[ capítulo 35 ]

16K 866 46
                                    

Selesai saja kerja pembersihan di dalam dapur, zaskia meminta diri untuk ke bilik. Dia harus merehatkan tubuhnya yang dari tadi tidak henti-henti melakukan kerja.

Sampai sahaja dalam bilik, Zaskia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bergoyang katil akibat penangan tubuh zaskia yang berat itu.

Dia harus merehatkan ototnya yang kekejangan. Dari pagi sampai petang dia punya penat buat kerja. Tiba-tiba perutnya rasa sakit. Ni mesti sebab makan banyak sangat! Tu yang katil bergoyang.

Tanpa menunggu dia terus berlari ke dalam tandas. Selepas beberapa minit membuang hajat, dia keluar untuk mendapatkan katil semula.

Kelihatan Hayes sedang terbaring di atas katil dengan tangan berada di atas dahinya. Matanya juga terpejam. Agaknya dah tidur kot.

"Kenapa tenung saya macam tu?". Zaskia mengurut dadanya. Nasib tak terkeluar jantung bila Hayes tegur macam tu.

"Tak ada apalah". Rambutnya yang sedikit kusut dibetulkan.

"Sini kejap", panggil Hayes. Dengan automatik Zaskia menghampiri Hayes.

"Arghh!".

Terkejut zaskia apabila Hayes menarik tubuhnya sehingga terduduk di atas katil. Kini, bertukar posisi mereka apabila Hayes berada di atas, zaskia berada di atas katil.

Zaskia tergamam dengan tindakan Hayes yang begitu pantas sekali. Hayes membetulkan rambut zaskia yang sudah kusut. Diselit rambut di belakang telinga zaskia. Berdebar-debar jantung Zaskia ketika itu seperti sedang melakukan larian 200 meter.

"Awak tahu tak berapa lama saya tunggu saat ni?".

Zaskia hanya diam. Dia menunggu bait-bait kata yang dikeluarkan oleh Hayes. Hayes mendekatkan bibirnya ke telinga zaskia. Deruan nafasnya juga dapat dirasai di tengkur zaskia.

"Two years i've been waiting for this".

Zaskia mengelip matanya berkali-kali. Dia tak percaya di hadapannya ini Hayes yang dulunya dingin dan sekarang boleh bertukar menjadi penggoda kelas satu!

"You know, i really want to kiss you badly? You know why? Cause im fucking damn missing you bebita", katanya dengan nada yang penuh romantis.

Bergetar tulang rusuknya mendengar suara Hayes yang begitu syahdu. Zaskia telan liur. Janganlah Hayes minta hak suaminya sekarang! Dia belum bersedia lagi.

Melihat Zaskia yang nampak seperti tidak bersedia, dia ketawa kecil. Dia tahu Zaskia masih tidak bersedia untuk memberikan hak kepadanya.

"Tak apa kalau awak tak bersedia lagi. When the time came, i will always ready".

Selesai berkata dia terus bangun dari zaskia. Dia harus memulakan misi untuk mengembalikan memori Zaskia. Zaskia juga sudah duduk dari perbaringannya.

"Saya tunggu kat bawah. In 10 minute, you must get ready. Kalau lambat, malam ni saya minta hak saya".

Dia sengaja menggunakan 'kuasa veto' sebagai seorang suami. Saja nak sakat Zaskia. Seperti pelesit zaskia terus mencari pakaian untuk dipakainya setelah Hayes keluar. Rupanya perangai dia maish tak berubah.

Tak boleh tengok orang tunggu dia. Selepas 10 minit seperti yang dijanjikan Hayes, dia turun ke bawah. Zaskia hanya mengenakan skinny jean dan dress atas dari pahanya. Biasa ja. Tak perlu nak pakai macam nak buat fashion show.

"Dah siap?", tanya Hayes sebaik sahaja kelibat Zaskia berada di hadapannya.

"Yup!".

"Okay. Jom!".

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now