TAMB 4 : lovebite

37.6K 1.5K 56
                                    

Bella menyapu losyen di lengan dan dileher. Jam ditilik.

12 a.m

Kelibat Farish masih takde. Bella meraup wajah. Aku tak boleh biarkan dia terus terpesong macamni. Walau macamanapun, dia dah jadi suami aku yang sah. Takkan aku nak pejam mata, pekakkan telinga dengan apa yang dia buat?

Bella menghela nafas namun pantas sahaja dia berpaling apabila terdengar bunyi pintu dihempas. Mata memandang wajah Farish yang duduk di birai katil dengan wajah yang monyok.

"Kenapa ni? Monyok je?" Soal Bella sambil duduk di sebelah Farish. Muka Farish dipandang.

"He's die." Ujar Farish sepatah. Bella mengerutkan dahi.

"Siapa yang mati?" Soal Bella pelik. Farish tidak menjawab malah hanya menyelubungkan dirinya dengan comforter.

"Hei, siapa yang mati ni Farish?" Soal Bella lagi. Dia mendekatkan diri dengan Farish yang berselubung. Tiba tiba Farish menarik dirinya hingga berbaring. Mata Bella membulat.

"Lepasla Farish!" Marah Bella. Farish diam namun mukanya didekatkan dengan leher Bella. Dicium leher itu. Bella menolak kepala Farish di lehernya.

"Kau kenapa ni? Gelilah." Ujar Bella sambil mengerutkan dahi.

"Kenapa wangi sangat.." gumam Farish perlahan. Dia mencium leher Bella seketika lagi lalu menggigit leher itu sedikit.

"Auch! Farish!" Marah Bella. Dia kembali menolak kepala Farish lalu memegang dagu Farish.

"Kenapa ni? Siapa yang mati?" Soal Bella. Farish menutup mata.

"Dia.."

"Yelah. Siapa?" Soal Bella lagi. Farish membuka mata lalu mendekatkan jarak mereka.

"Kau cantik.. wangi.." gumam Farish lalu terus mencium wajah Bella bertalu talu. Dahi, pipi, hidung, dagu dan.. bibir.

Bella mengerutkan dahi. Perangai Farish pelik.

"Kau mabuk lagi?" Soal Bella lagi. Farish hanya diam namun mulut terus mencium wajah Bella.

"Kau mabuk ni.. Vicky cakap kau minum tiga hari sekali, apahal mabuk jugak ni?" Soal Bella sendirian. Terus dia membeliakkan mata apabila mulutnya dicium lagi. Rakus.

"Fa..rish.. kau..ermm.. lepaslah!" Marah Bella. Farish melepaskan ciuman mereka lalu dia menindih Bella.

"Aku nak kau.." ujar Farish dalam mamai. Bella terus menolak nolak badan Farish diatasnya.

"Farish, tepi. Kau dah gila ni. Farish!" Jerit Bella lalu menolak Farish namun tangannya dipegang dan dikunci dalam gengaman Farish.

"Farish.. lepas.." rayu Bella. Farish tidak mempedulikan rayuan itu lalu leher Bella digigit dan dihisap rakus. Bella sedaya upaya meronta.

"Lepasla! Farish!!"

Farish tiba tiba rebah di atas badan Bella. Bella mengerutkan dahi. Pipi Farish ditepuk perlahan.

"Farish? Kau sedar ke tak ni? Hei.. kau pengsan ke tidur ni?" Soal Bella bertalu talu. Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi dengkuran halus. Bella tersenyum nipis lalu nafas panjang dihela. Betullah, Farish mabuk lagi. Dia membaringkan Farish disebelahnya lalu bangun untuk ke tandas. Kakinya terhenti di depan cermin lalu lehernya diperhati.

"Aduh.. nampak pulak kesan ni. Nak buat macamana kasi tanggal?" Soal Bella sendirian lalu dia mengelap lehernya dengan tisu basah. Masih tidak hilang kesan lovebite di lehernya. Bella meraup muka. Esok kalau Farish sedar macamana? Malam ni memang la dia tak sedar sebab mabuk. Esok.. arhhh mesti malu!

Bella kemudian melangkah ke katil kembali dan terus membuka butang baju Farish. Dia mencium baju itu. Bau arak. Tapi sikit je. Tak kuat macam semalam. Kemudian Bella mengambil tuala basah kecil lalu dilap badan Farish. Seketika tangannya terkaku. Lengan Farish diperhati lama.

Tatu?

Kenapa masa dia bersihkan badan Farish semalam dia tak perasan pun Farish ada tatu?

Tatu berbentuk seperti seekor naga kecil disentuh Bella. Tatu...

Farish ada tatu.. dia minum arak.. dia langgan pelacur...

Air mata Bella akhirnya menitis laju. Tak sanggup dia nak terima hakikat yang dirinya terikat dengan lelaki ini. Farish suami dia. Suami dia..

"Kenapa kau jadi macamni.. Farish?" Soal Bella perlahan. Wajah lena Farish ditenung lama. Daripada kening yang tidak nipis dan tidak tebal, elok je, hidung yang mancung tapi tak sampai tahap mancung pakistan, bibirnya yang kecil. Macam perempuan bibir dia. Comel. Wajah Farish agak kebudak budakan. Tak sesuai dengan perangai. Kalau orang luar mesti dah anggap Farish ni lelaki berwajah comel dan innocent. Malangnya perangai Farish luar jangkaan.

Bella terus meneruskan kerjanya lalu menukar pakaian Farish. Baju yang berbau arak dibasuh sehingga hilang bau dan kesan arak. Dia kemudiannya kembali ke katil dan merebahkan diri di tepi Farish. Dia menghadap dan memandang Farish.

"Goodnight.." bisik Bella perlahan lalu mata ditutup. Mengantuk sangat. Seketika kemudian, terasa bagai dirinya ditarik ke dalam pelukan. Bella hanya membiarkan. Takde guna dia menolak pelukan tu kalau Farish masih tengah mabuk.

Akhirnya, Bella terlena dalam pelukan Farish.

Dapat full tak?

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now