TAMB 12 : I will love you till my last breath..

29.4K 1.2K 47
                                    

"Apa beza Nur dengan emas?"

"Emas? Hmm.. Nur lebih mahal dan bernilai daripada emas?"

"Eee, perasannya! Tapi betullah tu. Nur lagi bernilai daripada emas."

"Dia ni time sweet, kemain lagi bagi pickupline segala. Time angin tak betul dia keluar, jangankan pickupline, nak tengok senyum pun susah."

"Nur mintak maaf, but I had to say that loving you is the biggest mistake that I've done in my life, Farish Tyler."

"I found one that better than you."

"Terima kenyataan! Kita bukan ditakdirkan bersama! Jangan jadi lelaki bodoh, Farish Tyler!"

Farish tersedar. Dadanya berombak laju. Mata dihalakan ke sekeliling. Dia di sofa dan ada selimut. Farish kemudian meramas rambutnya.

"Bodoh! Kenapa kau masih nak muncul dalam hidup aku?! Siallah!" Jerit Farish sambil dia melempar kusyen ke dinding. Air matanya tiba tiba bertakung.

"Aku dah bunuh kau.. aku dah hapuskan kau.." ujar Farish seorang diri. Dia memeluk lutut.

"Tapi... Ris buat semua ni sebab Ris sayangkan Nur. Ris cintakan Nur sangat. Kalau Ris tak dapat Nur, jangan harap lelaki lain dapat Nur." Ujar Farish sambil air matanya menitis satu persatu. Dia kemudiannya tergelak secara tiba tiba.

"Aku Farish Tyler. Apa yang aku nak, semua aku dapat! Kalau aku tak dapat, jangan harap orang lain akan dapat!" Ujar Farish sambil tergelak namun dalam masa yang sama ada air mata yang mengalir. Dia kembali membaringkan diri di sofa.

"I will love you till my last breath.. Nurin Qasydina."
_____________________________

Bella mendepakan tangan. Mata ditutup perlahan. Sejuknya angin pantai.

"Bella, mehla makan dulu sikit!" Ujar Tini. Bella menoleh.

"Okey." Ujar Bella dan terus duduk di pangkin. Seketul karipap diambil.

"Kau balik sini memang suami kau bagi ke?" Soal Tini. Bella diam seketika sebelum perlahan lahan bibirnya tersenyum tawar.

"Ya.. dia tahu.." ujar Bella perlahan. Tini angguk.

"Lama kau tak balik sini. Aku pun rindu kau tau tak?" Soal Tini. Bella tersenyum.

"Aku rindu kau jugak. Tapi tulah, aku tak ada masa nak balik sini sebab busy sangat." Ujar Bella.
____________________________

Farish membuka pintu bilik Bella.

"Bella?" Panggil Farish. Kelibat Bella takde. Farish kemudiannya menuju ke dapur. Juga tiada. Tiba tiba telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Farish menyeluk poketnya lalu mengeluarkan telefonnya dan mesej dibuka.

Saya mintak maaf sebab keluar tak bagitahu awak, tapi saya nak cakap yang saya takkan balik dalam masa terdekat ni. Saya nak sembuhkan hati saya dulu. Hati saya dah sakit sangat bila awak ada hubungan dengan perempuan lain. Saya dah basuh semua baju awak. Jaga diri, makan dan minum. Tolong jangan cari saya buat masa ni. Saya belum sedia nak terima awak sepenuhnya selepas awak buat saya macam ni.

Farish tersentak. Pantas dia berlari di hadapan cermin dan badannya dibelek.

"Urgh! Celine!" Rengus Farish. Dia kemudiannya naik ke tingkat atas dan bersiap lalu terus keluar. Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu, tiba tiba tekaknya terasa loya. Farish menekup mulut. Menahan muntahnya terkeluar lalu dia berlari ke tandas.

"Werkkkk.." kemudian Farish terbatuk. Dadanya diurut perlahan. Cuba mengurangkan rasa loya. Takkan kesan wain semalam dia loya? Farish kembali memuntahkan isi perutnya apabila rasa loyanya kembali. Dia menekan nombor Vicky.

"Hello.."

Tidak sampai sesaat, telefon berderai di lantai dan Farish kembali muntah. Farish berjalan perlahan ke sofa lalu dia duduk di situ. Mata dipejam rapat. Tak pernah dia rasa nak muntah teruk macamni.

Farish membaringkan diri di atas sofa. Kepalanya pula tiba tiba berdenyut. Sakit. Tidak lama, kemudian, terdengar bunyi pintu dibuka dan Vicky melangkah masuk.

"Bro, kau okey tak? Apahal tiba tiba end call?" Soal Vicky. Farish hanya menggeleng.

"Kepala aku.. sakit." Ujar Farish perlahan. Vicky mengerutkan dahi. Dia melekapkan tangan di dahi Farish.

"Kau demamlah. Panas sangat ni." Ujar Vicky apabila dia menyentuh dahi Farish. Farish hanya diam dengan mata tertutup.

"Bella mana?" Soal Vicky apabila tiada kelibat Bella di dalam rumah itu.

"Dia pergi.." ujar Farish lagi.

"Pergi? Dia pergi mana pulak?" Soal Vicky. Farish tidak menjawab malah tiba tiba dia bangun dan berlari ke tandas.

"Werkkkk...."

Vicky mengerutkan dahi. Tak pernah Farish demam teruk macam ni. Selalu nya kalau demam pun, takdelah sampai muntah.

"Bro aku panggil Ilham la check kau." Ujar Vicky. Farish hanya diam sambil membaringkan diri di sofa. Vicky mengeluarkan telefonnya lalu nombor Dr. Ilham didail.



Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now