TAMB 16 : Pulak..

27.7K 1.2K 48
                                    

Bella teresak. Dahla haritu dia nampak Farish dengan Celine, sekarang ni Farish dengan Doktor Nur! Farish hulur kotak baldu pada Nur. Apa lagi kalau bukan melamar? Hati dia sakit. Ikutkan hati dia nak pergi jauh lagi tapi disebabkan kandungan dia, Bella bertahan. Dia sendiri tak tahu sampai bila dia boleh bertahan dengan sikap Farish.

"Bella." Panggil Farish. Bella diam lalu mengelap air matanya.

"Bella aku.."

"Saya nak rehat. Please. Saya penat." Ujar Bella perlahan sebelum dia melangkah naik. Dia masuk ke dalam bilik lalu pintu bilik dikunci. Bella melepaskan tangis. Farish meraup muka. Kemudian Farish mengambil kunci kereta dan melangkah keluar.
_____________________________

Bella turun ke dapur. Masuk harini dah tiga hari Farish tak balik. Langsung tiada batang hidungnya di rumah. Timbul jugak sedikit rasa risau sebab biasanya walau selama mana pun Farish keluar, dia mesti balik. Tapi kalini dah tiga hari Farish tak balik. Pakaian pun langsung tak dibawa. Bella termangu lagi. Tiba tiba dia teringat sesuatu. Nur!

Pantas Bella menyelongkar beg tangannya dan mengambil kad Nur. Didail nombor itu.

"Hello?"

"Hello doktor." Ujar Bella. Diam seketika.

"Oh, Bella eh? Ya ada apa?" Soal Nur ramah. Bella menarik nafas.

"Boleh kita jumpa? Saya nak cakap sesuatu dekat Doktor." Ujar Bella sambil mematikan talian.
____________________________

Nur terkesima. Berita yang diterima hampir membuatkan dia pitam.

"F..Farish.. suami awak?" Soal Nur dengan suara serak. Bella angguk perlahan. Nur tersenyum namun jelas senyuman itu kaku.

"Congrats." Ujar Nur. Bella memerhati wajah Nur.

"Awak cintakan Farish?" Soal Bella. Nur menahan air matanya.

"Cinta. Tapi jangan risau, saya takkan ganggu suami orang. Selama ni saya ingat.. Farish belum kahwin." Ujar Nur. Bella memegang tangan gadis itu.

"Saya mintak maaf sebab rampas Farish dari awak." Pinta Bella. Nur menggeleng pantas.

"Awak tak rampas dia. Awak layak untuk bersama dia. Jaga Farish..." setitis air mata Nur turun.

"Sebab dia lelaki unik." Ujar Nur kemudiannya. Bella mengerutkan dahi tanda tidak faham.

"Dia suka cari masalah. Contohnya dengan pihak polis. Dia suka sangat bila polis tak dapat kesan jenayah yang dia buat."

"Jenayah? Farish pernah buat jenayah?" Soal Bella sedikit terkejut. Nur ketawa perlahan.

"Kan saya dah cakap dia unik." Ujar Nur lagi.

"Tapi bukan ke dia dah lamar awak?" Soal Bella. Giliran Nur pula mengerutkan dahi.

"Bila?" Soal Nur.

"Tiga hari lepas. Yang dia bagi awak kotak cincin tu." Sedaya upaya Bella cuba menyembunyikan nada cemburu. Nur terkelip kelip bingung seketika sebelum dia tersenyum.

"Tu bukan cincin lamaran. Tu cincin tolakan. Saya dengan Farish dulu pernah bertunang. And sebenarnya hubungan kami masih lagi sebagai tunang masa awak kahwin dengan Farish. Tapi kami dah putus tunang masa tiga hari lepas. Farish bagi balik cincin tunang kami. That's all." Ujar Nur. Bella sedikit terkedu.

Jadinya masa aku nikah dengan Farish mamat tu tunang Nur?!

"Jujurnya saya memang masih cintakan dia. But sekarang saya akan cuba untuk buang rasa cinta saya pada dia sebab dia dah ada bidadari dia sendiri." Ujar Nur lagi. Sedikit senyuman tawar dihadiahkan pada Bella. Bella hanya diam. Sedikit rasa bersalah dan berdosa kerana dia tuduh Farish melulu. Tapi dia masih takkan maafkan Farish selagi dia tak tahu pasal Celine tu!

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now