●●●●●
★Hyunmin pov★
Bulan lepas aku dan jimin berbaik macam kami yang aturkan perkahwinan kami. Tapi sekarang kami dah macam dulu. Dia maki aku sana sini. Perkara tu jugak buat bts pelik lagi.
"Woi hyun. Aku nak gi bighit. Ada meeting." Jimin tegurku yang berada di sofa ruang tamu tingkat atas. Aku hanya mengangguk.
"Aku makan luar." Bunyinya seperti ayat penyata tapi sebenarnya atas perintah. Jadi aku tak perlu masak harini. Cuma untuk aku je. Takpun mungkin aku hanya akan makan roti.
Sedang aku bermain dengan Pitbo, chaeyoung kat tingkat atas macam merungut. Pelik. Jarang si chaeyoung merungut kalau kemas rumah ni. Mesti ade pape ni. Aku berlari naik ke tingkat 2. Bilik guest yg jimin selalu guna untuk mandi.
"Eh Chae. Kenapa ni?" Soalku bila nampak chaeyoung melutut mengemas sesuatu di dalam almari bilik itu.
"Eh!!! Unnie ada?! Macam mana unnie boleh ada ni??!!" Soal chaeyoung cemas. Aku hanya kerutkan dahi.
"Memang adalah." Aku membuat muka pelik.
"Tak ikut jimin? Ermm..saya just nak ajak unnie keluar gi taman bunga!" Kata chaeyoung sambil tangn dia mengemas barang tadi. Tak cam pulak benda apa.
"Taman? Jomlah!" Excited ku menjawab. Dah lama dah terbantut niat ku yng itu. Chaeyoung tersenyum lalu menarikku keluar dan menuju ke belakang rumah. Aku hanya ekorinya. Tak sabar!
●●●●●
Selepas bersiar siar dengan chaeyoung tadi aku naik mandi. Dah pukul 3:10 petang. Jimin mesti balik malam.
Aku naik ke tinggkat 2 dan tertoleh ke bilik chaeyoung berperangai pelik tadi. Terlintas aku nak tahu apa yang dia rungutkan.
Aku masuk dan menutup semula pintu bilik tu. Kunci. Selamat sikit.
Aku berjalan ke arah almari dimana chaeyoung merungut macam itik tadi. Aku buka. Kosong. Tapi ada satu drawer di bawah. Aku tarik dan. Ada banyak barang. Kotak baldu merah,kotak hadiah,album dan surat surat. Semua ni jimin nak bagi siapa?.
Aku buka kotak baldu merah itu. Ada 3 semuanya. 1 kotak masih ada cincin dan dua lagi kosong. Aku buka kotak hadiah pula. Banyak barang mcam gelang cincin dan keychain. Semua tertulis... Seulgi? Siapa seulgi?. Mungkin... sibling dia. Aku menutup semula dan mengambil album gambar pula. Kulitnya ada corak hati. Aku bukak helai demi helai. Aku perhatikan satu persatu. Tanpa aku sedar mataku mula bertakung. Semua gambar itu gambar jimin dengan seorang perempuan yang bernama seulgi mungkin. Mereka mesra. Berpelukan. Berpegang tangan. Berciuman pun ada?. Tapi kenapa aku sebak? Aku cemburu? Tak mungkin. Aku bukan sukakan jimin pun.
Aku tutup album dan mengutip surat surat pula. Aku baca sampulnya. Semua daripada seulgi. Ada juga daripada jimin. Kandungannya aku teliti. Air mata ku kini jatuh. Semua yang tertulis mencalar perasaan aku. Tak tahu kenapa aku sedih sebegini. Sedangkan aku bukan cintakan jimin pun. Ayat ayatnya masih baru. Bukan ayat lapok. Mungkin surat ini dibuat hanya untuk gurauan cinta mereka. Mahu meniru zaman dahulu dengan menghantar letter dan kandungannya ayat ayat bunga. Mengarut.
Aku kemaskan semua barang itu dan letakkan seperti biasa. Inilah punca chaeyoung merungut? Jimin suka simpan tentang perepuan lain. Seulgi. Aku keluar dari bilik itu dan mengesat air mata. Tapi ia tetap keluar. Seperti mengulang kembali imej imej tadi. Aku masuk ke bilik dan mengiring atas katil. Meratapi semua perkara tadi. Aku cemburu? Mungkin. Aku isteri dia dan aku berhak untuk cemburu. Tapi aku taknak!.
YOU ARE READING
[LIFE LOVE | JIMIN] -malay ff-
Fanfiction"Tak sangka aku jadi wife dia..dia siapa? Kejap baik kejap garang..singer ape ni?..tapi,takpe..aku akan belajar sayang dia..yup! Belajar sebab aku wife dia!.."-Hyunmin "Omma ni main jodohkan aku je ngan ntah pompuan formal kemain mana..b...