Keesokan harinya, menyusul fenomena aneh tanda besar hari kiamat yang ke sembilan mengikut urutannya. Ia adalah Dabbatul Ard @ Dabbah yang selalu ditafsir dalam senarai tanda-tanda besar hari kiamat sebagai binatang yang melata atau merayau di atas muka bumi.
Binatang ini boleh bercakap, mengatakan tentang ketidak yakinan manusia terhadap kebesaran Allah. Ia cuma seekor saja, besar tinggi, mencapai 60 hasta jika berdiri. Ciri-ciri lainnya ialah mempunyai sepasang sayap mirip sayap kelawar, berkaki empat, bentuk badan seperti keldai, kepala iras kepala lembu, mata iras mata khinzir, telinga iras telinga unta, ekor iras ekor kibas, bulunya halus dan berbelang seperti harimau serta bertanduk dua.
Ibnu Juraij berkata : "Binatang itu kepalanya seperti kepala lembu, matanya seperti mata babi, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warnanya seperti warna harimau, rusuknya seperti rusuk kucing, ekornya seperti ekor kibas, tingginya seperti unta"
Binatang ajaib ini boleh berdiri dan berjalan seperti manusia. Ia membawa bersamanya tongkat Nabi Musa dan cincin Nabi Sulaiman. Setelah matahari terbit sebelah barat, ia keluar pada malam Jumaat dari perut bumi menerusi rekahan di Bukit Saffa yang terletak di Mekah. Rekahan ini masih belum wujud kerana waktunya belum tiba.
Makhluk asing ini berkeliaran apabila keluar, tetapi masih belum diyakini kewujudannya oleh orang ramai disebabkan oleh kegelapan malam. Bila siang barulah jelas pada mereka.
Ia menjadi satu ketakutan pada waktu itu membuatkan mereka tidak berani keluar dari rumah. Makhluk itu berlari dan terbang mengejar mangsanya, menangkap semua manusia yang dilihatnya. Sesiapa yang ditangkap dipegangnya seumpama patung saja. Lantas berbicara meminta jangan takut kepadanya kerana ia tak akan sesekali memakan manusia, sekadar mengeluh kenapa manusia tak mahu beriman kepada Allah sedangkan bukti wujudnya Allah adalah nyata dan kiamat kian dekat.Binatang ini punyai kebolehan untuk melihat keimanan manusia demi menjalankan tugasnya. Kalau orang yang ditangkapnya didapati beriman, cincin itu akan digosok pada mukanya menyebabkan cahaya bersinar-sinar memancar dari muka orang berkenaan. Tetapi bagi orang yang kufur, diketuk kepalanya dengan tongkat lalu mukanya jadi hitam legam. Raksasa ini akan mengembara di merata tempat menjalankan tugasnya selama kira-kira 40 hari.
Meskipun perihal dabbah yang telah di utarakan tadi nampak hebat, ia cuma cerita riwayat yang tiada dalilnya terutama dari segi rupa fizikalnya. Hal dabbah yang paling layak dipercayai adalah dari pendapat yang berdasarkan terlebih dahulu kepada al-Quran. Ada sepotong petikan surah al-Quran yang secara khusus menyebut tentang dabbah:
"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami."[Surah An-Naml: ayat 82] , yang membawa maksud apabila matahari terbit sebelah barat (pintu taubat telah ditutup), dabbah akan keluar berbicara kepada mereka.
Pada waktu ini manusia sudah cukup punah ranah dari segala segi hingga kebanyakannya langsung tidak peduli akan perkataan Allah yakni perintah dan larangan-Nya. Perkara mungkar yang merosakkan diri semata-mata berterusan dilakukan. Oleh kerana perkataan Allah pun tak mahu didengar, maka Allah pun keluarkan seekor binatang pula untuk berkata-kata kepada mereka.
Mengikut pendapat Al-Qurthubi yang sangat diyakini olehnya, dabbah itu adalah anak unta kepada unta mukjizat Nabi Saleh. Pada zaman kenabian Nabi Saleh, seekor unta betina dan anaknya yang masih kecil telah dikeluarkan dengan mukjizatnya dari celahan seketul batu besar untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada kaum Tsamud itu. Kemudian Nabi Saleh menyuruh umatnya supaya tidak mengacau unta yang dibiarkan hidup bebas itu.
Namun diingkari umatnya yang tidak menyenangi unta itu yang ditakuti haiwan-haiwan belaan mereka.
Unta itu dibunuh mereka dalam satu komplot terancang. Akibatnya beberapa hari kemudian mereka ditimpa azab pembalasan seperti yang telah diingatkan oleh nabi mereka itu. Manakala nasib anak unta itu pun sama seumpama ibunya, mati di sisi induknya itu. Tapi ini jelas disangkal Al-Qurthubi bila berkata bahawa anak unta itulah dabbah yang dimaksudkan.Setelah ibunya mati dibunuh, anak unta yang baru bercerai susu itu pun lari masuk ke dalam sebuah lubang di batu. Lubang itu tertutup. Tinggallah ia di situ sehingga waktu yang dijanjikan Allah tiba.
Mengikut Hudzaifah bin Asid, Rasulullah ﷺ bersabda, "Dabbah akan keluar dari masjid yang paling besar, tatkala mereka (sedang duduk-duduk tiba-tiba bumi bergetar) ketika mereka sedang demikian tiba-tiba bumi terbelah."
Daripada hadis di atas, didedahkan bahawa dabbah akan keluar dari rekahan lantai di masjid terbesar dan termulia di Mekah. Tapi ia bukanlah hadis yang sahih. Oleh itu, dari mana keluarnya dabbah hanya Allah yang mengetahui.
Dabbah akan membawa bersamanya cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa. Cincin untuk memberi tanda kekufuran pada hidung orang yang kufur dan tongkat untuk memberi tanda keimanan pada wajah orang yang beriman. Putih dan bercahaya wajah si orang beriman jadinya. Ada ulama berpendapat dabbah hanya menjalankan aktivitinya di jazirah arab sahaja. Ini disebabkan ia cuma keluar tiga kali dan ketiga-tiganya di jazirah arab (sebabnya ialah hanya di jazirah arab masih ada manusia)
YOU ARE READING
KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMAT
ParanormalKiamat pasti datang. Tapi sebelum tibanya kiamat, 10 peristiwa aneh akan menyusul terlebih dahulu. Enam yang terawal punyai tempoh masa yang jauh antara keenam-enamnya. Empat yang terakhir pula terjadi satu persatu seumpama tasbih yang terputus tali...