TAMB 10 : Alergik

29.2K 1.3K 80
                                    

Bella membuka mata. Pandangan dihalakan ke sekeliling lalu jam dilihat.

4 petang!

Bella meraup muka. Aduh.  Terlepas zohor. Dia memandang figura di sebelahnya yang masih lena lalu telinga Farish ditarik geram. Tak pasal pasal sebab dia ni Bella bangun lewat.

Farish menepis tangan Bella lalu kembali tidur. Bella menggeleng kecil lalu mengambil pakaian di lantai dan disarung. Sekali lagi telinga Farish dicubit sebelum dia melangkah ke tingkat atas.

Setelah selesai mandi wajib dan solat, Bella turun. Kelihatan Farish sudah siap mandi. Eh, cepatnya mandi?

Farish memandang Bella yang baru turun dan senyum nipis. Bella menjeling

"Apa senyum senyum? Tak pasal pasal saya terlepas zohor sebab awak." Ujar Bella menyampah. Farish pula menjulingkan mata ke atas.

"Kalau kita sorang je yang excited nak buat baby takdenya dua dua bangun lewat." Ujar Farish.

"Dahla, saya nak masak. Awak nak makan apa?"

"Masak je apa apa. Asalkan bukan batu  atau kayu aku makan." Ujar Farish. Bella tersenyum.

"Kalau besi? Makan jugak?" Sakat Bella. Farish menjeling.

"Masak je la apa apa pun!" Ujar Farish mendatar. Bella tergelak kecil lalu melangkah ke dapur.

Bella membuka peti sejuk. Dilihatnya ada udang.

"Buat undang pedas la harini." Ujar Bella sambil tersenyum lalu dikeluarkan udang itu.
________________________

"Awak! Makan jom!" 

Farish menoleh. Tu bini sapa yang macam tarzan tu?

"Okey." Jawab Farish lalu melangkah ke dapur. Dia melihat hidangan.

"Kenapa masak udang?" Soal Farish mendatar. Bella merenung Farish.

"Err.. saya rasa nak makan udang.. awak tak makan udang ke?" Soal Bella perlahan. Bimbang jugak dia kalau kalau Farish ni tak makan udang.

"Hei, tak payahla nak cuak sangat. Aku makanlah." Ujar Farish sambil tersenyum kecil. Bella menghela nafas lega.

Sewaktu makan, tiba tiba sahaja Farish tersedak. Batuk.

Bella memandang Farish.

"Kenapa ni?" Soal Bella cuak lalu terus menghulurkan air. Farish menyambut gelas itu namun akibat pegangan yang tidak kuat, gelas itu jatuh ke lantai. Bella bangun lalu mendekati Farish.

"Hei, Farish! Jangan buat saya takutlah! Kenapa ni?" Soal Bella bertalu talu. Lagi lagi apabila melihat Farish yang sudah macam nak pengsan. Air matanya bertakung.

Tiba tiba telefon Farish berbunyi.

Bella mengambil telefon itu.

Vicky.
_________________________

"Dia alergik udang! Kenapa bagi dia makan udang?" Marah Vicky geram. Bella hanya diam namun air mata sudah laju turun ke pipi.

"Nasib baik aku call dia tadi kalau tak? Kau tahu tak bahaya? Silap silap nyawa dia boleh melayang tau!" Marah Vicky lagi.

"Saya tak..tahu.." ujar Bella perlahan. Wajahnya dipekup bersama esakan. Tiba tiba doktor Ilham keluar.

"Dia okey. Nasib baik korang bertindak cepat kalau tak saya tak tahula apa yang akan jadi. Dah dua kali dah dia kena macamni. Lain kali tolong peka dengan apa yang dia makan. Alergik ni bukan benda boleh diambil mudah. Melibatkan nyawa." Ujar Doktor Ilham. Makin bertimpa timpa rasa bersalah Bella terhadap Farish.

Doktor Ilham kemudian berlalu setelah berbual beberapa perkara dengan Vicky. Vicky kemudian memandang Bella.

"Lepasni kalau kau nak masak sesuatu, make sure dalam masakan kau tu takde udang. Dia tak cakap ke dia alergik udang?" Soal Vicky. Bella menggeleng. Vicky hanya menghela nafas.

"Dahlah, aku balik dulu. Kau jaga dia." Ujar Vicky dan terus berlalu. Bella hanya menghantar pemergian Vicky dengan ekor matanya sebelum dia masuk ke dalam bilik mereka. Dia mendekati Farish yang masih tidak sedar lalu perlahan lahan duduknya dilabuhkan di birai katil.

"Kenapa tak cakap awak alergik? Tahu tak saya macam nak mati risaukan awak? Lain kali bagitahu. Jangan buat saya rasa bersalah macam ni." Bicara Bella perlahan sambil dia mengusap rambut Farish. Bella kemudian membaringkan dirinya di sebelah Farish lalu Farish dipeluk dan dia melabuhkan kepalanya di bahu Farish. Air matanya semakin laju menitis.

"Saya mintak maaf.."
___________________________

"Ye, aku tahu. Alah, aku tak mati pun kan? Apa nak kecoh? Okey fine, aku tak makan dah!"

Sayup sayup kedengaran suara seperti berbual. Bella mencelikkan mata. Kelihatan Farish berdiri di tepi tingkap bilik sambil telefonnya melekap di telinga.

"Farish." Panggil Bella perlahan. Farish menoleh.

"Lepasni aku call balik." Ujar Farish lalu mematikan talian. Dia berjalan ke arah Bella.

"Yes?" Soal Farish.

PANG!!

"Kenapa tak cakap awak alergik? Awak tahu tak saya risau?! Sampai hati awak buat saya macamni kan?" Soal Bella bersama air mata. Dada Farish dipukul berkali kali. Farish memegang tangan kecil Bella sambil merenung mata Bella.

"Hey, aku tak mati pun kan?" Soal Farish. Bella masih teresak.

"Kalau awak cakap awak alergik, saya takkan masak udang! Kenapa awak tak cakap awak tak boleh makan udang?" Soal Bella.

"Kau tak tanya." Jawab Farish mudah. Semakin kuat esakan Bella sambil tangannya yang berada di dalam gengaman Farish cuba memukul dada lelaki itu. Farish tersenyum nipis lalu Bella ditarik dalam pelukan.

"I'm sorry.." pinta Farish perlahan. Bella memeluk Farish kembali.

"Jangan buat saya macamni lagi.. lain kali bagitahu saya kalau apa yang saya buat tu boleh bahayakan nyawa awak." Ujar Bella lagi. Farish mengangkat dagu Bella lalu dahi gadis itu dikucup lembut.

"Ti Amo, Mia Bella."

Eycha bkn penulis genre romance yg baik. Haha, sbb tu feel sweet tak sampai tu dkt readers😂


Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now