●●●●●
★jimin pov★
Aku bangun dari tidur. Dah pukul 5 pm. Aku tidur petang rupanya.
Aku berdiri dan betulkan sedikit tulang tulang. Lapar. Nak suruh hyun masak.
Aku turun ke bawah dengan malasnya. Takde hyun. Dia pergi mana pulak?.
"Jiyoung!!!" Laungku. Mesti jiyoung tahu hyun kat mana. Diorang rapat.
"Ya!!" Jiyoung berlari ke arahku.
"Mana hyunmin?" Aku tanya dia dingin.
"Maaf jimin. Saya tak tahu." Tuturnya.
"Takkan kau tak tahu?"
"Tak. Tadi masa saya dan chaeyoung bersihkan pool kat belakang saya nampak dia kat tingkat 3. Kat balkoni. Tu pun masa pukul 3:30 petang gitu. Ni dah pukul 5. Saya tak tahulah." Terang jiyoung sambil membetulkan rambut dia. Aku mengangguk sahaja.
Tingkat 3? Buat apa? Lepak gym ke apa? Orang lapar lapar ni.
Aku masuk ke dalam lift dan tekan butang 3. Macam tak sedap hati lah pula.
Aku berlari ke gym setelah lift sampai ke tingkat 3.
"Hyun!!!!" Aku panggilnya kuat. Biar dengar sikit.
Tiada jawapan. Mainmain hyun dengan aku eh. Siap kau aku dapat .
Aku mencari dia sekeliling gym tu. Tiada. Haihh.
Aku keluar dan menuju ke ruang tamu. Tv tertutup. Kalu aku boleh tanya ikan dalam aquarium tu kan bagus.
Aku toleh ke belakang. Ade selipar kain gambar stitch yang dia selalu pakai depan toilet. Angin aku berubah. Siap kau hyun. Aku lempang kau lepasni.
Aku buka pintu toilet itu. Tak berkunci.
Niat kejam aku tadi hilang dengan tiba tiba. Mata ku berkaca. Bertakung dengan air.
"Hyun!!!!" Aku jerit namanya.
Lantai tandas dibasahi darah. Kepalanya juga. Dia jatuh.
Aku angkat hyun bridal style. Aku bawanya turun. Dengan tshirt putih dan tracksuit adidas, aku bawanya ke hospital. Biarlah selekeh pun.
Aku hantarnya ke amergancy. Dia tak sedarkan diri lansung.
●●●●●
Setelah 30 minit aku tunggu. Doktor keluar.
Kata doktor. Hyun kehilangan banyak darah. Kepalanya terhentak kuat. Tapi dia boleh balik harini.
Aku masuk ke dalam bilik hyun. Dia masih pejamkan mata. Dahinya berbalut.
"Kenapa kau tak panggil aku? Tengok,kita dah susah. Kau dah sakit." Kataku bermain dengan selimutnya.
"Saya dah panggil tapi awak tak dengar. Then, saya tak sedar apa apa dah." Terkejut aku. Hyun dah sedar rupanya.
"Lah! Kau dah sedar. Lain kali bukak mata." Aku tumbuk pipinya lembut. Dia tergelak kecil.
YOU ARE READING
[LIFE LOVE | JIMIN] -malay ff-
Fanfic"Tak sangka aku jadi wife dia..dia siapa? Kejap baik kejap garang..singer ape ni?..tapi,takpe..aku akan belajar sayang dia..yup! Belajar sebab aku wife dia!.."-Hyunmin "Omma ni main jodohkan aku je ngan ntah pompuan formal kemain mana..b...