[ Capítulo 49 ]

12K 789 101
                                    

"Eh zaskia pun ada sini sekali? Lagi senang kerja aku", kata Jay yang menghampiri mereka.

"Kau jangan berani nak dekat dengan Zaskia! Muka macam betik. Ingat orang takut?", kata Harry tanpa gentar. Siap dijegilkan biji mata lagi.

"Ehh Harry! Kau tak payah nak tunjuk Hero sangatlah dengan aku! Badan macam lidi ada hati nak jaga zaskia". Aku di belakang Harry sudah menggigil ketakutan melihat tiga konco-konco JL sedang berdiri.

"Serah diri kalau kau tak nak mati!".

"Ehh ingat aku ni apa, anak kambing suka-suka hati nak serah diri? Aku lagi rela mati daripada serah diri", balas Harry tanpa rasa gentar.

"Kau melawan aku?". Bibir Jay tersenyum sinis. Mata juga sudah berubah menjadi tegang.

"Okay fine. Kalau kau tak nak menyerah. Aku gerak dulu".

Jay berlalu keluar dari bilik sebelum menutup pintu. Harry pandang zaskia pelik. Kenapa mudah sangat dia pergi?

Lama mereka berdiri sebelum Harry mengambil langkah untuk melihat. Perlahan-lahan pintu dibuka. Tiada kelibat Jay dan konco-konconya diluar.

"Jom zaskia! Kita pergi dekat Hayes!". Tangan zaskia ditarik sebelum mereka berdua sama-sama berlari anak di ruang koridor hospital.

"Move! Move!", jerit Harry apabila ada orang menghalang laluan mereka.

Zaskia terus berlari dengan linangan air mata. Dia hanya mahu cepat sampai pada Hayes. Dia tidak mahu ditangkap oleh mereka.

Entah dari mana, Konco-konco Jay dan Jay sudah berdiri di pintu utama. Kaki yang laju berlari terus berhenti. Sekarang zaskia rasa seperti hendak tecabut je kaki.

"SIAL!", Jerit Harry. Dia memandang zaskia.

"Awak kena larikan diri cepat!".

Zaskia mengangguk sebelum melarikan diri. Dari jauh zaskia nampak Mateo sedang berdiri di tengah koridor. Zaskia mengucap syukur melihat Mateo. Mesti lelaki inumi mahu menolongnya.

"Mateo tolong saya! Jay dah tangkap Harry! Tolong bagitahu Hayes!", rayu zaskia dengan linangan air mata. Mateo tersenyum sinis ke arah zaskia.

"Aku yang suruh dorang tangkap kau". Zaskia pandang wajah Mateo tidak percaya.

"Wh...what?".

"Ye aku yang suruh. Kau tak payah la buat terkejut. Selama ni memang aku jahat. Aku yang rancang semua ni". Lengan zaskia dicengkamnya.

"Lepaslah! Sakit tahu tak?!", marah zaskia.

"Ikut aku!". Ditarik lengan zaskia dengan zaskia.

"Awak memang tak kenang budi Mateo! Hayes terlalu percayakan awak tapi ini balasan dia?! Awak tak patut ada dalam ahli Hawk Valkariey!", jerkahnya. Mata mateo mencerlung ke arahnya.

"Kau dengar sini! Aku tahu apa yang aku buat dan kau tak payah sibuk-sibuk nak nasihat".

Zaskia diam tak berkutik. Ni ka balasan mateo kepada Hayes setelah apa yang mereka lalui sebelum ini?

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now