TAMB 13 : I miss him.

27.5K 1K 23
                                    

"Kenapa demam kau ni lama sangat? Dahla waktu pagi je demam. Siang masa panas terik elok je." Soal Vicky. Selama Farish demam, dialah yang kena jaga mamat ni.

"Aku rasa dia bukan demam biasa ni." Sampuk Celine yang turut ada di situ. Vicky memandang Celine.

"Maksud kau?"

"Maybe dia kena morning sickness. Bella mengandung kot." Ujar Celine lagi.

"Bella mengandung?"
____________________________

Bella tersenyum sambil melihat layang layang di udara. Sekurang kurangnya tenang sikit dia di sini. Takdelah stress sangat. Tangan membelai bulu Lecumi. Alah, kucing parsi tu. Bella kembali mengunyah keropok lekor. Sejak dua menjak ni, selera makannya makin bertambah. Asyik rasa lapar je. Dia pun tak tahu kenapa. Beratnya juga bertambah.

"Banyak kau makan, dulu takdela sampai macamni." Ujar Tini sambil melabuhkan duduk di tepi Bella.

"Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Asyik lapar je." Ujar Bella. Tini menggeleng kecil.

"Habisla kau nanti jadi gemuk."

Pantas sahaja Bella mencubit lengan Tini.

"Auch! Hehe, tak tak aku gurau." Ujar Tini sambil tergelak. Bella memasamkan muka.

"Ala sorry la beb. Kau ni emo la." Ujar Tini. Bella serta merta mengalirkan air mata.

"Hei, Bella! Janganlah nangis. Aku gurau je la. Bella.." pujuk Tini.

"Aku rindu dia.." ujar Bella perlahan. Tini mengerutkan dahi.

"Kau rindu siapa? Suami kau?" Soal Tini. Bella hanya diam namun air mata masih mengalir.

"Aku nak balik." Ujar Bella lalu mula melangkah pergi. Tini termangu sendirian.

"Kenapa dia tu? Emo semacam je."
_____________________________

Celine menghulurkan air kepada Farish yang sedang membelek telefonnya.

"Seriously kau taknak cari bini kau?" Soal Celine sambil duduk di birai katil

"Biarlah dia sejuk dulu. Kalau aku cari dia sekarang, dah sah sahla dia takkan terima aku." Ujar Farish mendatar. Mata masih di skrin telefonnya.

"Kau tahu tak dia dekat mana sekarang?" Soal Celine lagi. Farish hanya angguk. Kemudian dia meraup muka.

"Kenapa?" Soal Celine apabila mengesan raut wajah Farish berubah.

"Semalam aku mimpi.. Nur." Ujar Farish sambil memandang Celine. Gadis itu memutarkan bola matanya ke atas

"Seriously Farish? She's your past. Past is past! Kau dah ada Bella. Kenapa kau still nak fikirkan pasal dia?" Soal Celine menyampah.

"Kau cintakan Nur?" Soal Celine. Farish diam seketika sebelum angguk. Ya, dia masih cintakan Nur.

"Habistu Bella?" Soal Celine lagi. Farish terdiam.

"Kau cintakan Bella ke tak?" Soal Celine lagi. Farish masih diam.

"Buat apa kau nak cintakan betina macam Nur tu? Isteri kau sekarang ni bukan Nur! Nur tu cuma sejarah kau tahu tak? Bella lebih berhak dapat cinta kau daripada Nur." Ujar Celine. Farish meletakkan telefon di tepi dan merenung anak mata Celine.

"Salah ke kalau aku masih cintakan orang lain lebih daripada isteri sendiri?" Soal Farish perlahan.

"Salah! Isteri kau tu patut kau sepenuhnya cinta. Bukan orang lain." Ujar Celine. Farish menutup mata.

"Keluar." Ujar Farish. Halau sebenarnya. Celine menggeleng kecil lalu bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.
_____________________________

"Tini pun tak tahu lah kenapa dengan Bella paksu. Tapi dia asyik menangis je dari tadi." Ujar Tini.

"Takpelah. Nanti paksu cuba cakap dengan dia." Ujar Encik Naqib. Tini angguk lalu bersalam dengan bapa saudaranya.

"Takpelah paksu, Tini balik dulu."

Encik Naqib kemudiannya masuk dan membuka pintu bilik Bella. Kelihatan Bella sedang  berada di tepi tingkap dan sedang dipeluk oleh isterinya.

"Bella, cuba bagitahu ayah. Kenapa ni?" Soal Encik Naqib lembut. Bella hanya diam dalam pelukan ibunya namun masih teresak.

"Bella.. bagitahu ibu dengan ayah. Sekurang kurangnya kami tahu masalah anak kami."  Pujuk Puan Dahlia lembut. Tangan mengusap rambut anaknya.

"Bella rindu Farish.." ujar Bella perlahan.

"Laa.. bukanke Bella dah bagitahu Farish Bella datang sini?" Soal Encik Naqib.

"B..Bella.. Bella bagitahu Farish.. ta..tapi lepas Bella sampai sini." Ujar Bella dalam tangis. Makin pelik kedua dua orang tua itu.

"Bella, cuba bagitahu ibu. Bella gaduh dengan Farish?" Soal Puan Dahlia. Bella hanya diam.

"Kalau Bella gaduh dengan Farish, cuba berbincang. Kalau Bella terus lari macamni, masalah takkan selesai. Kesian Farish tu Bella tinggalkan dia sorang sorang." Ujar Puan Dahlia. Bella masih diam. Kemudian Puan Dahlia mengerutkan dahi.

"Bella? Bella? Kenapa diam ni? Bella?" Soal Puan Dahlia apabila badan Bella kaku. Encik Naqib juga berjalan ke arah mereka.

"Bella? Bella bangun." Ujar Encik Naqib sebelum dia mencempung anak perempuannya.

"Lia ambil kunci kereta. Kita bawak Bella pergi klinik." Ujar Encik Naqib kalut. Puan Dahlia angguk lalu terus dia bersiap ala kadar dan mengambil kunci kereta lalu mereka membawa Bella ke klinik.

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now