[ capítulo 02 ]

30.5K 1.5K 46
                                    



Malam Yang disangkakan indah berubah menjadi mimpi ngeri baginya. Kejadian Yang berlaku sedikit sebanyak telah menjadikan dia trauma untuk keluar rumah. Mayat Yang bergelimpangan Di atas jalan sungguh mengerikan.

Darah mereka berada Di merata tempat. Air matanya tidak segan untuk mengalir dari mata. Perlahan-lahan dia melalui mayat-mayat itu. Tanpa sengaja dia terpijak tangan seseorang.

"You're going to hell stupid!", kata seorang lelaki yang Tanpa sengaja dia terpijak tadi.

Dadanya penuh dengan darah, suaranya juga kedengaran tersekat-sekat. Zaskia tidak dengar apa Yang dikatakan lelaki itu. Zaskia memandangnya sepintas lalu sebelum berlari sekuat hatinya. Hari ini dah berapa kali dia lari. Kalau boleh nak buat marathon terus! Gila tak terkejut tiba-tiba suara keluar dari mulut orang yang dah nak nazak.

Zaskia mengunci dirinya Di dalam bilik selama tiga hari. Takut Yang amat! Inilah pertama kali dia mengalami kejadian begini. Sekarang dia rasa lega dan tenang sedikit berbanding hari Yang sebelum ini. Assignment dia jangan cakap la, bertimbun atas meja. Lagi banyak bala la dia kena tanggung.

Nasib dia inform kat universiti Yang dia tak berapa sihat. Tipu sunat! Sekali-sekala tak apa la. Sekarang dia rasa sangat rindu pada Lucy. Mama pon mesti tengah rindukan dia! Nak manja gitu-gitu! Zaskia cepat-cepat menukar baju. Dia hanya memakai baju lengan Panjang Yang agak tebal dan skinny jean.

Dikenakan dengan selendang arab. Dia tidak lupa untuk memakai bedak dan dicalit sedikit lip gloss Di bibir munggilnya. Setelah puas menilik dirinya Di hadapan cermin, dia terus keluar dan memakai kasut converse miliknya. Biasa-biasa je!

Sedang dia berjalan ke kedai Milik Lucy, dia terasa seperti ada orang mengekorinya. Tiba-tiba kejadian 2 hari Yang lepas terbayang kembali.

Zaskia cuba menepis perasaan prasangkanya Tapi semakin Zaskia laju, semakin dekat orang Di belakangnya. Zaskia berura-ura untuk membuka langkah seribu.

Sikit je lagi Zaskia. Mesti sampai kedai mama punya! Depan Tu ja, bisik hatinya. Orang Di belakang lebih bijak sebelum Zaskia membuka langkah seribunya. Dengan sekali rentapan Zaskia terdorong ke belakang.

"Arghh!!", terkejut Zaskia apabila tangannya direntap secara tiba-tiba.

Nampaknya orang Di belakang lebih tangkas darinya. Gerangan orang Yang memegangnya memakai mask dan dia seorang lelaki. Zaskia telan liur. Air liur pula rasa macam berpasir ja. Tanpa berlengah lelaki itu menarik tangan Zaskia sehingga Di suatu lorong Yang agak jauh dan jarang digunakan. Lorong itu kelihatan suram.

"Let me go, trash!".

Rontaan dan jeritan Zaskia seperti angin Yang melalui telinganya. Tiada tanda-tanda untuk Hayes melepaskan Zaskia. Tiba-tiba idea jahatnya muncul. Dia menggigit tangan lelaki itu dengan penuh rasa geram. Haa amik kau! Rasakan gigitan jerung! Pegangan lelaki itu terlepas.

Zaskia tidak melepaskan peluang dia cuba untuk melarikan dirinya. Malangnya, Nasib tidak menyebelahi apabila lelaki itu memeluk pinggangnya lalu ditolak ke arah dinding Di lorong itu. Zaskia tersepit! Nak lari tak boleh! Lelaki Di hadapannya telah menghalang segala pergerakkan. Zaskia terkunci!

Mereka berpandangan buat sementara sebelum Zaskia melarikan matanya dari memandang mata lelaki itu. Pergh cair sia!! Mata biru lelaki itu amat memukau, wajah yang putih, rambutnya Yang perang keemasan. Sungguh mengasyikkan! Biasalah orang barat! Tetapi Dia tidak dapat melihat bibir lelaki itu kerana dilitupi dengan mask. Sempat lagi kau tilik muka dia. Lelaki itu hanya tersenyum sinis Di sebalik masknya.

Still look cute even we've never met for a years!

Bisiknya Di dalam hati. Tiada suara Antara mereka hanya deruan nafas sahaja kedengaran.

"Sir please let me go! I just had a trauma for three days! And I don't want it to happen again! Please i wa....", belum sempat Zaskia habiskan bicaranya, jari lelaki itu sudah melekap Di bibir Zaskia.

