[ capítulo 26 ]

17.7K 968 65
                                    

Zaskia Yang Baru sahaja ingin ke biliknya terkejut melihat hayes Yang sedang berdiri di sebelah biliknya. Dia memegang dadanya. Hayes hanya memerhati gelagat Zaskia. Tiada secalik senyuman Di bibirnya. Hanya wajah Yang beku dan dingin sahaja dipamerkan.

"Ada apa awak berdiri depan bilik saya?", tanya Zaskia apabila Hayes hanya diam membisu.

Masih begitu. Hayes hanya memerhati Zaskia dengan renungan Yang susah untuk ditafsirkan. Zaskia telan liur. Apahal usha-usha aku macam ni? Seram pulak aku.

Tiba-tiba Hayes melangkah setapak. Dia buat hal lagi! Zaskia hilang arah. Zaskia mengundur sehingga dia tidak sedar Yang dia sudah berada di bilik Hayes.

"Hayes. Please tell me what's going on?", tanya Zaskia apabila Hayes menutup pintu biliknya. Zaskia mengundur tanda berjaga-jaga. Dia buntu. Kenapa Hayes tiba-tiba jadi begini.

"Hayes, janganlah macam ni. Nanti orang nampak lah". Sudah terang lagi bersuluh Tak ada siapa akan nampak mereka Kalau pintu dah tutup.

"No one will see us in here. In. Our. Room".

Bilik kita? Terlopong mulutnya apabila dia melihat segenap ruangan bila tidur itu. Ni bukan bilik aku! Ni bilik Hayes!

"Terkejut? Jangan risau aku tak makan orang. But I think I would like to taste you a little bit? May I?", kata Hayes dengan senyuman gatal. Tersembul Biji mata Zaskia.

"Apa Yang awak merepek ni?! Awak ingat saya ni perempuan mura...".

"Shhhh! Jangan bebel banyak sangat. Nanti cepat tua, sayang".

Dia meletakkan jarinya di bibir Zaskia. Hayes menarik pinggang Zaskia supaya lebih dekat dengannya. Zaskia seperti dipukau hanya memerhati Hayes menariknya. Tiada bantahan mahupun suara Yang keluar dari bibirnya.

"That my bebita!". Dia mengelus lembut pipi Zaskia.

"Your lips are too cute when you're talking".

Dia mengelus pula bibir Zaskia. Zaskia terpukau dengan kata-kata dan belaian Hayes. Dia pun tidak tahu mengapa dia tidak menghalang Hayes melakukan semua itu. Dia seakan-akan rindu dengan belaian dari Hayes. Tetapi Kenapa rindu?

Zaskia hanya merenung ke dalam anak mata biru laut Hayes. Zaskia perasan Di sebalik mata biru Hayes terselit satu rahsia Yang tidak dapat dirungkaikannya.

"I really miss this moment", kata Hayes dengan nada suara Yang perlahan tetapi dapat didengari Zaskia.

"Apa maksud awak?", Zaskia seperti baru tersedar dari mimpinya.

Wajah Hayes berubah terus seperti terlanjur kata. Dia merungkaikan pelukan di pinggang Zaskia dan mula menjauhi Zaskia. Riak wajahnya bertukar dingin kembali tidak seperti tadi Yang sangat tenang seakan-akan anak sungai Yang mengalir.

"Nothing".

"Bagitahu Hayes! Apa Yang awak rahsiakan dari saya? Apa maksud awak rindukan saat-saat tadi?".

Dia mendekati hayes dengan seribu tanda tanya. Hayes hanya membisu. Merenung ke dalam mata Zaskia.

"I say nothing means nothing! Dah! Aku nak kau siapkan barang kau sekarang. Kita akan bertolak dari sini".

Nada Hayes sedikit berang tetapi dikawalnya supaya tidak memarahi Zaskia. Zaskia terkelu apabila Nada Hayes tiba-tiba berubah rentak. Di sedikit terasa dengan kata-kata Hayes.

"Faham? Sekarang siap! Dalam masa sejam, aku nak kau ada dekat luar dengan beg pakaian kau?".

"Faham", jawab Zaskia perlahan.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now