TAMB 8 : Babi

32.6K 1.4K 104
                                    

Promoteee😂 rindunya aku nk buat promote ni. Haha.

Yang Terakhir
Rizh_Zero

*sorry lambat promote*
______________________

Bella masih memeluk lengan Farish dan teddybear sudah bertukar pemilik. Farish pulak yang pegang dengan muka cemberut.

"Apahal aku pulak nak kena pegang benda ni? Tak macho lah!" Bentak Farish sambil dahinya berkerut memandang Bella. Bella mendongak.

"Bear tu comel. Bila awak pegang, nampak macam awak seorang pinky boy." Ujar Bella sambil tersengih. Semakin cemberut muka Farish.

"Pinky boy? Euwww.." ujar Farish dengan muka jelek. Bella menahan tawa lalu menarik Farish duduk di atas rumput. Farish hanya akur. Kemudian dia meletakkan teddybear di atas riba Bella. Bella memeluk teddybear itu lalu kepalanya dilentokkan di atas bahu Farish. Farish hanya membiarkan.

"Thanks sebab sudi bawak saya keluar harini." Ujar Bella sambil memandang Farish. Farish tersenyum nipis. Dari tadi muka cemberut, ni baru dia senyum. Haha.

"Aku taknak kau rasa terkurung. Kau bukannya burung yang boleh dikurung sesuka hati." Ujar Farish sambil mengusap rambut Bella. Bella tersenyum.

"Tahu pun. Ingatkan dah anggap saya ni burung." Ujar Bella sambil mencemik menyampah. Farish menarik hidung Bella.

"Mulut tu cuba diam. Jangan menjawab." Ujar Farish. Bella tergelak. Beberapa orang lalu lalang menoleh ke arah mereka. Bella perasan yang kebanyakan gadis memandang Farish tapi dia hanya membiarkan. Yelah, takkan nak korek biji mata diorang pulak.

"Awak tak pergi kerja harini bos awak tak marah ke? Ke tu syarikat awak?" Soal Bella polos. Kepalanya diangkat daripada bahu Farish. Yelah, selalunya kalau dalam novel novel yang dia baca, biasanya mesti hero dia tu kaya, hensem. Hmm..

"Syarikat aku? Apa yang kau expect? Aku ni CEO dan anak orang kaya? Hei cik kak. Berpijak di bumi yang nyata. Aku ni pekerja. Bukan bos. Tapi dah harini takde meeting, apahal aku nak ke ofis?" Soal Farish kepada Bella. Bella hanya tersengih sambil menyorokkan muka nya di sebalik teddybear besar itu. Malu aiii.. Bella kemudiannya memandang seorang lelaki dan wanita yang sedang berlari. Gaya macam perempuan tu merajuk, lepastu lelaki tu cuba pujuk.

"Kenapa kau tengok dia macamtu?" Soal Farish tiba tiba. Bella memandang Farish.

"Sweetlah diorang." Ujar Bella lalu kembali memandang gadis itu. Farish turut memandang pasangan tersebut.

"He's a young successful entrepreneur. Tengku Ariq Anaqi. Syarikat dia adalah antara syarikat terkaya di Malaysia. You know? Beg kau tu.." ujar Farish sambil memuncungkan mulut ke arah beg tangan berwarna putih milik Bella. Bella mengerutkan dahi.

"Kenapa dengan beg saya?" Soal Bella.

"Beg tu beg syarikat dia. Roses Gold. Kau tengok la, ada berlian kan? Tu berlian asli. Sebab tu beg tu mahal." Ujar Farish lagi. Bella terlopong. Sampai tahap tu pengetahuan Farish? Dia yang beli beg ni pun tak tahu siapa pengeluar beg ni. Memang tak dinafikan beg ni mahal. Harga boleh mencecah ratusan ribu. Dan yang paling mahal, harganya ada jugak yang RM 1 000 000 Tapi dia tak mampu nak beli yang tu. Mahal sangat.

"Dari mana awak tahu banyak pasal dia?" Soal Bella. Farish membetulkan duduknya sebelum menjawab.