"Shhhh...One more word, I'll kiss you", bisik lelaki itu Di telinganya.

Zaskia terkedu. Damn!

🥀🥀🥀

"Don't touch me! Who do you think you are? We're not even know each other?". Zaskia menolak Tubuh Hayes dengan kuat supaya jarak mereka agak jauh sedikit.

Hayes terdorong ke belakang Tapi masih boleh dikawal imbangan badannya. Suara Zaskia sudah naik seoktaf apabila lelaki Di hadapannya memegang sesuka hati. Ingat Dia apa? Patung ka?Hayes hanya memandangnya Tanpa riak.

Tiba-tiba Hayes menunjukkan tangannya Di wajah Zaskia. Baru dia perasan, ada bekas gigitan giginya pada tangan lelaki itu. Kuat juga aku gigit dia. Tula Siapa suruh pegang aku!

"Pandai juga kau gigit ye? Tapi sayang, tak sakit langsung", kata Hayes itu dengan nada yang sinis.

Zaskia terlopong. Mamat ni tahu cakap melayu? Mati-mati aku ingat dia Mat salleh. Hayes simpan gelaknya. Kelakar bila Zaskia buat muka blur dia.

"A-awak boleh cakap melayu?", tergagap Zaskia bertanya.

Hayes tidak menjawab. Angguk pun tak, geleng pun tak. Hanya renungan tajam diberikan kepadanya. Zaskia sudah kecur liur. Asal pulak mamat ni pandang aku macam nak terkam ja!

"Saya minta maaf sebab gigit awak. Saya gigit sebab awak pegang Saya sesuka hati! Saya tak suka orang pegang Saya macam Saya ni patung!".

Masih begitu. Hayes hanya diam tak berkutik. Matanya tidak habis merenung wajah Zaskia. Jantung Zaskia sudah mula bekerja. Laju macam Ferrari dah jantung dia berdegup!

Apabila tiada respon, Zaskia terus meninggalkan lelaki itu Yang asyik pandang dia macam singa kelaparan. Lagipun renungan dia lain macam kot. Seram cheq!

Hayes hanya membiarkan Zaskia pergi. Tidak menghalang mahupun mengejar. Kalau kejar pun buat apa? Bukan dia ingat aku pon. Hayes terus berlalu meninggalkan tempat itu. Tiba-tiba Idea yang sudah lama dia rancang akan bermula!

Now nobody will touch you. You'll save with me!

🥀🥀🥀

Hayes sedang menyemak kertas Yang bertimbun Di atas mejanya. Sejak akhir-akhir banyak kerja dia tertangguh disebabkan rancangan dia. Kerja makin hari makin banyak. Macam biasa, wajah Yang tidak beriak itu sedang leka menyiapkan kerjanya.

Tiba-tiba pintu bilik kerjanya dikuak dari luar. Wajah Alec kelihatan. Dia melangkah dengan wajah selamba. Ditarik kerusi Di hadapan Hayes sebelum menghenyak punggungnya.

"Ada apa kau nak jumpa aku?".

"Esok Malam aku nak kau dan frank pergi ke rumah dia. Bawa dia pada aku. Jangan bagi ada Siapa-Siapa pun syak Korang. Kalau ada Yang nampak, kau tahu kan apa nak buat?", kata Hayes panjang. Alec hanya senyum sinis sebelum menggangguk.

"Pergi bagitahu yang lain. Aku nak pesan! Jangan bagi dia terluka Kalau korang tak nak nama korang ada atas batu nisan. Sikit pon luka, aku siat-siat kulit korang!". Alec mendengus kasar. Banyak pula deni tazkirah. Kang kau pula arwah!

"Ishhh! Aku tahu la! Boleh tak jangan nak membebel. Mulut dah macam makcik bawang dah aku tengok! Pot pet pot pet!", kata Alec sambil buat mulut itik. (Serius hodoh gila😹)

"Suka hati aku la! Sebelum mulut kau hilang baik mengucap banyak-banyak! Mulut Dah la macam punggung ayam!", Balas Hayes tidak mahu Kalah.

"Sudah lah! Gaduh dengan kau, tunggu moyang aku bangun dari kubur pun takkan habis. Aku gerak dulu ! Cau!" , kata Alec sebelum menghempas pintu bilik Hayes dengan kuat!

Eh! Eh! Babi ni! Kang ada juga yang kena solat jenazah nanti. Ingat duit mak bapa dia ka suka hati nak hempas pintu. Kalau nenek kau bayar tak apa juga! Eh lupa! Nenek pon dah tak ada, bebel Hayes dalam hati. Semua dalam hati je la! Kalau hambur pun Alec dah keluar.

Bibirnya tiba-tiba mengorak senyuman sinis. Rancangannya akan membuatkan hidup dia kembali kepada asal.

Wait for me, pequeña flor!

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now