Sesampai dirumah...Aulia Natasha memulakan acara masak memasak di dapur. Manakala, Zaffriel membantu mengemas peti ais dengan menyusun barang-barang yang mereka beli tadi. Siap sahaja dia menyusun, lantas dia memeluk Aulia dari belakang yang sedang ligat menumis itu.
"Sayang.... Wanginya rambut sayang ni, buat abang rasa tak lena nak tidur malam" usik Zaffriel.
Hati Aulia mula berdebar apabila diusik begitu. Pipinya mula memerah dan dia semakin mempercepatkan pergerakannya bagi menutup rasa berdebar itu.
Melihatkan reaksi Aulia, Zaffriel semakin ligat untuk mengusik Aulia. Dia mula mencium leher Aulia perlahan dan bermain-main di sekitar itu, manakala tangannya mula mengetatkan pelukan di pinggang ramping isterinya itu. Hahaha... Sengaja Zaffriel ingin memancing nafsu isterinya itu.
Usai memasak Aulia bingkas ke meja makan untuk mengatur makanan. Baginya itu adalah cara yang terbaik untuk meloloskan diri dari pelukan Zaffriel.
************************************
Malam kini semakin larut, jika tadi setelah selesai makan malam mereka terus ke ruang tamu dan menonton drama korea "Her private life" yang menjadi kegemaran Aulia. Perasan berdebar kini kembali. Aulia masih berasa takut dan gementar untuk tidur sekatil semula bersama suaminya itu.
Aulia juga masih belum bersedia untuk menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai isteri kerana dia masih trauma dengan hal yang lalu. Dirinya masih tidak yakin dengan keadaan sekarang. Tidak yakin dengan kata-kata cinta dan janji yang dilafaz suaminya itu.
Mulut bisa berkata-kata manis. Namun jauh disudut hati, siapa yang tahu. Memang perit untuk Aulia memikirkan kembali kejadian pada masa lalu. Apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Cukup untuk dia melihat dari jauh dan terus berlalu pergi.
Ya, pulang ke tanah air adalah keputusan yang paling tepat dirasakan pada waktu tersebut. Pergi membawa hati yang lara. Pergi tanpa mendengar sebarang penjelasan dari sang suami.
Lama Aulia termenung sehinggakan tidak terperasan akan televisyen yang sudah gelap ditutup oleh Zaffriel.
Keadaan itu mmbuatkan Zaffriel tersenyum dan timbul lagi idea untuk menyakat isterinya itu. Dia ingin melihat sejauh mana perasaan gemuruh Aulia untuk tidur bersamanya.
"Ermm... Sayang jomlah masuk tidur. Abang dah ngantuk nie, esok abang nak bawa sayang ke suatu tempat. Jadi malam nie kita kenalah tidur awal. Mula awal, habis pun awal lah." Zaffriel mula mengusik.
Muka Aulia mula bertukar blurr apabila mendengar ayat Zaffriel yang terakhir. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Zaffriel.
" Apa maksud awak dengan mula awal, habis pun awal? Then, awak nak bawa saya kemana esok? Esok kan hari Sabtu." Soal Aulia tanpa berselindung.
"Yess! Betul, esok hari Sabtu. Tapi abang ada supprise untuk sayang. Berkenaan pasal mula awal dan habis awal tu pasal projek buat anak lah... Dah banyak tahun kita rugi tau. Mana tahu raya tahun ni kita berempat. Hahaha..."tenang Zaffriel bertutur.
Air liur mula ditelan. Aulia mula terasa sesak dan malu. Mukanya kini bagaikan buah tomato yang merah. Hahaha, dia masih malu untuk berbicara pasal itu. Harapnya Aulia terbuka hati lah untuk menerima cinta Zaffriel kembali.
************************************
Hye guys! Sorry for slow update. But now nanti author akan cuba untuk update dan habiskan story ini secepat yang mungkin. But, maybe after raya jugak baru author akan dapat siapkan semua chapter. Apaoun thanks for reading this story. Harap semua enjoylah baca story nie. Dan lagi satu, jemput lah baca story author yang terbaru. Perempuan simpanan dia. ❤️
YOU ARE READING
Aulia Natasya
RomanceAulia Natasya gadis yg dulunya ceria dan periang kini bertukar mnjadi pendiam kerana seorang lelaki bernama Tengku Caliph Zaffriel. Kau kejam Zaffriel! Hidup engkau tak akan tenang! ~ Aulia Natasya Aulia Natasya,kau tak akan terlepas dari gengaman a...