TAMB 17 : separuh

31K 1.2K 80
                                    

Seperti biasa, hari hari mereka berlalu dengan dingin. Bukan Bella tidak berusaha, macam macam cara dah yang dia buat untuk pujuk Farish tapi tak sangka pulak hati Farish keras sangat. Farish dah macam mengelak pulak. Muka Farish hanya akan nampak bila dia nak pergi ofis dan balik ofis. Lepas tu Farish hanya akan terkurung dalam bilik. Macam anak dara putus tunang. Bella pun dah naik buntu nak fikirkan cara supaya hati Farish dapat lembut untuk maafkan dia.

Bella naik ke atas. Pintu bilik yang Farish duduk dibuka perlahan lalu dia mendekati Farish yang sedang tidur.

"Farish, bangun. Pergi ofis. Dah pukul tujuh ni." Ujar Bella lembut sambil tangan mengelus perlahan rambut Farish. Farish masih statik.

"Awak.. bangun.." ujar Bella lagi. Farish menggeliat kecil lalu menepis tangan Bella dirambutnya. Bella sedaya upaya menyembunyikan riak sedih di wajahnya.

"Saya dah siapkan baju awak. Nanti turun makan eh? Saya dah masak."

"Takpayah. Aku breakfast dekat luar." Ujar Farish mendatar sambil mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Bella agak kecil hati dengan layanan Farish namun dia tahu, yang salah tu dia. Wajarla kalau Farish marahkan dia. Bella kemudian keluar dari bilik itu. Dan menuju ke dapur. Menghidangkan makanan.

"Farish.. makanla dulu." Ujar Bella apabila melihat Farish sudah turun bersama briefcasenya.

"Aku dah cakapkan aku makan luar." Ujar Farish keras. Dia kemudian mencapai stoking namun baru sahaja dia ingin memakai stokingnya, Bella terlebih dahulu mengambil stoking itu dan melutut di hadapan Farish.

"Biar saya pakaikan." Ujar Bella lembut. Farish kemudian menunduk sedikit dan merampas stoking itu lalu dia melangkah keluar meninggalkan Bella yang masih melutut. Bella menitiskan air mata. Hati dia sakit bila Farish hanya anggap dia macam tak wujud. Bella pantas mengelap air matanya.

"Aku takboleh lemah. Aku kena kuat." Ujar Bella sendirian lalu dia bangun.
__________________________________

Farish menutup pintu lalu tali lehernya dilonggarkan. Dia menutup mata seketika. Tiba tiba ada tangan yang mengurut bahunya. Farish menoleh. Bella sedang tersenyum lembut kepadanya.

"Saya ada masak tadi. Ingatkan awak lunch dekat rumah. Tapi awak tak balik, so saya letak dalam peti. Kalau awak lapar, saya panaskan lauk." Ujar Bella. Farish menolak tangan Bella.

"Takpayah. Aku dah makan." Ujar Farish mendatar lalu sudah bangun untuk naik namun langkahnya terhenti apabila Bella memegang tangannya.

"Farish.. jangan diam macam ni please." Ujar Bella sambil matanya berkaca memandang Farish.

"Kalau awak sakit hati dengan saya, pukul saya, marah saya, tengking saya! Tapi jangan diam macam ni. Saya taknak Farish saya macam ni. Saya sunyi.. saya nak dengar awak gelak. Saya nak tengok awak senyum. Saya taknak awak terus buat saya macam ni.. pukul saya, tengking saya kalau itu boleh buat awak maafkan saya." Ujar Bella sambil teresak dan tangan Farish yang dipegangnya dibawa ke pipinya sendiri lalu dipukul. Farish mengeraskan tangannya daripada terus memukul Bella.

"Lepas. Aku nak mandi." Ujar Farish mendatar. Bella menggeleng namun tangan masih memegang tangan Farish dan ditampar pipinya sendiri.

"Pukul saya.. Marah saya.. saya taknak awak diam macam ni.. hati saya sakit.." ujar Bella bersama esakan. Farish terus merentap tangannya dari pegangan Bella dan naik ke atas. Bella masih teresak. Pandangannya hampir kelam sebelum Bella berpaut pada sofa. Tiba tiba pehanya terasa basah. Seolah olah ada cecair yang mengalir. Bella memandang kakinya.

Darah!

"Fa..Rish.." ujar Bella perlahan sebelum pandangannya gelap sepenuhnya.

Hahahahah. Siapa nak full?

READ NEXT PART FIRST

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now