Ketika pintu bilik dikuak, kelihatan Aulia sedang bersiap untuk tidur. Dia yang sedang menunduk menyapu losyen di kaki nya tidak berpaling kerana Aulia sudah tahu siapa gerangan yang masuk ke bilik itu.Aulia yang ketika itu hanya memakai baju tidur pijama satin tetapi tetap kelihatan seksi di mata Zaffriel. Niat dihati ingin saja diterkam isterinya ketika itu jua. Namun disabarkan dahulu niat itu kerana dia tidak mahu merosakkan mood Aulia yang kini seakan sudah mula menerima dirinya.
Esok, Zaffriel sudah tekad untuk mmbawa Aulia Natasya berjumpa dengan ahli keluarganya. Cukuplah
jika selama ini mereka tahu dia sudah menjadi suami orang. Cuma tidak pernah mengetahui siapakah isterinya yanh sebenar.Jika sebelum ini puas ayah dan bondanya menyuruh dia mencari Aulia Natasya untuk dibawa pulang. Namun, Zaffriel terlalu ego untuk melakukan perkara itu. Baginya, Aulia Natasya yang melarikan diri darinya.
Sehingga membuatkan dia nanar umtuk seketika pada waktu itu. Dia bernasib baik kerana dia masih mampu untuk menduduki dan menjawab final exam dengan baik. Ketika itu, Isabella mula rapat dengannya. Isabella lah yang banyak memberi kata-kata semangat dan membantu dirinya untuk bangkit semula. Bukan dia tidak tahu Isabella ada menyimpan perasaan terhadap dirinya, cuma dihati dia hanya tertulis nama Aulia Natasya.
"Wanginya losyen yang sayang pakai nie... Buat hati abang tak keruan tau sekarang dengan bau sayang... " bisik Zaffriel perlahan ketika memeluk Aulia dari belakang.
Muka Aulia Natasya mula memerah dengan kata-kata Zaffriel. Hatinya kini mula berdondang sayang dan debaran mula bertamu kembali.
" Heish, jangan dia ngapp aku malam nie jugak sudah. Aku masih belum sedia nak serahkan hak dia malam nie" bisik hati Aulia Natasya.
"Ermmm, awak jom tidur, esok cakap ada suprise kan untuk saya? Saya dah penat nak tidur.
" Okey sayang jom tidur. Tidur lena okey malam nie. Esok sure sayang akan kepenatan tau... Hehehe.. "tutur Zaffriel dengan teruja.
************************************
Keesokan harinya...
" Sayang dah siap belum? Dari tadi abang tunggu sayang bersiap. Dah mereput abang kat luar nie tau? " laung Zaffriel dari ruang tamu rumah mereka.
" Sekejap... Saya still tak tahu nak pakai baju apa sekarang. Awak tak bagitahu pun tempat kita nak pergi nie formal atau tak!" Aulia mula bersuara dengan rasa tidak berpuas hati terhadap suaminya.
" Haaa, why not you wearing this dress! Sekejap abang ambilkan dalam wardrobe kita."
Zaffriel mula melangkah ke dalam wardrobe untuk mencari dress tersebut. Dress yang sememangnya dibeli khas untuk isteri tersayang. Cewahhh... Hahaha... Sweet tak Zaffriel nie?
"Tadaaa! Cantik tak dress nie sayang? Abang lupa yang abang dah belikan baju ni untuk sayang pakai harini.." tutur Zaffriel ketika menyerahkan baju tersebut kepada Aulia.
Selesai bab baju dan bersiap mereka kini sudah menuju ke destinasi. Perjalanan yang memakan masa 45 minit itu terasa lama kerana masing- masing hanya diam membisu tanpa kata.
Aulia ralit memandang ke arah luar tingkap, sambil memikirkan kemana Zaffriel hendak membawanya pergi. "Entah-entah dia nak culik aku tak?Lepas tu dia nak jual aku kat penjahat? " Gumam Aulia dalam hati.
Fikiran jahatnya mula bermain di dikepala. Kerana kini mereka sedang melalui sebuah jalan yang sunyi dan terdapat hutan di kiri dan kanan mereka.
Dia mula cuak. Mana tahu mungkin Zaffriel berdendam denganya kerana pernah lari sebelum ini. Dan inilah waktu yang sesuai untuk Zaffriel membalas dendam terhadapnya.
"Awak...Jauh lagi ke perjalanan kita? Kita nak kemana sebenarnya ni? Dah dah 45 minit perjalanan kita tapi tak sampai-sampai lagi pun..." tutur Aulia dalam nada yang cuak.
"Entah-entah awak nak culik saya, lepastu jual saya kat orang jahat eh?" balas Aulia lagi. Perasaan cuaknya sudah tidak dapat dibendung lagi.
"Subhanallah sayang... Apa yang jauh sangat melalut ni? Apa pulak abang nak jual isteri abang yang cantik molek nie dekat orang lain? You are belong to me okey!? Only me. Fullstop!" Zaffriel membalas dengan tegas.
Kelakar apabila isterinya menuduh dia sebegitu. Sudah gila agaknye dia hendak menjual isteri sendiri. Dahla dah lama terpisah, alih-alih dituduh sebegitu pula.
" Sorry, saya bersangka buruk dekat awak. Saya tak boleh elak dari berfikiran buruk macam tu selepas apa yang terjadi antara kita sebelum nie." luah Aulia dengan sebak.
"Dah, jangan nagis lah, nanti comot la make up sayang abang ni.. Abang tak marah sayang pun... Hahaha.. Cute je sayang nie... Jauh je fikiran tu pergi yer? Erm... Why not after this you become the director?" Zaffriel cuba berjenaka bagi menutup kesedihan di hati Aulia.
" Sempat lagi eh awak nie bergurau... Apa pun tak boleh... "marah Aulia.
Setelah itu kereta Zaffriel mula masuk ke sebuah rumah agam yang diberi nama Teratak Kasih. Rumah yang dibina dengan penuh ciri-ciri klasik dan moden. Menempatkan rumah ini dalam kelas yang tersendiri.
" Actually this is my parent's house. Atau dalam erti kata lain rumah your in law's. Supriseee!!!." Zaffriel menjelaskan rumah tersebut.
"What?! Why you are not told me early? See... Kita dahla datang dengan tangan kosong. Eh jap, parent's you dah tahu ke pasal I? Pasal kita??" lancar Aulia bertanya.
"Untuk pengetahuan Mrs. Zaffriel, dah lama diorang tahu pasal you, pasal kita. Sejak dari kita dinikahkan dulu tau. I dah ceritakan semua kat diorang. Dan diorang okey jer, malah tak sabar nak jumpa dengan you. Jom kita masuk, mesti diorang dah lama tunggu kita. " ajak Zaffriel.
YOU ARE READING
Aulia Natasya
RomanceAulia Natasya gadis yg dulunya ceria dan periang kini bertukar mnjadi pendiam kerana seorang lelaki bernama Tengku Caliph Zaffriel. Kau kejam Zaffriel! Hidup engkau tak akan tenang! ~ Aulia Natasya Aulia Natasya,kau tak akan terlepas dari gengaman a...