[ Capituló 29 ]

16K 952 34
                                    

Maldives, Vela Private Island.

Terasa seperti Di langit pada waktu itu. Matanya bergerak-gerak seperti cahaya matahari menerobos matanya. Hmmm. Langit? Matanya terbuka luas. Kelihatan awan Yang biru Di sebelah tingkapnya.

"Awan? Aku kat mana ni?".

Rupanya dia berada di dalam kapal terbang. Macam mana aku boleh tiga-tiba ada atas ni? Dia melihat sekeliling dan dia ternampak kelibat Hayes Di tempat duduk arah kanannya. Hayes tekun bermain dengan komputer ribanya.

"Yes bebita. Aku Yang bawa kau naik kapal terbang ni masa kau tengah tidur tadi", kata Hayes. Dia masih tekun Di skrin komputer ribanya. Macam tahu-tahu ja kan Hayes ni aku nak tanya dia?

"Abistu Kenapa saya tak rasa apa-apa masa awak angkat saya?".

"Aku letak pil tidur masa kau minum air Yang aku bagi tadi".

Patutlah aku rasa mengantuk sangat. Bijak sungguh Hayes sebab tak nak bagi aku tanya banyak. Boleh je kan gerak aku? Tak perlu lah nak angkat bagai, getus hati kecilnya.

"Kutuk apa Tu?", kata Hayes sambil menyimpan laptop ke dalam begnya.

"Apa? Saya tak kata apa pun".

"Tengok muka pun dah tahu. Nampak sangat tengah kutuk kan", terjongket kening sebelah kirinya.

Zaskia buat-buat tak tahu. Malas nak layan. Baik dia tengok permandangan kat luar lagi bagus. Tengok muka mamat ni buat naik darah ja. Hayes tergelak kecil. Dia terus bangun dari tempat duduknya.

Zaskia Yang masih termenung Di tingkap itu tidak sedar Yang Hayes bangun dari tempatnya. Dia terpegun dengan keindahan laut Yang hijau kebiru-biruan. Cakap tentang laut, Dia sekarang ada kat mana ni?

"Umm...Hayes kita ka.....", terhenti kata-kata Zaskia apabila Tiada Hayes Di tempat duduk sebelah sana.

"Mana dia?". Kepala Zaskia menilau mencari kelibat Hayes.

"Dia masuk toilet kot. Nanti je lah aku tanya. Nak sibuk apa pasal mamat Tu".

Hayes berlalu ke arah bilik Yang berada di belakang kapal terbang. Di situ terdapat pelbagai senjata api Yang merbahaya seperti M416 Yang terbaharu. Dia berlalu ke arah penjuru bilik itu untuk meletakkan komputernya.

Dia membuka kembali laptopnya. Dia membuka satu apps Di mana aplikasi itu mampu mengimbas kapal terbangnya. Takut nanti ada orang sabotaj jet peribadinya. Bunyi penggera tanda ada sesuatu telah berlaku.

"Gila! Macam mana boleh jadi?"

Dia terus mencari CCTV untuk melihat bilik juruterbangnya. Alangkah terkejut apabila salah seorang dari juruterbangnya sudah tidak sedarkan diri. Dan di dahinya ada kesan tembakan.

"Shit! Siapa punya kerja ni!", makinya.

Siapa Yang bawa kapal terbang sekarang? Dengan hati Yang berdebar Dia keluar dengan muka Yang memerah. Baru sahaja beberapa langkah Dia terlihat Zaskia sudah berada di tangan salah seorang krunya. Dia memeluk Zaskia dari belakang dengan sebelah tangan lagi menghunus pisau Di leher Zaskia. Kaki hayes terpasak Di tanah.

"Ha...hayes! Help me!", kata Zaskia dengan tergetar.

"You want him to save you? Hayes she want you. Come and get her", kata juruterbang itu dengan sinis. Urat-urat Di leher Hayes sudah timbul.

You want to play? Let me show you how it's game!

⚘⚘⚘

"Macam mana kita nak mula ni? Dari mana? Di mana?", kata Harry sambil melihat pelan rumah senjata.

Mereka berempat berdiri Di bawah lampu Yang malap sambil merancang sesuatu. Mereka memerhati setiap tempat Yang berada di dalam pelan itu. Mateo memikirkan sesuatu sebelum bersuara.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now