Prologue

62.5K 1.9K 117
                                    

Farish tersenyum sinis lalu selaras pistol diletakkan di kocek seluar dan terus kakinya memanjat pagar dan berlari pergi. Hoodie disarung ke kepala dengan penuh menutup muka.

"Suck, go to hell." Ujar Farish sambil mengira dalam hati.

3..

2...

1...

BOMMM!!

Farish berhenti berlari. Dia kembali memandang bangunan yang sudah terbakar itu lalu senyum sinis kembali terbit. Tangan mencapai telefon pintarnya.

"Hello polis! Tolong saya polis! Ada bangunan terbakar! Saya tak tahu apa nak buat ni!" Ujar Farish takut.
______________________________

"What?! Sepuluh anggota polis dan dua belas bomba mati? Gila lah. Siapa punya angkara ni. Dahla bangunan jutawan Malaysia terbakar, polis dan bomba yang nak padamkan api terkorban pulak." Ujar Bella sambil membeliakkan mata. Melopong mulutnya.

Sepuluh anggota polis dan dua belas anggota bomba dipercayai ditembak dan dua puluh pekerja termasuk pemilik Syarikat Werses ditemui mati dalam letupan bom. Suspek tidak dapat dikesan oleh kamera litar tertutup.

"semua ni mengejut! Dua hari lepas, rumah Dato Ramli terbakar. Kelmarin, model antarabangsa, Jessica tu ditemui mati dibunuh di kelab malam. Aku rasa sekarang ni kawasan ni tak selamatlah." Ujar Bella sendirian. Otak mula berfikir. Dahla dia duduk sorang sorang dekat rumah ni.

Tiba tiba dalam Bella mengelamun, bunyi ketukan pintu mengejutkannya.  Bella pantas berpaling. Takut. Nak bukak ke tak eh pintu tu? Macamana kalau yang ketuk tu orang jahat?

"Err... y..ya! Ke..jap.." ujar Bella takut takut lalu pemukul golf diambil dan tangan memulas tombol pintu.

Pak!!

"Arghhhh!!!" Jerit satu suara sebelum dia terbaring. Bella menekup mulut. Kayu golf dicampak ke tepi apabila terlihat darah pekat mula mengalir dari kepala lelaki itu.

Bella mula melangkah untuk lari namun, tiba tiba pergelangan tangannya dipegang kemas.

"Just where you think you can run? Huh?" Soal lelaki itu. Bella tergamam.

Farish bangun lalu mengelap sirap di belakang kepalanya.

"Amacam lakonan aku? Okey? Ni bukan darahla. Setakat kayu golf tu, anak kucing pun takkan mati." Ujar Farish sinis.

Bella mula kecut.

"Kau siapa..? Hah?!" Ujar Bella takut.

"Hey, relaks. Aku nak mintak tolong kau je memandangkan kau je perempuan yang boleh tolong aku." Ujar Farish. Bella diam.

"Aku nak kau.." ujar Farish sambil menolak Bella ke dinding. Kaki menendang pintu rumah agar tertutup.

"Buat laporan yang aku cuba rogol kau. Boleh?" 




Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now