★hyunmin pov★
Aku berjalan di koridor hospital. Langkah aku memang berat. Seberat 17 buah lori pun ada.
Takpe hyun..baru stage 1..jaga kesihatan kau dulu..
Kata semangat tak lekang dari mulut. Biar sejuk hati. Semua berlaku ada hikmahnya. Bukan sengaja.
Aku melangkah masuk kedalam kereta Mini cooper yang eomma hadiahkan masa perkahwinan haritu. Radio dipasang namun satu lagu pun tiada yang boleh tenangkan hati.
"Awak menghidapi penyakit cancer. Takpe. Masih awal dan sempat diubati. Jangan risau. Puan masih banyak peluang."
Kata kata doktor tadi terngiang ngiang di telinga.
Cancer. Macam mana boleh cancer?
"Selain itu..Tahniah..Puan hamil 2 bulan setengah. Perut puan sedikit kecil puncanya kerana puan pun jenis yang kurus. Tak apa, yang penting jaga makan puan demi bayi."
Satu lagi kata kata doktor yang bermain di telinga. ni ke sebb perut aku buncit sedikit? Sian baby, dah 2 bulan baru mummy tahu ye? Hamil? 2 bulan? Anak jimin? Aku hamilkan anak suami aku? Tapi aku sakit? Perlu bagitahu jimin? Boleh ke dia terima? Tapi kenapa aku tak rasa pening loya? Belum masanya kut..
Risau, sedih dan gembira bercampur. Yela..hamil anak suami kut. Lagi satu dahla hamil sewaktu dengan sakit.
Aku turun dari kereta. Jimin ada. Baru balik ke? Aku buka pintu rumah. Jimin ada di sofa. Tengok tv.
Langkah dihalakan ke dapur. Dahaga. Aku ambil segelas air kosong dan duduk di meja bar.
Jimin masih tak perasan kehadiranku. Walaupun dapur sebelah ruang tamu tv sahaja.
Aku lihat wajah dia dari jauh. Ya, jujur aku sayang dia sekarang.
"Saya pregnant anak awak jimin. 2 month. Nak masuk 3 month. Dia anak awak. Anak hasil benih awak. Awak tahu tak betapa gembira saya? Bila tahu saya preggy? Tuhan saja yang tahu. Tapi awak tahu tak bertapa sedih saya bila tahu saya cancer? Cancer masa saya hamil."
Air mata aku gugur sendiri. Sebak. Fikirkan situasi sekarang.
Aku bngun menuju ke arah jimin. Air mata aku lap.
"Oppa. Sebulan lagi saya kena pergi kyoto da." Aku duduk tepi dia.
"Bila sampai?" Jimin berpaling ke arahku.
"Tadi."
"Bulan depan ke nak pergi kyoto?" Jimin soalku lagi.
"Haah."
"Nak tinggal saya sorang?" Jimin berpeluk tubuh. Mukanya ketat.
Ya. Dia dah bahasakan diri dia saya. Kami macam biasa saya awak. Lepas dia stop relay dia dengn seulgi. Dan lepas dia kena marah dengan papa depan aku.
Papa dia marah dia sebb masih ada hubungan dengan seulgi. Masa tu lepas sehari dia pukul aku 2 minggu lepas sebb selongkar drawer dia. Then, dia kata kat aku esoknya lagi dia takde pape dah ngan seulgi. Walaupun aku tak tahu betul ke tidak, lama ke cepat, serious ke gurau. Lepastu dia cakap yang dia akan macam biasa panggil aku hyun. Cuma kadang ii la dia terbahasa aku. Tapi takpe.
Tuhan je tahu berbunganya hati aku masa tu. Yela. Jimin dah terima aku kut.
"Hyun.." jimin tegurku buatkan aku sedar.
"Ya..eh, jangan la fikir cam tu. Kalau saya boleh bawak awak saya bawak tau. Tapi ni kerja universiti wak." Aku usap lengan dia. Dia tersenyum.
"Kalau saya ikut senyap ii?"
"Mengada eh? Macam tak pernah dok sorang." Aku cubit lengan dia.
"Hahahahahahah..sakitlah hyun. Aku pukul kau lagi terok kang" dia ugutku. Comel.
"Kalau berani. Badan saya ni lebam ii dah tau sebb awak." Aku bangun tanda protes.
"Merajuklah selagi mampu. Mals nak pujuk. Nak naik ats tidor" dia tolak kepalaku. Haihh..ingat nak pujuk.
●●●●●
★jimin pov★
Aku menuju ke bilik 95. Bilik aku. Cehh.
Aku kuncikan pintu. Aku baring atas katil. On kan aircond. Pejamkan mata.
