[ Capítulo 50 ]

12.9K 770 56
                                    



"Aku kesian la dekat Hayes. Tengok tu, terbaring atas sofa macam mayat hidup", kata Alec.

"Entahlah Alec. Aku pun tak tahu. Sekarang ni tinggal kita tiga ja".

Mereka bertiga semua rebah di atas sofa yang terletak di ruang tamu dengan wajah yang muram. Selepas kejadian tadi, Dillon terus menghilangkan diri.

"Aku tak bolehlah!", jerit Frank.

Dia terus bangun sebelum duduk. Beg jinjit yang selalu ada bersamanya dikeluarkan. Komputer riba dibuka lalu diletakkan di atas paha. Jarinya laju bermain di atas papan kekunci.

"Kau buat apa tu?". Alec terus meluru ke arah Frank yang kusyuk memandang komputer ribanya.

"Aku cuba nak track location zaskia dengan Harry. Aku nak cuba godam phone Mateo kalau-kalau dia tengah on ka". Alec hanya mengangguk. Frank memang terror bab ni nak dibandingkan dengan yang lain.

"Apa kata kita serang ja markas Jay yang dekat lorong gelap tu?". Tangan Frank yang laju menaip itu terhenti.

"Kau boleh cakap tu pakai otak tak? Kalau kita serang markas silap macam mana? Jay bukan ada satu markas tapi banyak!". Frank memandang semula komputer ribanya.

"Betul juga tu". Alec menggar dagunya yang tidak gatal. Tiba-tiba Hayes menggerakkan tubuhnya dan serentak menjerit.

"ZASKIA!!".

Frank dan Alec yang kusyuk memandang komputer riba terkejut mendengar jeritan Hayes. Mereka meluru ke arah Hayes yang sudah tersedar dengan peluh yang membasahi tubuhnya. Nafasnya juga turun naik.

"Mm..mana za...zaskia?". Dengan nafas tercungap-cungap dia bertanya.

"Zaskia dah kena tangkap. Kau kena bersabar ya bro".

Frank menggosok bahu Hayes apabila wajah itu berubah sugul. Hayes tidak menjawab sebaliknya dia termenung. Mungkin dia sedang berfikir. Ditenung dinding macam nak tertembus keluar ja.

"Kau dah cari location Zaskia kat mana?". Matanya memandang Frank Yang tersentak apabila ditanya tiba-tiba.

"D..Dah! Aku dah track in location zaskia guna phone mateo. Kot-kot lah dia tak off".

Hayes mengangguk sebelum memandang Alec. Mata Yang tadi begitu sugul kini sudah berubah menjadi api Yang membara walaupun matanya berwarna biru laut. Nampak tenang tetapi sebenarnya dia sedang berperang.

"Kau tak ada buat apa-apa kan?". Teragak-agak untuk Alec mengangguk.

"Aku nak Kau cari empat orang terkuat dalam ahli Hawk Valkeriey selain kita", katanya dengan dingin. Alec menggangguk. Matanya langsung tidak dialihkan ke tempat lain.

"Next Kau suruh dorang cari peralatan kita yang paling merbahaya Yang jarang kita guna tu".

"Maksud Kau, peralatan Yang Frank buat tu ka?". Frank masih mendengar perbicaraan antara Hayes dan Alec.

"Betul. Peralatan tu aku nak Kau letak dalam satu beg. Esok malam kita gerak. Go now!", arah Hayes. Dengan kelam kabut Alec bangun berlalu pergi.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now