Selepas itu, datanglah suatu kaum yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan bahawa Dajjal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: "Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj dan Makjuj) yang tiada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka. Oleh itu bawalah hamba-Ku yg bersama kamu berlindung di Bukit Tursina."
Selepas itu Allah pun melepaskan Yakjuj dan Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi dengan kepantasan, kekuatan, kejahatan dan bilangan yang luar biasa menakutkan.
Mereka sebenarnya adalah dua kabilah yang merupakan keturunan Sannaf bin Yafits bin Nuh. Semasa penjelajahan wali Allah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus), baginda telah membina tembok di antara dua gunung di Caucasus untuk menghalang penindasan Yakjuj dan Makjuj terhadap bangsa lain.
Hampir kiamat, tembok itu akan runtuh membebaskan mereka semula.Mereka yang berjumlah teramat-amat ramai ini akan bertebaran ke segenap pelusuk bumi dengan lajunyanya dan akan membunuh serta memakan segala benda bernyawa yang mereka jumpa termasuk haiwan buas serta bangkai bangsa mereka sendiri.
Mana-mana kaum yang mengambil langkah untuk menentang mereka pasti dibunuh dengan tanpa was-was lagi. Langkah paling bijak adalah bersembunyi. Tapi hanya pihak yang bernasib baik sahaja yang terselamat. Termasuklah penghuni dua buah pulau besar yang jaraknya terlalu jauh di tengah lautan sehingga tak mampu untuk di jangkau oleh dua bangsa itu. Sebuah daripadanya terletak di barat dan sebuah lagi terletak di timur.
Mereka mengganas dengan dahsyatnya hingga mereka sangka tiada lagi yang bernyawa di atas muka bumi. Lantas mereka memanah ke langit untuk membunuh penghuni langit pula. Mereka kemudian akan diperdayakan oleh Allah dengan mata panah berlumuran darah yang jatuh ke bumi.
Sementara itu, Nabi Isa dan pengikutnya pula terkepung lama di Bukit Tursina hingga kepala lembu menjadi lebih berharga kepada mereka daripada 100 dinar. Lalu Nabi Isa dan pengikutnya berdoa kepada Allah agar membinasakan musuh mereka.
Maka Allah menghantar ulat menyerang bahagian leher Yakjuj dan Makjuj. Matilah mereka bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Bila Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu, mereka dapati tiada barang sejengkal pun di bumi yang kosong, melainkan penuh dengan bangkai Yakjuj dan Makjuj.
Mereka pun berdoa lagi kepada Allah, lantas Allah kirimkan sekumpulan burung berleher seperti unta yang mengangkut dan mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang tiada bangunan dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi hingga bersih dan rata seperti cermin.
Allah berfirman kepada bumi:
"Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu."
Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh menggunakan kulitnya (kerana saiz buahnya yang sangat besar). Pada masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya. Susu seekor lembu susu juga cukup untuk satu kabilah dan susu seekor kambing betina cukup untuk satu suku kaum.

YOU ARE READING
KRONOLOGI 10 TANDA BESAR KIAMAT
Siêu nhiênKiamat pasti datang. Tapi sebelum tibanya kiamat, 10 peristiwa aneh akan menyusul terlebih dahulu. Enam yang terawal punyai tempoh masa yang jauh antara keenam-enamnya. Empat yang terakhir pula terjadi satu persatu seumpama tasbih yang terputus tali...