TAMB 3 : Mati

35.5K 1.4K 126
                                    

Farish membuka mata. Pandangan diliarkan ke sekeliling. Ni...

Rumah Bella?

Pantas Farish bangun dan berlari namun kakinya terpaku di hadapan cermin. Diteliti baju dibadannya. Pijama? Really?! Terus sahaja Farish mencari kelibat Bella.

"Kau ke yang tukar baju aku?" Soal Farish apabila kelibat Bella terpacak dihadapannya. Bella menoleh daripada kaca televisyen.

"Baju kau bau arak. Busuk." Ujar Bella mendatar. Mata kembali difokuskan ke kaca televisyen. Farish terdiam. Otak cuba mencerna.

"Oh shit.. Vicky hantar aku balik sini ke?" Soal Farish sambil meraup muka. Bella hanya angguk. Malas nak cakap banyak. Farish duduk di sofa bersebelahan dengan Bella. Bella hanya diam.

"Okey, Bella.. actually aku.."

"Kau mabuk. Kau teguk air kencing syaitan. Kau tahu tak benda tu haram? Kau tu Islam, bukan agama lain." Ujar Bella mendatar. Farish hanya diam.

"Kau tak solat. Kau tak pernah sebut nama Allah kecuali masa akad nikah." Ujar Bella lagi. Kemudian dia memandang Farish.

"Kenapa?" Soal Bella perlahan. Mata merenung mata Farish yang membisu.

"Farish.."

"Apa yang aku buat, apa yang aku tak buat bukan urusan kau. Aku nak hidup macamana pun, aku tak ganggu hidup kau. Jangan jadi seorang penyibuk." Ujar Farish akhirnya membuka mulut. Bella tersenyum sinis.

"Kau tak ganggu hidup aku? Kau tahu tak siapa punca kita kahwin? Kau tahu tak siapa punca masa depan aku gelap? Kau cakap yang kau tak ganggu hidup aku? Hah, nice." Ujar Bella sinis.

"Kau tahu tak apa salah kau? Salah kau tu bila kau masuk dalam hidup aku dan tiba tiba jadi penyemak dalam hidup aku! Aku tak kenal kau siapa, dan aku taknak kenal kau siapa. Kalau tak sebab kau, sekarang ni hidup aku mesti bahagia dan sejahtera. Kau..."

Cup!

Mata Bella terbeliak. Pantas dia menolak wajah Farish dan bibirnya dilap.

"Bising." Ujar Farish sambil memeluk kusyen. Bibirnya sendiri juga dilap. Bella pantas mencengkam kolar pijama Farish.

PANG!!

"Ini untuk mulut kau yang takde lesen cium aku. Walaupun aku isteri kau, tapi jangan ingat aku akan serahkan diri aku pada kau. I'm not a 2000 GRO per night." Ujar Bella sambil jari manisnya lurus ke batang hidung Farish. Farish tersenyum sedikit.

"Oh yeah? Like this?" Soal Farish sambil bibir Bella dikucup lagi. Bella tergamam sambil matanya membulat memandang Farish.

PANG!!!

"Erghh! Pervert!!!!" Jerit Bella sambil berlari naik ke atas. Farish tersenyum sebelum tawa kecilnya meletus sedikit. Pipi dan bibirnya dipegang.

"Hurt but yummy." Ujar Farish sendirian. Tiba tiba bunyi dari televisyen menarik perhatiannya.

"Seorang gadis berusia 22 tahun ditemui mati akibat dadah yang kuat di sebuah kelab malam. Dipercayai mangsa dibunuh dengan dadah pada malam semalam. Suspek masih lagi tidak ditemui."

Farish memerhati kaca televisyen itu sebelum perlahan lahan tawanya meletus.

"Kau tu.. bodoh.. cepat sangat percayakan lelaki macam aku. Memang patutlah kau tu mampus awal. Dasar perempuan jalang." Ujar Farish sambil tersenyum sinis. Dia membaringkan diri di sofa lalu telefon diambil.

"Hello? Polis? Saya nak buat aduan.. pasal kes kematian gadis dekat kelab malam tu. Saya dapat maklumat yang pembunuh gadis itu dah pun mati semalam akibat kemalangan teruk lepas dia bunuh mangsa. Jenazah dia pun dah selamat dikebumikan." Ujar Farish sambil dia menilik cincin dijarinya. Tiba tiba senyum terbit di bibirnya.

"Ya, ya. Nanti saya akan ke balai polis untuk bagi keterangan penuh." Ujar Farish sebelum talian dimatikan. Dia memandang siling.
____________________________

"You tak adil! You cakap you akan bertanggungjawab kalau I pregnant! Sekarang ni I tengah mengandungkan anak you tahu tak Farish?" Soal Jesnita berang. Farish hanya menjongket kening.

"You sure ke anak dalam perut you tu anak I? Entah entah you buat projek dengan jantan lain lepas tu I pulak yang kena jadi pak sanggup!" Ujar Farish sambil memandang ke arah perut Jesnita yang masih leper namun sudah ada nyawa lain di dalam perut itu.

"Ini anak you, Farish. I tak pernah serahkan diri I pada orang lain selain you! You je yang sentuh I Farish. I serahkan dara I dekat you. Just you!" Jerit Jesnita. Geram apabila kandungannya dipersoalkan.

"Memang la I yang pecahkan dara you, but you yakin lepastu you takde hubungan dengan mana mana jantan lain? I takkan bertanggungjawab selagi takde bukti bahawa tu anak I." Ujar Farish sambil menyilangkan tangan di dada. Jesnita mula mengalirkan air mata.

"Farish, jangan buat I macamni.. mana I nak letak muka I kalau kandungan ni semakin besar? Please.. Farish.. anak kita.."

"Itu bukan anak I!" Ujar Farish sambil matanya tajam merenung mata Jesnita.

"Fine, you taknak bertanggungjawab? Then I akan malukan you. You kenal siapa papa I. Sekali I nak, I boleh sebarkan berita pasal you buat I mengandung!" Ujar Jesnita. Sememangnya Jesnita ialah anak seorang yang berpengaruh dalam dunia media massa. Tapi sayang, otak tu bodoh sebab percayakan lelaki macam Farish.

Farish tersenyum sinis.

"Like I care about your shit father." Ujar Farish sinis. Dia kemudiannya memandang Jesnita.

"You nak I bertanggungjawab?" Soal Farish lembut tiba tiba. Jesnita pantas angguk.

"Ada syarat." Ujar Farish sambil tersenyum menggoda.

"What? Just tell me!" Ujar Jesnita tidak sabar.

"I nak you pejam mata." Ujar Farish sambil tersenyum. Jesnita hanya akur. Mata dipejam. Farish memakai sarung tangan kulit dan terus mengeluarkan picagari dari poket hoodienya. Perlahan lahan menapak lalu mengucup leher Jesnita.

"You nak I?" Bisik Farish menggoda. Jesnita angguk sambil mata masih pejam.

"Then take this." Ujar Farish lalu terus menyuntik cecair berupa dadah di leher Jesnita. Tepat pada nadi gadis itu. Mulut Jesnita dipekup kemas bagi mengelakkan bunyi jeritan kedengaran.

"Mmmmphhhh!!!!! Mmmphhhh!!!!!!" Jerit Jesnita. Kelihatan cecair pekat merah mengalir di celah paha Jesnita. Keguguran.

Farish tersenyum puas lalu melepaskan pekupan.

Serentak itu mayat Jesnita rebah ke bumi.

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now