TAMB 7 : bear

33.7K 1.3K 22
                                    

Sayup sayup kedengaran azan subuh berkumandang. Bella membuka mata dan menguap kecil. Terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya dan lehernya. Bella tersenyum nipis. Wajah penat Farish diusap lembut. Rambut Farish yang serabai dibetulkan. Sesekali kening Farish berkerut apabila Bella mengusap keningnya. Comel. Bella memandang pakaian yang berterabur di lantai. Mamat ni aci campak je pakaian dekat mana mana. Bella kemudiannya mengambil tuala lalu dibalut tubuhnya dan berjalan ke bilik air. Terasa perit di bahagian wanitanya sehingga dia terpaksa berjalan secara kangkang sedikit. Tiba di hadapan cermin, Bella membeliakkan mata. Tubuhnya sendiri diperhati.

Banyaknya kesan yang Farish buat semalam!

Bella meneliti lehernya yang ada banyak kesan merah kebiruan. Begitu juga dengan tempat lain di badannya. Bella menggeleng kecil lalu melangkah ke dalam bilik air. Setelah selesai mandi wajib, dia memakai pakaian dan menyarung telekung. Farish yang masih lena diperhati.

Nak kejut ke tak?

Bella akhirnya melangkah ke katil dan mengejutkan Farish.

"Farish.. Farish.. bangun. Dah subuh ni. Kita solat sama sama." Ujar Bella sambil menggoyangkan badan Farish. Tiba tiba Farish menyelubungkan dirinya dalam comforter.

"Farish." Panggil Bella lagi.

"Solat je lah.. penat.." gumam Farish sebelum dengkuran halus kembali kedengaran. Bella menggeleng kecil lalu dia kembali melangkah ke sejadah.

Solat ditunaikan.

Setelah selesai solat, dia melangkah ke katil.

"Farish. Bangun. Saya nak cuci cadar ni." Ujar Bella. Farish menyelak comforter.

"Kenapa nak cuci cadar?" Soal Farish mamai tapi tetap kakinya melangkah ke sofa dan duduk di situ. Bella mengambil cadar yang terkena darah mahkotanya lalu dibawa ke bilik air. Dicuci hingga bersih kesan darah menggunakan tangannya walaupun mesin basuh ada. Farish hanya memerhati sebelum dia bangun dan mencapai tuala. Kaki melangkah ke bilik air di tingkat bawah. Selesai sahaja mandi, mata terus menangkap figura Bella di sofa. Farish melangkah ke sofa. Lalu dia melabuhkan duduk di sebelah Bella. Bella memandang Farish disebelahnya.

"Laa.. Kenapa tak pakai baju lagi?" Soal Bella. Farish tersenyum nipis.

"Macamana nak pergi kerja dengan leher macamni?" Soal Farish sambil menunjuk ke arah lehernya sendiri yang terdapat cop mohor daripada Bella semalam. Bella tersenyum sambil pipinya sedikit merah.

"Ermm.. pakai hoodie la." Ujar Bella. Badan Farish yang juga terdapat banyak lovebite diperhati.

"Hotak dia. Ingat kerja ofis boleh pakai hoodie?" Soal Farish mendatar. Bella tersengih

"Nasib baik harini takde meeting." Ujar Farish sambil menyandarkan diri di sofa.

"So awak taknak pergi kerja la ni?" Soal Bella. Farish menggeleng lalu menarik Bella dalam pelukan. Bella hanya akur.

"Nak macam semalam.." pinta Farish sambil matanya redup memandang Bella. Bella mendongak. Dagu Farish dipegang.

"Tunggu la lama sikit.. okey? Bawah saya sakit lagi." Ujar Bella lembut sambil mengucup dagu Farish. Farish hanya tersenyum nipis lalu mencium dahi Bella.

"Okay. Sorry kalau aku gelojoh sangat semalam." Ujar Farish. Bella hanya tersenyum sambil memeluk Farish. Dia meletakkan kepala di dada Farish dan matanya terus menangkap tatu yang terdapat di lengan lelaki itu.

"Tatu..." ujar Bella sambil mengangkat kepalanya kembali. Wajah Farish direnung. Farish memandang ke arah lain.

"Kenapa awak ada tatu?" Soal Bella perlahan. Farish menghela nafas. Wajah Bella diangkat sedikit lalu dahi gadis itu dikucup perlahan.

"Bukan masanya lagi untuk aku cerita semua dekat kau. Dahla, aku naik dulu." Ujar Farish lalu melepaskan pelukan dan melangkah naik ke tingkat atas. Bella hanya memerhati kelibat Farish yang semakin hilang dari pandangan sebelum wajahnya diraup. Dia melangkah naik ke tingkat atas.

"Awak.. saya boringla. Alang alang awak tak pergi kerja harini, kita jalan jalan nak?" Soal Bella sambil melangkah ke arah Farish. Farish memandang Bella.

"Nak pergi mana?" Soal Farish.

"Mana mana je lah." Ujar Bella lagi. Farish tersenyum nipis lalu angguk sedikit. Dia mencapai hoodie coklat miliknya dan disarung.

"Jom." Ujar Farish sambil menarik tangan Bella. Bella hanya mengekor dengan senyum lebar. Tiba tiba Farish berhenti melangkah setelah mereka tiba di hadapan garaj.

"Kenapa?" Soal Bella sambil memandang Farish.

"Kita naik kereta kau lah. Kereta aku rosak." Ujar Farish. Bella hanya angguk lalu menyerahkan kunci keretanya kepada Farish.

Mereka melangkah ke dalam kereta Honda Civic milik Bella.
_________________________

Bella tergamam. Patung besar dihadapannya dilihat.

"Untuk saya?" Soal Bella lagi. Farish menjulingkan bebola matanya ke atas.

"Habistu? Kau ada nampak mana mana manusia lain ke dengan aku sekarang?" Soal Farish mendatar. Bella tersenyum lebar seraya memeluk patung beruang besar itu. Gebu.

"Hmmm.. menyesal pulak bagi dia bear." Gumam Farish tiba tiba.

"Kenapa?" Soal Bella.

"Yelah, kalau dah bear tu ada, asyik nak peluk bear je." Ujar Farish. Nada sedikit berjauh hati.  Bella tersenyum.

"Alololo, eh, sedar sikit diri tu dah tua. Ada hati nak merajuk." Ujar Bella sambil tersenyum. Semakin masam mencuka muka Farish.

"Dah, takpayah nak merajuk sangat. Jom!" Ajak Bella sambil mencium pipi Farish sekilas dan memeluk tangan Farish. Sebelah tangan lagi memeluk teddybear besar gedabak.

Farish hanya mengekor sebelum perlahan lahan senyuman terbit di bibirnya

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now