[ Capítulo 41 ]

14.7K 878 30
                                    

ROYAL CARIBBEAN CRUISE SHIP

"What!!! a cruise!!", jerit zaskia. Dia melihat dengan penuh tergamam kapal Yang besar tesergam di hadapannya.

"I can't believe this man!".

"Saya tahu awak akan suka".

"Suka?! This is insane! Ini lebih dari suka!!".

Dengan kegembiraan Yang tak terkata dia berlari masuk ke dalam kapal sementara Yang lain masih berjalan Di belakang. Hayes ketawa melihat zaskia Yang begitu teruja.

"Teruja betul bini kau! Macam pelesit. SUP...SUP... hilang terus!", kata Harry.

"Haha biasalah. Baru pertama kali. Kau pun macam Tu juga Tapi lagi teruk! Sampai terjun dalam laut sebab gembira sangat".

"Itu lain cerita bro! Masa tu otak aku kena ketuk dengan kelapa tu Yang bengong pergi terjun macam dalam cerita titanic! You jump I jump", ketawa Harry mengingat kembali cerita dulu. Hayes mengejar langkah isterinya apabila wanita itu mula hilang dari pandangannya.

"Aku gerak dulu! Kejap lagi jumpa dekat lobi". Baru sahaja kakinya harry menapak ke dalam lobi, namanya dijerit oleh Alec.

"Woi Harry! Sedap bapa kau je kan biar aku angkat barang seorang-seorang! Ingat aku ni troli ka boleh angkat beg besar?!", marah Alec apabila mereka sampai di lobi kapal itu.

"Apasal korang lambat? Semua dah ada kat lobi korang je terhegeh-hegeh", marah Mateo pula.

"Harry la! Dia suruh aku pegang semua barang dia. Bawa beh punya lah besar macam nak buat rumah terus kat sini". Mateo menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis buat perangai si Harry ni.

"Jangan lah marah Alec! Kita nak pergi bercuti bukan nak pergi berperang! Kenapa muka merah-merah ni? Nak cendol?". Harry memicit pipi Alec sebelum dia menolak Harry ke belakang. "Bapa kau nak cendol. Sebelum beg ni aku hempuk kau baik kau diam!", marah Alec.

"Nak la Tu! Kejap lagi kita mandi kolam ya sayang!", jerit Harry kepada Alec apabila lelaki itu mula menjauhinya.

"Tak kuasa aku nak pergi dengan kau!". Apabila selesai sahaja pembayaran bilik, mereka semua mengambil kunci masing-masing.

"Alec Dan Frank bilik 304. Aku dengan Zaskia bilik 305". Hayes memberi setiap kunci kepada mereka.

"Akhirnya dapat juga aku jauhkan diri dari Harry!". Alec terus sujud syukur kerana tak dapat sebilik dengan Harry.

"Habistu aku? Tido dalam toilet? Ke dalam bilik kru kapal?". Hayes memandang mateo sebelum menyuakan kunci.

"Korang punya bilik special sikit! Jauh dari pandangan. Bilik 324. Tingkat 3".

"Kau gila ka?! Apasal kami punya jauh? Kalau ada apa-apa macam mana nak roger". Mateo sudah geram. Nak-nak pula sebilik dengan Harry. Jadi gila la aku malam ni!

"Aku dah cuba dapat bilik paling dekat Tapi tak ada. Kalau korang nak tukar boleh. Ambil bilik 504, nak?". Harry sudah hilang Entah ke mana. Kalau dia tahu mahu terbalik kapal ni. Bising mengalahkan perempuan.

"Hmm. okay lah! Bak kunci aku". Dirampas kunci itu dengan kasar. Mereka semua gerak ke bilik masing-masing.

"Dah dapat bilik?", tanya Harry Yang baru muncul dari tandas. Mateo pandang Harry dengan mata helang sebelum senyum tipu.

"Dah! Kita dapat bilik VVIP!".

"Serius lah?".

"Betul!! Bilik kita paling special. Jom ikut aku".

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now