~Part 17 ~

10.2K 151 8
                                    

Setelah 1 minggu berlalu...

Zaffriel dan Aulia kini sibuk dengan urusan majlis persandingan dan kesyukuran mereka. Kini mereka sedang mencuba baju untuk pada hari tersebut di butik bonda. Butik bonda sememangnya menyediakan baju-baju khas untuk pengantin.

Rekaan bajunya pula adalah hasil rekaan bonda sendiri serta dibantu juga oleh pereka fesyen seperti Hatta Dolmat, Fuzana Mokhtar dan Rizalman Rizal. Bonda aktif dalam bidang fesyen sejak dari usia mudanya.

Jadi tidak pelik jika fikiran bonda dan ayah Zaffriel agak moden dan dapat menerima kehadiran Aulia dengan mudah walaupun mereka berpangkat Tengku. Bagi mereka pangkat itu tidak menjadi halangan untuk Zaffriel berkahwin dengan orang biasa yang tidak berketurunan seperti mereka.

"Lia, macam mana dress dan baju kurung moden yang bonda suruh cuba tadi? Okey tak? Atau Lia ada rekaan yang Lia nak reka sendiri?"

"Erm bonda, macam mana nie? Lia rasa macam.... Hurmmmm...." Aulia yang berkata secara tergantung untuk menyakat bonda.

"Kenapa Lia? Lia tak suka ke? Okey sekarang bagitahu bonda apa yang Lia nak bonda buatkan untuk Lia." ujar bonda dengan nada berdebar.

"Hehehe... Bonda ni Lia tak habis cakap lagi tau... Baju yang bonda bagi tu Lia sukaaa sangat! Sampai rasa tak tahu nak cakap macam mana tadi...." Aulia sudah ketawa sejurus menyudahkan ayatnya.

"Budak nie! Buat bonda jadi susah hati je tadi tau... Dah pandai ye nak mainkan bonda. Hahaha..." usai membalas dia segera memeluk bahu menantu kesayangannya.

Taktala itu Zaffriel keluar dengan berpakaian tuxedo yang lengkap. Namun bahagian butang teratas tidak dikancing kerana dia gagal untuk membutangkan sendiri. Puas dia mencuba untuk memasukkan butang namun tidak berhasil.

"Sayang, tolong abang butangkan baju ni. Puas abang cuba tapi tak boleh. Geram betul. Bonda nie bagi baju macam nie saja nak sabotaj Ariel lah nie." Zaffriel berkata dengan nada geram namun perlahan.

Aulia terus ke arah Zaffriel dan membutangkan baju. Dia terjingkit ketika itu kerana ketinggian Zaffriel berbeza dengan Aulia yang hanya separas bahu Zaffriel.

Zaffriel pula mengambil peluang itu dengan memeluk pinggang Aulia sambil merenung ke arah dada isterinya yang sedikit terdedah itu. Dah rezeki depan mata takkan nak buat tak nampak jer yedak? Hahaha....

Manakala Aulia yang selesai membutangkan baju Zaffriel baru terperasan dengan arah pandangan Zaffriel ketika itu, laju dia memijak kaki Zaffriel.

"Aduh sayang! Apa ganas sangat nie, tahulah geram nak cium abang tapi janganlah sampai ganas macam tu sekali." adu Zaffriel.

Aulia yang mendengar ayat itu bulat matanya. Sakit hati bila dia pula yang dituduh seperti itu. Padahal dia yang menjadi mangsa Zaffriel tadi.

Bonda dan seorang staff di butik itu hanya ketawa senang melihat telatah sepasang suami isteri tersebut.

Senang hati bonda melihat Zaffriel dan Aulia kini. Moga doanya untuk cepat mendapat cucu termakbul. Dia sudah lama teringin untuk bermain-main dengan cucunya sendiri. Terkadang timbul perasaan cemburu melihat rakan-rakan sebayanya sudah mempunyai ramai cucu.

"Ariel! Sudah lah menyakat Lia tu. Kasihan Lia, merah menyala dah mukanya tu. Ha... Baju Ariel okey tak?
Kalau tak fit nanti bonda suruh Kak Laila kamu alterkan."

"Dah elok nie bonda. Tak payah nak alter apa lagi dah. Well badan anak bonda nie kan memang jenis badan model. Tinggi lampai, sasa dan kacak. Senang cerita, memang untunglah siapa yang dapat Ariel niekan bonda?" Zaffriel mula berlawak.

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now