TAMB 6 : idea gila

34.8K 1.2K 59
                                    

15+

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kelibat Farish kelihatan.

"Siapa tadi?" Soal Bella. Farish menggeleng.

"Siapa pun dia, yang pastinya itu bukan urusan kau." Ujar Farish sambil duduk di atas kerusi. Bella mencemik lalu mencedok nasi ke dalam pinggan dan dihulur ke arah Farish. Farish hanya diam sambil menikmati sarapannya.

"Kau tak kerja ke? Aku tengok kau relaks je dekat rumah ni." Ujar Bella. Farish memerhati wajah Bella.

"Kau betul betul nak tahu apa kerja aku?" Soal Farish. Bella angguk.

"Jangan menyesal eh." Ujar Farish lagi. Bella terkedu.

"Ermm.. kau buat kerja tak elok ke?" Soal Bella perlahan. Farish tersenyum nipis.

"Kalau ya?" Soal Farish. Bella hanya diam lalu memokuskan pandangan ke pinggan nasinya.

"Aku kerja biasa biasa je. Dekat RBlood Holdings." Ujar Farish kemudiannya. Bella mengangkat muka.

"Jadi awak kerja halal?" Soal Bella. Farish menjongket kening.

"Ada yang halal and.. ada yang haram." Ujar Farish tenang. Bella hanya diam.

"Tapi jangan risau, nafkah kau duit halal." Tambah Farish lagi.

"Baguslah." Ujar Bella perlahan. Kalau Farish bagi dia duit haram, memang kena luku mamat tu.

"Malam ni aku tak balik. Kunci pintu." Ujar Farish tiba tiba. Bella mengangkat muka.

"Kau nak pergi mana? Kalau kau nak pergi kelab malam, no. Duduk rumah je." Ujar Bella tegas. Farish menjongket kening.

"Eh, suka hati aku lah. Kau sibuk apahal?" Soal Farish. Bella meletakkan sudu lalu memandang Farish.

"Takpayah. Stay rumah je. Mulai harini, kau jangan keluar malam." Ujar Bella tegas.

"Really?" Soal Farish lagi. Bella angguk. Farish menggeleng kecil dan menyambung makan. Bella turut sambung makan.
___________________________________

Bella termundar mandir sendiri. Dia kena buat cara supaya Farish tak keluar malam lagi. Dia takkan biarkan Farish mabuk.

Tapi nak buat macamana eh taknak kasi Farish keluar malam?

Bella berjalan ulang alik lagi. Tiba tiba matanya terpaku pada cermin di hadapannya. Kesan dilehernya diperhati. Otak mula mengeluarkan idea gila.

"Ah, jangan mengarut. No no no. Cara lain." Bebel Bella sendirian.

"Tapi dah takde cara lain... ermm.. patutke aku buat macam tu?" Soal Bella sendirian lagi. Dia meraup muka. Kalau dia tak buat idea gila ni, Farish mesti akan keluar malam dan balik dalam keadaan mabuk.

Bella menilik jam. Pukul 7 malam. Biasanya Farish akan balik sekarang dan akan keluar semula pada pukul 9 malam sampailah 3 pagi.

Bella membuka almari lalu nafas ditarik.

"Bismillahirrahmanirrahim.."
________________________________________

Farish menutup pintu rumah lalu topinya dicabut perlahan. Nafas panjang dihela. Penat. Dia menapak perlahan ke sofa dan berbaring di situ. Beberapa saat kemudian dia sudah diulit mimpi.

Bella yang baru sahaja melangkah turun memerhati Farish.

"Apa yang dia buat sampai nampak penat sangat? Pelacur?" Gumam Bella perlahan. Dia menapak ke sofa lalu dilabuhkan duduk di lantai. Tangan mengelap sisa peluh di dahi Farish.

Walau sebenci mana pun dia pada Farish, syurganya tetap di bawah tapak kaki lelaki itu. Dan dia akan cuba untuk ubah Farish daripada terpesong lebih jauh dari jalan Allah. Dia tak tahu apa aktiviti harian Farish. Tapi dia akan cuba untuk meluruskan seorang hamba Allah ke jalan yang benar.