Aku dan hyumin dah 3 bulan. Katanya dia cuti 9 bulan je untuk tinggal di korea. So dia akan pindah jerman lagi 7 bulan. Aku? Tulah kawin masa cuti lagi. Suami nak campak mana?
Aku makin senang tinggal dengan hyunmin. Makin selesa. Aku rasa tenang bila ada dia. Rasa sempurna. Aku jugak, makin sayangkan dia. Dia selalu marah aku bila aku bercakap kasar dengan maid aku. Aku rasa dia baik. Dan setiap kali dia tegur aku. Aku rasa bersalah dan terima semua teguran dia dengan hati terbuka. Serius.
Seulgi? Nothing. Dah lama da tak contact dengan dia. Lepas aku stopkan relay aku dengan dia. Sebb papa. Tapi aku still janji la kami akan getback oneday.
Tapi serious. Kat luar pun macam aku tak kenal seulgi kalau jumpa. Rasa macam ada hyun je. Dan pernah hyun yang tegur aku untuk tegur seulgi yang kami jumpa dia kat supermarket. Dan aku mengelak. Aku tarik tangan hyun pergi ruang cereal. Entah apa dirasuk. Tapi aku sayang hyun sekarang.
Sebulan lagi pergilah hyun ke kyoto. Tinggal aku. Memang aku tinggal sorang sebelum ni. Tapi sekarang aku rasa macam tanak hyun pergi jauh. Nak dia!
Macam mana kalau jadi apa ii kat dia? Dia bukan bawak bestfriend dia si Dahyun dengan bambam tu. Kalau ada 2 ekor tu boleh jugak tengok tengokkan dia. Tapi kawan dia pun idol. Sebok la kan.
Aku buka phone. Nak call taehyung.
Tangan aku berhenti dari mengetik logo contact. Ada notification twitter allkpop. Dan ada tertulis bts. Apa pulak RM hyung buat.
Aku tekan link twt itu. Sangkaanku meleset. Bukan RM hyung tapi aku. Jimin Bts.
'Fans of Park Jimin from BTS got news that Jimin's wife Ha Hyunmin will go to Kyoto, Japan on 24 August 2018. One of his fans said that Jimin can't join his wife and will stay in Korea.'
Sape la fan yang bertuah tahu pasal nih? Habislah wartawan serbu bighit. Banyak diorang akan tanya nanti. Macam mana nak hidup sendiri la. Kenapa tak dapat ikut lah. Macam macam. Serabut.
Aku bangun dan menuju ke ruang tamu. Mana hyun? Aku bergerak ke dapur. Juga takde. Aku intai ke belakang rumah. Dia di tepi pool. Bermain dengan pitbo.
Aku berjalan perlahan kearahnya dan peluk dari belakang. Dia terkejut. Dan blushing. Auchhh. Comel.
"Issh..ape main sergah ni." Hyun menepuk lenganku yang masih mendakapnya seraya tergelak kecil.
"Ala..takboleh ke nak peluk bidadari hati pengarang jantung mekar sejambak berbau harum serta lembut bak sutera ditenun permaisuri yang ditahta di hujung jiwa ni?" Aku merajuk lepas keluarkan ayat 'manis' yang tak cukup nafas nak ucap tu.
Hyun tergelak.
"Boleh je. Tapi janganlah main sergah je. Kalau kena heart attack cane?" Hyun muncungkan mulutnya. Comel ya tuhan!
"Halah..yela ii. Jom masuk. Saya rindu awak tau. Tadi balik tengok awak takde. Risau tau. Ingat balik ii boleh berkepit dengan dia." Aku menarik tangannya masuk ke dalam. Hyun hanya tersenyum.
Inilah family yang aku nakkan. Sesal aku buat perkara dulu memang tebal. Lupakan hyun. Pukul hyun. Marah hyun. Malah cintakan seulgi yang sekarang aku pun meluat tengok dia. Bila tengok seulgi rasa macam 5872 kg dosa datang hempap aku. Dan aku rasa geli.
Sekarang hidup aku cukup dengan Ha Hyunmin. Janji nak getback dengan seulgi tu? Bila ii masa aku boleh patahkan dan buang.
YOU ARE READING
[LIFE LOVE | JIMIN] -malay ff-
Fanfiction"Tak sangka aku jadi wife dia..dia siapa? Kejap baik kejap garang..singer ape ni?..tapi,takpe..aku akan belajar sayang dia..yup! Belajar sebab aku wife dia!.."-Hyunmin "Omma ni main jodohkan aku je ngan ntah pompuan formal kemain mana..b...