~Part 3~

11.8K 192 5
                                    

Suasana di tanah perkuburan kini sunyi dan suram kerana ramai yang melawat kini beransur balik. Tinggal hanya Airil Nafis, Aulia Natasya dan Tengku Caliph Zaffriel yang setia menemani disisi Aulia.Mereka masih berteleku di antara kubur ibu bapa Aulia Natasya. Kepergian ibu bapa mereka secara tiba-tiba itu telah membuatkan mereka masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Namun, bagi Airil Nafis, dia harus kuatkan semangat demi adiknya Aulia Natasya dan Hotel yang bapanya wariskan untuk mereka. Dia perlu bangkit dan memberi semangat kepada adiknya jua untuk meneruskan hidup selepas kejadian ini.

Hujan kini perlahan-lahan membasahi bumi. Mereka perlu beredar sekarang supaya tidak di basahi hujan.

"Lia, Zaff jom kita pulang, hujan dah semakin melebat ni. Jangan sampai Lia sakit nanti kena hujan nie." Ujar Airil mengajak adiknya pulang...

Aulia bangun dan dipapah oleh Zaffriel. Dia yang masih belum punya kekuatan untuk berjalan sendiri hanya membiarkan Zaffriel memapahnya ke arah kereta Airil. Sungguh, dia kini kehilangan upaya untuk berdiri dia atas kaki sendiri. Dia lemah dan tak berdaya untuk menerima keadaan ini.

"Zaff, engkau nak ikut aku balik atau nak aku hantarkan kau kerumah family kau?" tanya Airil kepada Zaffriel.

Zaffriel yang kini meriba kepala Aulia pantas memberi jawapan supaya dia mengikut mereka pulang kerumah. Dia tidak tegar untuk meninggalkan Aulia dalam keadaan sekarang. Aulia perlukan kekuatan darinya sekarang.

Sesampai dirumah agam milik keluarga mereka, Aulia mulai berasa seram sejuk dan pening, mungkin akibat semalaman dia tidak tidur dan asyik menangis. Di tanah perkuburan tadi pun dia sempat terkena hujan.

Zaffriel yang perasan perubahan Aulia pantas meletak tanganya di dahi Aulia untuk merasa suhu badan Aulia.Pantas sahaja dia mengangkat Aulia berbaring ke sofa yang berada di ruang tamu.

Airil yang baru masuk berlalu ke arah Aulia untuk melihat kedaan adiknya. Dia tahu Aulia akan mengalami demam jika dirinya terlalu stress atau didalam terkejut. Airil meninggikan suara untuk memanggil Mak Mah pembantu rumah mereka supaya mengambil tuala basah untuk diletakkan atas dahi Aulia.

Perlahan Airil dan Zaffriel melangkah ke arah balkoni untuk berbincang sesuatu.

"Ril, izinkan aku menjaga Aulia. Aku nak jaga dia..." perlahan Zaffriel meminta izin Airil.

Bagi Airil dia tiada masalah untuk permintaan Zaffriel ini, tetapi yang menjadi masalah utamanya adalah Aulia Natasya.

Adakah Aulia masih dapat menerima Zaffriel setelah cerita 3 tahun dahulu berlaku. Airil risau jika Aulia masih lagi trauma dengan kisah lalunya diantara dia dan Zaffriel.

Baginya, Zaffriel memang berhak sepenuhnya keatas diri Aulia kerana Zaffriel adalah suami Aulia yang sah.







_______________________________

Jeng jeng jeng... Hahahaha... Mesti korang nak tahu kan ape cerita diantara Zaffriel dan Aulia 3 tahun lalu. Suprrisee...Dan sis nak minta maaf kalau chapter kali ini agak hambar dan membosankan... Sis x pandai sangat actually nak olah perasaan sis dalam story nie... Huwaaa... Maafkan daku... 😢😢😢

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now