingga hanya tinggal 3 tempat yang berpenghuni termasuk semenanjung tanah arab.
2. Selain jazirah arab, dua lagi tempat yg terselamat dari Yakjuj dan Makjuj mungkin Habsyah serta Turki.
3. Zaman utopia dimana manusia hidup aman makmur tiada langsung perkelahian bukanlah semasa hayatnya Imam Mahadi tapi semasa hayatnya Nabi Isa selepas tewasnya Yakjuj dan Makjuj.
4. Penenggelaman bumi terjadi terhadap 3 tempat yg terselamat daripada Yakjuj dan Makjuj
5. Al-khasf di timur mungkin terjadi terhadap Habsyah selepas Zussuwaqatain dari Habsyah meruntuhkan kaabah.
6. Al-Khasf di barat mungkin terjadi terhadap Turki.
7. Al-Khasf di jazirah arab mungkin terjadi terhadap tenggara jazirah arab di mana hari ini terletak negara U.A.E, Qatar dan Oman.
8. Ad-dukhan, matahari terbit sebelah barat, dabbah, angin nyaman dari Yaman/Syam dan api yang keluar dari Yaman menghalau manusia ke Syam kesemuanya hanya berlaku di semenanjung tanah arab.
9. Ad-dukhan merupakan peringatan terakhir daripada Allah supaya manusia bertaubat sebelum pintu taubat ditutup.
10. Tidak perlu al-Quran untuk bertaubat dan tidak perlu al-Quran untuk menunaikan ibadah haji

YOU ARE READING
KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMAT
ParanormalKiamat pasti datang. Tapi sebelum tibanya kiamat, 10 peristiwa aneh akan menyusul terlebih dahulu. Enam yang terawal punyai tempoh masa yang jauh antara keenam-enamnya. Empat yang terakhir pula terjadi satu persatu seumpama tasbih yang terputus tali...