TAMB 11 : How dare you?

29K 1.2K 50
                                    

"Ti Amo? Apa maksud dia?" Soal Bella bingung. Farish menjongket kening.

"Oh shit, tak faham ke?" Soal Farish. Bella menggeleng. Farish menghela nafas.

"Maksud dia..." Farish mendekatkan mukanya dengan Bella.

"Muka kau buruk bila kau nangis." Ujar Farish sambil tersenyum. Bella melopong.

"Bila masa pulak muka saya buruk?!" Sekali lagi dada Farish dipukul kuat. Farish tergelak.

"Dahla. Aku nak keluar. Takpayah tunggu aku." Ujar Farish.

"Farish..."

Farish menoleh lalu menjongket kening.

"Awak nak pergi kelab malam ke?" Soal Bella perlahan. Farish diam.

"Tolongla jangan pergi sana. Saya taknak awak mabuk lagi." Ujar Bella sambil memegang tangan Farish. Farish tersenyum nipis lalu rambut Bella diusap perlahan.

"Aku pergi dulu." Ujar Farish lalu melangkah keluar. Bella hanya memandang.
_________________________________

Farish memerhati sekelilingnya sambil tangan mencapai segelas wain. Diteguk perlahan sebelum dia menutup mata. Musik yang kuat juga tidak mengganggunya.

"Hei dude. Apasal kau ni? Macam ada masalah je?" Soal Vicky sambil menepuk bahu Farish. Farish mengangkat muka.

"Entahlah. Aku rasa macam.. ada benda tak kena." Ujar Farish perlahan sambil meraup muka.

"Apa?"

"I don't know." Ujar Farish sambil menjongket bahu. Tiba tiba bahu Farish dipegang. Farish menoleh.

"Hi Celine." Ujar Farish sambil tersenyum. Celine melabuhkan duduk di sebelah Farish lalu beberapa keping gambar berukuran pasport dikeluarkan.

"Ini suspek utama. Dia ada lebih kurang dua ribu anak buah di Malaysia. One of them is a bullshit that now working under your roof. Dia ada dekat sini." Ujar Celine sambil membetulkan skirt sendatnya. Farish mengambil gambar itu. Diperhati gambar itu dengan teliti.

"Tak sangka dalam company tu ada pembelot." Ujar Vicky sambil meneguk wain. Celine juga turut meneguk minuman itu.

"Hapuskan dia." Ujar Farish mendatar. Celine tersenyum

"As your wish." Ujar Celine sebelum leher Farish dicium perlahan. Dia kemudian mengeluarkan satu picagari dari beg tangannya dan diberi pada Farish. Farish menyambut picagari itu sebelum dia tersenyum.

"Thanks dear." Ujar Farish sambil dia mencium bibir Celine. Gadis itu tergelak kecil. Vicky hanya memerhati. Farish memakai sarung tangan kulit dan topeng mulut serta hoodienya diangkat untuk menutup separuh muka nya.

Kaki melangkah ke arah seorang lelaki yang sedang berseronok dengan gadis gadis.

"Hai." Sapa Farish. Lelaki itu menoleh.

"Yes? What can I help you?" Soal lelaki itu.

"Ada orang nak berkenalan dengan kau." Ujar Farish lagi. Lelaki itu dilihatnya mengerutkan dahi. Tiba tiba Celine melangkah ke arah mereka dengan lenggok menggoda. Dengan baju nipis dan skirt paras peha, memang nampak seksi gadis itu.

"Boleh kita duduk di tempat private?" Soal Celine manja kepada lelaki itu. Tangan mengusap usap manja dada lelaki itu. Lelaki itu dilihatnya menelan liur.

"Jom." Bisik Celine lalu lelaki itu menarik Celine ke tempat yang agak sunyi. Setibanya di kawasan sunyi, Celine melingkarkan tangannya di leher lelaki itu.

"Do you want to kiss me?" Soal Celine sambil tersenyum menggoda. Lelaki itu tanpa kata terus mendekatkan bibirnya dengan bibir Celine lalu dicium rakus. Tiba tiba leher lelaki itu disuntik oleh cecair pembunuh dan lelaki itu rebah ke bumi. Farish menanggalkan sarung tangan dan topeng muka manakala Celine membetulkan skirtnya yang hampir tersingkap.

"Nice." Puji Celine. Farish mengeluarkan picagari tadi lalu diletakkan di telapak tangan mayat lelaki itu.

"Kes ni akan jadi kes bunuh diri." Ujar Farish sambil tersenyum. Celine juga tersenyum lalu dia merangkul pinggang Farish dan mereka kembali ke ruang utama kelab malam itu. Vicky masih lagi setia menunggu.

"Amacam? Settle?" Soal Vicky. Farish hanya tersenyum nipis sebelum wajahnya serius kembali. Tangan mencapai segelas wain.

"Party time!" Ujar Celine lalu mereka melagakan gelas wain dan diteguk rakus. Pandangan Farish semakin kabur namun sempat dia menangkap Celine yang sudah membuka butang bajunya. Farish hanya membiarkan saat dia terasa bagai ada bibir yang mengucup serta menjilat lehernya. Celine la tu, siapa lagi.
____________________________

Farish menutup pintu rumah. Kepala yang berpinar dipicit perlahan sebelum dia duduk di sofa. Pandangannya masih berbalam balam. Bella yang bangun kerana haus melangkah ke dapur lalu matanya menangkap kelibat Farish di sofa. Kaki melangkah ke arah Farish.

"Ya Allah, Farish! Awak mabuk lagi?" Soal Bella terkejut. Jelas bau arak pada pakaian Farish. Farish tidak menjawab namun dia menutup mata. Bella kemudian melihat leher Farish. Banyak kesan merah kebiruan di situ. Terus Bella membuka baju Farish. Ya! Banyak kesan lovebite di badan Farish! Bella menekup mulut. Air matanya pantas mengalir. Dia tak rela! Hati dia sakit bila teringat yang dia sudah diduakan oleh Farish tanpa lelaki itu sedar.

Bella merenung Farish yang sudah terlena di sofa.

"Kenapa awak sanggup buat saya macamni..?"

Dah dah la sweet nya.. bosan tau tak asyik sweet je😂

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now