[ capítulo 08 ]

22K 1.2K 28
                                    

"Harry betul ka apa Yang kita buat ni? Dia tak marah ke?", Zaskia sudah rasa tak sedap hati.

"Ala dia takkan marah punya. Saya dah biasa buat benda ni but this time with you", kata Harry sambil tersengih menampakkan giginya Yang putih berseri itu.

Mereka perlahan-lahan memasuki bilik Hayes. Pergh!!!

Besar gila bilik Hayes. Dua kali ganda lagi besar dari bilik aku. Hiasan biliknya sangat moden berlatarkan warna kelabu dan putih. Hampir seluruh bilik ini berwarna kelabu putih. Gabungan batu, kaca, kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau. Terdapat dinding kaca Yang bertindak sebagai divider.

Di sebalik dinding kaca itu kelihatan bilik kerja Hayes. Perpustakaan mini juga tersedia Di dalam bilik kerja Hayes. Dinding Yang agak luas dihiasi dengan frame gambar Di satu sudut dan TV Di satu sudut lagi. Rekaan yang tidak terlalu serabut dengan gabungan lantai kayu. Lampu lantai sebelah kerusi comel Yang terletak Di penjuru bilik itu memang cantik.

Terdapat dua pintu, mungkin bilik baju dan tandas. Katil bersaiz queen berbentuk bulat berada di tengah-tengah bilik. Disebelah katil terletak dua lampu meja. Karpetnya berwarna putih berbulu. Kreatif juga dia ni! Zaskia baru tersedar dari pegunnya. Sempat lagi aku tilik bilik dia!

Kelihatan Hayes sedang tidur di atas katilnya. Nyenyak sekali tidurnya. Wajah Hayes kelihatan tenang ketika tidur dan.... handsome!

"Harry! Hayes tengah tidur tu! Jangan la kacau dia. Kesian dia saya tengok sampai berdengkur tu! Lain kali jelah!", bisik Zaskia di belakang Harry Yang sedang menghampiri Hayes perlahan-lahan sambil terjingkit-jingkit.

Harry merancang untuk mengenakan Hayes dengan menyolek mukanya. Semua alat solek Yang Harry jumpa dia tak tahu dari mana lelaki itu dapat. Takkan Terry?

"Don't worry honey! Dia takkan marah. Kalau dia marah pun Saya cakap awak Yang buat. Mesti dia tak marah. Hihi tak ada la! Saya lawak ja. And one more thing! Kalau dia tidur, dia takkan sedar sebab dia ni seorang Yang tidur mati! Kecuali Kalau kita gerakkan dia", bisik Harry yakin kepadanya.

Zaskia menghembuskan nafas lega. Nasib dia seorang Yang tidur mati. Mereka memulakan misi mereka. Zaskia mengambil berus mekap lalu dia menconteng mata Hayes dengan warna biru dan ungu. Harry pula Melukis corak-corak di pipi, dahi dan dagu menggunakan eye liner.

Zaskia dan Harry tahan gelak. Muka Hayes kelihatan amat kelakar. Harry mengambil pengilap bibir lalu diconteng nulut Hayes. Mulut Hayes nampak seperti mulut badut.

Tak cukup dengan Tu, Zaskia mengambil blusher dan dia memerahkan pipi hayes. Sumpah lawak doh! Zaskia sudah merah padam mukanya akibat menahan gelak. Harry menulis seusatu di dahi Hayes.

Tiba-tiba Hayes gerakkan badannya. Mereka berdua terkaku apabila Hayes memeluk pinggang Zaskia. Harry sudah terlopong sebelum tersenyum miang.

"Harry help me! Nanti dia bangun kita mesti kena marah", bisik Zaskia malu dan takut.

"Tak apalah. Nanti awak saja Yang kena marah! Hihi!", bisik Harry sebelum tersengih seperti kerang busuk.

Zaskia memberi renungan tajam. Harry cuba melepaskan Hayes dari pelukan di pinggang Zaskia tetapi tidak berjaya. Zaskia sudah tak senang duduk apabila Hayes menguatkan lagi pelukan di pinggangnya. Dia sudah tidak berani untuk gerakkan tubuhnya.

DUP! DAP! DUP! DAP!

"Macam mana ni?! Dia tak nak lepaskan lah".

"Ni semua salah awak la sebab suruh masuk bilik Hayes", kata Zaskia geram.

"Okey sekejap. Saya nak simpan barang lepastu nak bersihkan muka Hayes. Tunggu sekejap ja!", kata Harry sebelum berlalu keluar dari bilik.

Kini tinggal Zaskia dan Hayes sahaja Di dalam bilik. Hanya dengkuran perlahan Hayes sahaja kedengaran. Zaskia mengambil peluang ini untuk menilik muka Hayes. Wajah lelaki ini sangat kacak ketika tidur. Tenang setenang air laut. Tiba-tiba Zaskia mengusap kepala Hayes Yang sedang memeluk pinggangnya. Seperti anak kecil Zaskia perlakukan Hayes.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now