Bella kemudian bangun dan melangkah ke dapur. Makanan sudah siap terhidang. Hmm.. nanti Farish bangun bolehla dia makan.
_______________________________

Farish menguap panjang. Sisa kantuk masih ada namun, dia ada hal perlu diselesaikan. Jam ditilik.

9 malam.

Okey cun. Terus Farish bangun dan melangkah ke bilik. Apabila pintu terkuak, Farish terkaku. Figura yang sedang membaca ditelitinya dari atas ke bawah. Wow.

Farish berdehem. Pantas Bella berpaling. Rasa malu menyerbu diri.

"Err.. Farish.. kau dah bangun? Erm.. aku dah masak tadi." Ujar Bella tergagap gagap. Dia menggigit bibir lalu menunduk. Aduh.. apahal malu pulak ni?!

Farish masih diam. Bella diperhati dari atas ke bawah. Singlet ketat dan seluar paras paha. Hurm..

Bella masih menunduk. Pipi dia tak payah cakaplah, memang kalah blusher.

Farish kemudian meraup mukanya lalu kembali melangkah keluar dari bilik itu. Bella pantas menyaingi langkah Farish lalu lengan lelaki itu dipegang. Farish berhenti berjalan dan memandang Bella.

"Ermm, taknak makan ke? Saya dah masak untuk awak." Ujar Bella lembut. Farish mengerutkan dahi lalu pipi Bella disentuh.

"Kau demam ke ni?" Soal Farish pelik. Bella mencemik.

"Taklah. Saja je. Nak makan tak?" Soal Bella lagi. Wajahnya dibuat buat tenang walaupun skru lutut dah longgar.

"Boleh jugak." Ujar Farish lalu kembali melangkah. Bella mengekor dengan tangannya masih memeluk lengan suaminya.

Farish mengerutkan dahi.

Pelik pulak perangai dia ni.
___________________________________

Farish menyarung baju t shirtnya dan menyembur sedikit pewangi. Dia merapikan rambutnya lalu mengambil kunci kereta. Bella memandang Farish.

"Awak nak keluar ke?" Soal Bella. Farish mengangguk.

"Takpayah tunggu aku. Aku balik lewat." Ujar Farish. Bella kemudian mendekati Farish.

"Erm... duduklah rumah. Saya sunyi." Ujar Bella sambil merangkul lengan Farish.

"Kau tidurlah. Dah malam ni. Nanti aku balik." Ujar Farish. Bella menggeleng.

"Taknak. Temanlah saya. Please.." pujuk Bella. Farish menghela nafas. Wajah Bella diteliti sebelum Farish mendekatkan jarak mereka.

"Takde hantu la dekat rumah ni. Kau tidur eh?" Soal Farish lembut. Bella memegang dagu Farish.

"Taknak. Saya nak tidur dengan suami saya." Ujar Bella sambil perlahan lahan bibirnya singgah di dagu Farish. Farish jelas terkejut namun hanya membiarkan.

"Jangan pergi. Please." Bisik Bella lalu bibir Farish pula dikucup lembut. Farish menutup mata. Tangan merangkul pinggang Bella. Lama berkeadaan seperti itu sebelum Bella melepaskan ciuman dan menarik Farish ke katil. Dia melabuhkan duduk di atas riba Farish dan tangan dilingkarkan di leher Farish. Tangan Farish pula dipinggangnya.

"Apa kau nak buat ni?" Soal Farish sambil merenung anak mata Bella. Bella tanpa kata terus menghisap leher Farish. Tangan mengurut ngurut leher lelaki itu sehingga Farish memperkemas pelukan mereka.

"Jangan keluar malam ni.." gumam Bella dengan nada menggoda lalu jarinya bermain main di dada Farish. Dapat dirasakan degupan jantung Farish laju seakan akan menahan perasaan. Halkum Farish juga bergerak gerak. Bella kembali menggigit dan menghisap leher Farish.

"You turn me on." Bisik Farish di telinga Bella. Bella tersenyum lembut lalu menindih lembut bibirnya dengan bibir Farish.

"I'm yours." Bisik Bella. Farish tanpa kata terus menolak Bella hingga gadis itu berbaring. Dia kemudian menindih gadis itu dan bibir Bella disambar rakus. Tangan mencapai suis lampu lalu suis tutup ditekan.

Ha dah dah. Jgn nk detail😂

Ti Amo, Mia Bella [E-BOOK]Where stories live. Discover now