"Syarikat tempat yang aku kerja sekarang ni ada kerjasama dengan syarikat dia." Ujar Farish mendatar. Bella angguk.

"No! Saya taknak!" Kelihatan gadis itu memberontak.

"Cik Ara jangan mengada sangat boleh tak?  Kita dekat public ni." Kedengaran suara lelaki yang Farish cakap nama dia Anaqi tadi. 

"Dah, takpayah nak peduli masalah rumah tangga orang." Sampuk Farish tiba tiba apabila kelihatan Bella masih merenung pasangan tadi. Bella mengerutkan dahi.

"Masalah rumah tangga? Diorang dah kahwin? Tapi kenapa Anaqi tu panggil perempuan tu Cik?"

"Jangan. Sibuk. Jaga. Tepi. Kain. Orang." Sindir Farish. Bella mencemik lalu memeluk teddybearnya. Farish tersenyum kecil.
_____________________________

Bella berlari lari anak ke gerai aiskrim. Dengan tangan yang memeluk teddybear, memang nampak comel. Farish menggeleng.

"Kau jatuh nanti memang taklah aku nak angkat." Gumam Farish perlahan. Tiba tiba ada sebuah kereta meluncur laju ke arah Bella. Farish yang melihat terus berlari lalu menarik Bella ke tepi jalan.

"Arghh!" Jerit Bella sambil menutup mata. Tangan memeluk pinggang Farish. Farish memeluk bahu Bella sebelum dia mendongakkan wajah Bella.

"Kau okey?" Soal Farish sambil merenung Bella. Bella angguk lalu memandang teddybearnya yang sudah terkeluar isi di atas jalan akibat dilenyek oleh tayar kereta tadi. Air matanya serta merta bertakung.

"Awak... teddybear..." ujar Bella sambil melihat Farish.

"Its okay. Nyawa kau lagi penting." Ujar Farish. Bella menggeleng.

"Tapi.. tu awak yang bagi.." ujar Bella. Esakannya sudah keluar. Farish memeluk Bella.

"Hei, its okay. Nanti boleh beli baru. Shh.." pujuk Farish. Bella memeluk pinggang Farish erat. Mukanya disembamkan ke dada Farish.

"Dah habis dah baju aku kena hingus kau." Ujar Farish tiba tiba. Bella pantas mencubit perut Farish.

"Auch!"

"Mana ada hingus!" Bentak Bella sambil mengelap air matanya. Farish tersenyum. Dia menggengam tangan kecil Bella.

"Jom beli aiskrim." Ujar Farish. Bella angguk lalu mereka menyambung langkah.

"Babi. Aku suruh kau pantau diorang kan? Nasib baik bini aku tak mati, kalau tak kau orang pertama aku cari." Bisik Farish perlahan kepada earpiece yang dipakainya di sebalik hoodie.

"Aku pun tak tahu macamana aku tak dapat detect dia. Tapi aku dah hack kereta diorang. Sekejap lagi terbabas la tu. Kau pun tak boleh keluar lama sangat. Takut ada anak buah diorang yang terlepas lagi." Ujar suara itu. Farish menghela nafas lalu memandang Bella.

"Nak aiskrim flavour apa?" Soal Farish kepada Bella.

"Laknat, aku tengah cakap dengan kau ni babi." Ujar suara dari earpiece itu.

"Vanilla." Jawab Bella.

"Okey. Aku nak flavour chocolate." Ujar Farish lagi.

"Woi sial."

"Beli satu je la. Kita share." Ujar Bella sambil memandang Farish. Farish tersenyum nipis.

"Okay. Beli Vanilla." Ujar Farish.

"AKU TENGAH CAKAP DENGAN KAU NI!" Jerit suara itu.

"Eh? Tadi kata nak coklat?"

"Dah kata nak share, beli vanila la. Best jugak kalau dapat makan aiskrim vanila." Ujar Farish. Bella angguk lalu memesan aiskrim mereka.

"Eh sial ni. Babi punya laknat."

Farish mengorak senyum nipis.

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now