[ Capítulo 33 ]

15.3K 946 33
                                    

Tiba sahaja mereka di rumah, satu keluarga Hayes datang menyerbu dengan wajah yang penuh kerisauan. Zaskia dan Hayes juga terkejut apabila mereka dikerumun sampai begitu.

Hayes yang mendukung Zaskia terus menurunkannya. Orang pertama yang menghampirinya ialah Puan Rose. Air matanya juga kelihatan sudah kering. Rasa bersalah menyerbu dirinya.

"Zaskia! Kamu okay ka?", tanya Puan Rose prihatin. Zaskia hanya menggangguk sebelum senyum. Mereka semua menghembus nafas lega.

"Nasib baik kamu jumpa Zaskia Hayes. Kalau tidak, entah binatang buas mana yang dah baham si Zaskia ni", kata Encik Arman suami kepada Puan Delicia.

"Yeah. Nasib jumpa. Tidak hilang isteri Hayes. Tak sempat nak ada baby".

Hayes memandang Zaskia dengan mata sengaja dikecilkan. Pipi zaskia terasa panas. Amboi! Belum apa-apa dah nak baby. Dia senyum seperti kerang busuk apabila mereka semua ketawa melihat dia dengan Hayes.

"Zaskia. Mama minta maaf sebab mama bocorkan rahsia ni terlalu awal. Sepatutnya Hayes yang cakap benda ni bukan mama". Zaskia mencari jari jemari Puan Rose sebelum menggenggam erat tangan ibu mertuanya itu.

"Pua-Eh mama! Mama tak salah pun dengan Zaskia. Apa yang mama buat ni sangat berbaloi. Kalau mama tal bocorkan rahsia ni, entah bila zaskia akan tahu tentang status Zaskia dengan Hayes. Zaskia yang patut minta maaf sebab bagi demua orang risau", terang zaskia.

Puan Rose senyum manis pada Zaskia. Anggun sungguh ibu hayes. Walaupun sudah berumur tetapi terserlah kecantikannya. Puan Rose memeluk zaskia dengan erat sekali. Dia tidak mahu kehilangan Zaskia lagi. Cukuplah dulu dia telah hilang sekali. Dia tidak mahu perkara berulang dua kali.

"Ermm ingatan Zaskia dah pulih ka?". Zaskia mengeluh berat.

"Belum. Mungkin ambil masa yang lama sikit untuk pulih".

"Tak apa. Kita semua sama-sama doa agar Zaskia cepat sembuh", kata Darla. Dari tadi Puan Rose perasan, yang Zaskia jalan terjengket-jengket.

"Kenapa kaki kamu Zaskia?". Dia membelek kaki Zaskia untuk melihat kalau-kalau ada luka.

"Oh, ni! Tak ada apalah. Tadi terlanggar akar kayu tu yang jadi macam tu". Dari tadi dia asyik menahan kesakitan tapi dia tepis segala semua itu untuk melayan mereka.

"Kesian kamu. Kejap lagi mama urutkan. Hayes angkat zaskia ni. Dari tadi dia asyik berdiri ja. Bawa masuk bilik", arah Puan Rose.

Hayes menghampiri Zaskia. Dengan selamba tubuh kecil Zaskia dicempung untuk dibawa ke bilik. Terjerit kecil Zaskia apabila tindakan drastik dari Hayes itu membuatkan dia terkejut.

"Boleh tak angkat perlahan-lahan? Terkejut saya".

"Whatever. Okay tumpang lalu, orang sakit nak lalu". Zaskia ketawa kecil mendengarkan kata hayes. Mereka yang lain turut sama ketawa memeriahkan lagi suasana.

"Ingat! Mentang-mentang dah tahu status jangan lupa nak turun pula! Hayes. No notty notty!".

Puan Rose bercekak pinggang sambil Jarinya bergerak ke kiri ke kanan seperti seorang guru memberi amaran kepada anak muridnya. Hayes angkat bahu.

"We'll see about that!", kata hayes bersama senyuman nakal. Zaskia menampar lembut dada Hayes. Ada-ada sahaja Hayes ni!

what's so bad about being naughty?

🥀🥀🥀

Sampai sahaja di bilik, Hayes meletakkan Zaskia di atas katil dengan berhati-hati.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now