[ capítulo 23 ]

17K 1K 40
                                    

"Wah! Dah lama tak merasai keseronokkan theme park! Best giler roller coaster Yang baru buka Tu", kata Zaskia sebaik sahaja tiba dari bermain roller coaster.

"Yeah! I know! It pretty cool!", kata Frank.

"Tapi aku teringin nak naik cable Car! Serius syok!", kata Harry sebelum mengeluh.

"Alah jangan sedih. Sekejap lagi kita naik! But before that, Jom kita makan dulu. Saya laparlah. Main semua permainan outdoor ni banyak guna tenaga. Hehe!", kata Zaskia sebelum tersengih.

"Kan! Jom Frank".

Frank hanya menggeleng melihat gelagat Zaskia dan Harry. Dah macam adik beradik aku tengok dua orang ni. Sehati sebulu. Eh silap! Sehati sejiwa. Mereka memilih McDonald sebagai menu makan. Hanya itu sahaja kedai Yang mereka nampak.

Lagipun mereka tidak arif sangat dengan selok-belok genting ni. Dah lah besar lepastu ramai orang. Mereka bukan jenis Yang suka tempat terbuka. Harry sahaja Yang gemar tempat macam ni. Selesai sahaja membuat pesanan mereka memilih tempat Yang agak tersorok dari pandangan orang. Bising tho!

"Kenapa Hayes tak sampai lagi? Dia janji nak datang. Tapi batang hidung pun tak nampak", kata Zaskia sambil meliar mencari kelibat Hayes di luar.

Frank dan Harry berpandangan. Mereka terlupa untuk memberitahu Zaskia Yang Hayes tidak dapat datang.

"Kau cakaplah Frank. Aku tak sampai hati tho! Kau tak apa lah, Tak ada perasaan. Kau jelah cakap".

"Apasal aku? Kau Yang rapat dengan dia, jadi kaulah Yang bagitahu dia!".

"Kau ni...".

"Kenapa ni? Ada apa-apa Yang saya tak tahu ka?", Tanya Zaskia apabila melihat Harry dan frank bertekak.

"Ermmm macam ni...", Harry menjeling tajam ke arah Frank.

"Hayes sebenarnya tak dapat datang. Dia ada hal. Jadi dia tak dapat datang", muka Zaskia terus berubah tetapi dia cepat-cepat menyembunyikan rasa terkilannya. Dia senyum hambar kepada Harry dan Frank Yang sudah tak senang duduk melihat wajah Zaskia.

"Awak jangan terasa Zaskia. Hayes memang betul-betul tak dapat datang", kata Frank dengan harapan Zaskia tidak sedih.

"Tak apalah. Saya tahu dia sibuk. Kalau macam tu korang makan lah dulu, saya nak pergi tandas sekejap".

Zaskia terus berlalu pergi tanpa menghiraukan panggilan dari mereka. Air matanya Yang ditahan tadi terus mengalir tanpa sebab. Kenapa aku nak sedih? Sedangkan dia buka siapa-siapa pun pada kau. Kakinya melangkah tanpa mengetahui hala tuju. Perasaan sedihnya sudah menguasai mindanya.

Dia berjalan sehinggalah dia terjumpa stesen cable car. Barisan masih kosong. Tanpa membuang masa dia terus menaiki cable car itu tanpa memandang sekeliling.

Dia tidak tahu bahawa ada seseorang sedang mengekorinya. Dan orang itu telah memerangkapnya ke dalam cable car itu. Baru dia perasan, kereta Kabel dia sahaja Yang ada di situ.

Cable car Yang dinaiki Zaskia mula bergerak Tapi ia dikawal oleh seseorang Yang mengekorinya dari tadi. Dia diupah untuk membunuh Zaskia. Zaskia hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Dia melihat sekeliling.

Mana cable car Yang lain? Kenapa kereta aku ja ada? Tiba-tiba cable car Yang dinaikinya berhenti di tengah-tengah puncak gunung. Zaskia panik. Dia seorang sahaja Yang ada di situ. Dia mengetuk tingkap dengan kuat dan melambai-lambai.

"Help me!! please!! Frank!! Harry!! Hayes!!! Help me!!!", jeritnya walaupun dia tahu mereka tidak akan mendengarnya!

"Please..Hayes...save me", suaranya amat sayu sekali. Kali ini dia lemah. Dia hanya mampu menangis.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now