TMAB 5 : tumbuk

34.4K 1.4K 50
                                    

Ktung ktang ktung ktang

Farish menoleh ke dapur lalu menguap dan menggeliat sedikit. Dia pergi ke dapur lalu duduk di meja makan.

"Kau masak apa?" Soal Farish tiba tiba. Hampir terlepas sudip di tangan Bella.

"Terkejut aku. Jangan la sergah macam tu!" Marah Bella lalu menyambung memasak. Farish mencebik.

"Tanya pun marah." Gumam Farish perlahan sambil menongkatkan dagu. Mata memandang gerak geri Bella namun matanya terhenti pada leher Bella.

"Siapa buat tu?" Soal Farish sambil mendekati Bella. Leher Bella disentuh namun pantas Bella menepis.

"Jangan kacaulah. Aku tengak masak kan sekarang ni? Kau nak sudip ni melayang ke muka kau ke apa?" Soal Bella dingin. Tiba tiba Farish mematikan api dapur gas.

"Farish!" Marah Bella. Farish menarik tangan Bella ke kerusi.

"Bila aku tanya, jawab. Siapa buat tu?" Soal Farish sambil menunjuk ke arah leher Bella yang merah kebiruan.

"Takde apa. Nyamuk gigit." Ujar Bella mendatar. Mata dihalakan ke sekeliling namun tidak pada figura di hadapannya.

"Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tak boleh beza nyamuk gigit dengan benda ni?" Soal Farish. Mata memerhati mata Bella.

"Siapa buat?" Soal Farish lagi. Nadanya berubah tegas. Bella diam.

"Damia Nabella." Seru Farish lagi. Bella merengus

"Kau buat! Puas hati?" Soal Bella kembali. Farish kelihatan bingung.

"Ha?"

"Kau buat! Kau mabuk! Kau tak reti beza halal haram ke?! Tak ingat dosa?!" Tengking Bella. Air matanya laju menitis. Farish terdiam sebelum serta merta tersenyum sinis.

"Kau nak cakap pasal dosa dengan aku? Kau fikir kau tu dah alim sangat ke? Kau tinggi suara dengan aku ni kau ingat kau dapat pahala?" Soal Farish tenang. Bella mengesat air matanya lalu bangun namun lengannya ditarik kembali.

"Lepas lah. Aku nak masak." Ujar Bella perlahan. Mata memandang ke arah lain. Farish memegang dagu Bella lalu mukanya didekatkan dengan muka Bella.

"Slap me." Ujar Farish. Bella mengerutkan dahi.

"Ha?" Soal Bella bingung.

"Selalunya kalau aku cium kau, kau tampar aku. Now slap me." Ujar Farish kepada Bella.

BUK!!!

"Auchhh.." ujar Farish sambil menggosok pipinya yang baru sahaja ditumbuk oleh tangan kecil Bella.

"Ini untuk kau cium leher aku. Sepatutnya lelaki macam kau ni dapat sepak terajang aku tau." Ujar Bella sambil mencengkam kolar baju Farish. Farish masih lagi menggosok pipinya yang perit. Bella tu tangan je nampak kecik, sekali kena tampar atau tumbuk, boleh lebam pipi.

Bella bangun lalu menghidupkan kembali api dapur gas. Farish turut bangun lalu belakang Bella dipeluk.

"Eh, lepaslah! Macamana aku nak masak kalau kau peluk aku? Dahla tak mandi. Hisy!" Gumam Bella. Dagu Farish yang berada di bahunya ditepis namun Farish mengeraskan muka.

"Dia dah mati." Bisik Farish perlahan. Bella mengerutkan dahi

"Siapa mati?" Soal Bella.

"Dia.."

Jawapan sama macam semalam. Tiba tiba pinggang Bella dipeluk erat.

"Dia mati...." ujar Farish lagi.

"Siapa?" Soal Bella. Kemudian dia menutup api dapur gas lalu melepaskan pelukan dan memandang Farish. Pipi lelaki itu dipegang dan diusap lembut.

"Siapa mati? Cuba bagitau aku." Ujar Bella lembut. Farish mengeluh.

"Aku lapar." Ujar Farish tiba tiba. Bella menjulingkan mata ke atas. 

"Pergilah mandi dulu. Dengan baju tidur, rambut serabai." Ujar Bella sambil tangannya lincah merapikan rambut Farish. Tangan Farish masih dipinggangnya.

"Malas.." gumam Farish lalu mengeratkan pelukan. Bella menepis.

"Takpayah peluk kalau taknak mandi." Ujar Bella lalu melepaskan pelukan.

"Aaaa..." ujar Farish sambil menarik pinggang Bella kembali. Cemberut mukanya

"Pergi mandi." Ujar Bella sambil menunjuk ke bilik air.

"Lepas makan lah.." pujuk Farish

"No. Sekarang." Ujar Bella. Farish memuncung lalu melepaskan pelukan dan berlalu pergi. Masam mencuka mukanya.

"Nak suruh mandi pun susah." Ujar Bella lalu kembali menghidang makanan di atas meja. Tiba tiba bunyi loceng menggangu ketenteraman pagi Bella. Bella memakai selendang ala kadar untuk menutup kesan di lehernya dan menapak ke arah pintu. Pintu rumah dibuka.

"Ya? Cari siapa ya?" Soal Bella. Lelaki berjaket hitam itu membuka kaca mata hitam di matanya lalu disangkutkan di kolar bajunya.

"Tyler mana?" Soal lelaki itu. Bella terpinga pinga. Siapa pulak Tyler ni?

"Tyler mana?" Soal Bella bingung. Kelihatan lelaki itu menjulingkan mata ke atas.

"Farish Tyler.. where is he?" Soal lelaki itu. Baru Bella teringat nama suami dia Farish Tyler. Haha.

"Dia mandi. Kenapa?" Soal Bella lagi. Lelaki berkulit putih kuning itu meneliti Bella.

"You isteri dia?" Soal lelaki itu lagi. Bella angguk. Lelaki itu hanya angguk sedikit.

"Siapa?" Soal satu suara dari dalam. Bella menoleh. Farish muncul di hadapan pintu. Berbaju t shirt hitam dan seluar jean.

"Hai." Sapa lelaki itu. Farish memandang Bella.

"Masuk." Arah Farish kepada Bella.

"Ha?"

"Masuk dalam. Tak faham ke?" Soal Farish mendatar. Bella hanya memerhati kedua dua mereka sebelum dia perlahan lahan melangkah masuk. Farish keluar dari rumah lalu menutup pintu rumah. Sempat Bella mengintai melalui tingkap rumah dan kelihatan seperti Farish dan lelaki itu bukanla kawan kerana nampak macam mereka berdua bergaduh je tu. Musuh ke?

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now