[ capítulo 16 ]

19.8K 1K 28
                                    

"Oh ni la jantan tak guna Yang kau nak sangat?! Jantan macam ni tak layak untuk hidup bersama perempuan macam kau!!", kata bapanya.

Lelaki itu hanya membiarkan kata-kata encik mikael. Dia berlalu ke arah Zaskia lalu didukungnya. Dia mengelap air mata Zaskia. Dia kelihatan sangat Sakit. Wajahnya tidak lagi seceria dulu.

"Let's get out from this hell. You should not be treat like this", kata lelaki itu sebelum keluar dari rumah milik Zaskia.

Dia hampir sahaja menitiskan air mata lelaki, apabila wanita Yang disayanginya dipukul sebegini rupa oleh bapanya sendiri.

"Woi!!! Baguslah betina tak guna!! Mulai dari saat ini kau dah tak layak untuk jejakkan kaki ke rumah ini lagi!!! Aku haramkan nama kau dalam rumah ini!!! Pergi lah ikut jantan sial Tu!!! Aku tak ada anak macam kau!!", jerit encik mikael kuat. Ibu dan kakak-kakak tirinya hanya tersenyum sinis.

Zaskia Yang mendengar cacian bapanya amat memedihkan hatinya. Seperti pedang menebusi hatinya. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Shhhh Don't cry ! After this they know the consequences for what have they done to you! You don't deserve them! I'll treat you like a queen!", kata lelaki Yang sedang mendukungnya.

"Promise me please?". Zaskia memegang pipinya.

"Don't hurt them. What they have done to me, Allah will give back. Kifarah always happen", kata Zaskia dengan senyuman pahit sebelum tangannya perlahan-lahan melurut. Matanya sudah tertutup.

"NO I WONT!! THEY HURT YOU ILL HURT THEM BACK!!", katanya dengan dendam. Wanita Yang disayanginya selama ini telah disakiti sebegini rupa. Dia mengeratkan lagi pelukan pada Zaskia seperti tidak mahu melepaskannya.

🥀🥀🥀

"Don't leave me!", jeritku tiba-tiba Yang baru tersedar dari mimpi. Aku lantas bangun dari perbaringanku.

"Apa Yang aku mimpi tadi?".

Ini sudah masuk kali kedua aku mimpi seakan-akan realiti. Ia macam pernah berlaku suatu ketika dahulu sebelum aku mengalami kemalangan. Tetapi tiada petanda Yang aku akan pulih dari amnesiaku.

Tidak mahu memenatkan otakku, aku terus bangun dan berlalu ke bilik air untuk menyegarkan badanku. Selesai membersihkan diriku Yang sudah bau macam bunga, aku terus menyiapkan diriku dengan pakaian ringkas. Hanya hoodie berwarna merah jambu dan skinny jean hitam. Shawl hitam dililitkan dikepalaku.

Tak payah la nak pakai cantik sangat. Zaskia berlalu ke arah dapur untuk menyiapkan sarapan paginya. Tetapi dia lamgsung tidak nampak kelibat Hayes di dalam chalet itu.

"Mana mamat ni? Tidur agaknya", tetapi hatinya rasa tak tenang bila dia tidak nampak kelibat Hayes.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena pergi tengok dia dalam bilik", kata Zaskia Yang Seperti lipas kudung menyiapkan sarapan untuknya.

Selesai sahaja menyiapkan sarapan dia terus berlalu ke bilik Hayes. Dia mengetuk pintu tetapi Tiada sahutan. Kali kedua juga Tiada sahutan. Kali ketiga dia mengetuk, masih Tiada sahutan.

'Kalau dah tiga kali ketuk, Tapi tak ada sahutan, kita boleh redah je', getusnya.

Zaskia perlahan-lahan memulas tombol pintu. Baru sahaja beberapa tapak, kelihatan Hayes sedang terbaring di atas katil dengan selimut Yang menutupi seluruh tubuhnya.

"Aik? Takkan tidur sampai tak dengar aku ketuk?".

Zaskia mendekati hayes sebelum perlahan-lahan dia menarik selimut Hayes. Terpempam wajah Hayes yang sedang tidur lena tetapi sedikit berkerut seperti menahan sakit. Zaskia seperti doktor terus meletakkan tangannya di atas dahi Hayes. Panas gila! Ni Kalau masak air confirm sekejap ja panas!

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now