"Bonda! Ayah! Ariel dah bawak balik menantu bonda yang hilang selama nie... '' laung Zafriel ketika masuk ke dalam rumah." Awak nie, kenapa terjerit-jerit macam tu, bagi lah salam dulu sepatutnya... Tak ke terkejut bonda dan ayah awak nanti!..." Aulia menegur sikap Zafriel yang sedang terjerit itu.
Tiba-tiba....
"Ya Allah! Ariel, nie ke menantu bonda? Cantiknya... Sejuk mata bonda memandang... Haaa... Aulia lepas ni kalau Ariel buat hal lagi terus report je dekat bonda.. Nanti tahu lah bonda nak buat apa dekat anak bonda yang tak semenggah nie!..."
Aulia Natasya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuanya. Syukur dia disambut dengan baik sekali. Beserta pakej ugutan untuk suaminya untuk masa hadapan. Semasa bersalam, bonda pantas menarik Aulia kedalam pelukannya, tanda dia sangat menyenangi kehadiran Aulia kedalam keluarga itu.
Ibu mertuanya itu sudah jatuh sayang kepadanya ketika kali pertama memandang wajah Aulia yang lembut dan penuh keayuan. Turut terpancar sifat kelembutan dan sopan santun di raut wajah Aulia.
Ketika bersalam dengan ayah Zaffriel pula, lelaki itu perlahan mengosok kepala Aulia tanda merestui kepulangan Aulia ke sisi Zaffriel. Baginya, pasti ada sebab Aulia memilih jalan untuk pergi dari sisi Zaffriel sebelum ini.
"Erm... Dah seronok dapat menantu, anak sendiri pun dah terbiar, kalau macam ni Ariel duduk dekat luar jela... Dah semua orang pun dah lupa kat Ariel." keluh Zaffriel dengan niat untuk berlawak.
"Haah! Pergilah duduk luar tu ha, berkawan dengan pokok bunga bonda kat luar tu, tak payah masuk dalam rumah. Dengan isteri sendiri pun nak cemburu. Teruk betul perangai anak abang sorang nie!" bonda turut giat melayan lawak Zaffriel itu.
"Sudahlah tu bergurau, perut abang dah lapar nie, jom lah kita makan tengahari sekarang. Mak Esah! Tolong sediakan meja makan sekarang, kami dah nak makan nie..." ayah Zaffriel, Tengku Carl Zaffran pula mula memberi arahan.
Jika dibiarkan mereka melayan sesi jejak kasih ini alamatnya berdondang sayang lah perutnya. Setelah itu, mereka telah ke ruang makan.
Pelbagai lauk pauk yang pastinya membuka selera telah dihidangkan di atas meja. Kesemua itu telah dimasak sendiri oleh bonda Zaffriel iaitu Tengku Zahirah.
Sememangnya kedua ibu bapa Zaffriel sangat teruja dengan kedatangan Aulia pada hari itu.
Setelah selesai makan tengah hari...
"Aulia, Zaffriel... Nanti cepat-cepat berikan cucu untuk bonda dan ayah yer? Bonda dengan ayah dah tak sabar nak kendong cucu ni. Nak harap kan along kamu alamatnya sampai kami tutup mata lah tak merasa cucu. Along kamu tu terlalu workholic sampaikan langsung tak fikirkan pasal nak kahwin. Padahal umur dia tu dah masuk 31 tahun ni. " adu Tengku Zahirah.
Yer... Tengku Careel Zaffar adalah abang kepada Tengku Caliph Zaffriel. Mereka dua beradik sangat akrab. Namun, abangnya terlalu educated dengan kerja dan telah berjaya dalam bidang oil and gas. Malah abangnya itu kini menetap di Dubai.
Kerana itu urusan syarikat keluarga mereka di uruskan oleh Zaffriel. Abangnya memang tidak berminat untuk menguruskan syarikat mereka.
Aulia yang mendengar permintaan itu terus terbatuk ketika minum teh. Manakala, Zaffriel pantas menepuk lembut belakang Aulia sambil ketawa.
Bagi Aulia permintaan bonda itu tersangat berat untuk ditunaikan buat masa ini. Dia tidak sanggup menghampakan permintaan itu tetapi dia masih belum bersedia untuk memberi hak dirinya kepada Zaffriel.
"Bonda, nanti jangan kalut pulak kalau Ariel dengan Lia bagi cucu reramai nanti. Hahaha... Masa tu tak menang tangan lah nak melayan cucu." dengan bersahaja Zaffriel membalas.
"Oh ya! Ariel, Aulia ayah dengan bonda bercadang nak adakan majlis kesyukuran sempena kepulangan Lia hujung bulan ini. Sekali dengan majlis resepsi kamu berdua juga. Nanti pergilah fitting baju dekat butik bonda kamu tu." arah Tengku Carl Zaffran.
Aulia menjadi sebak. Layanan ibu bapa mertua terhadapnya sangat baik. Mmbuatkan dia tiba-tiba rindu akan kedua arwah ibu bapanya.
Pantas Tengku Zahirah yang duduk disebelah Aulia memeluk bahunya. Dia yang perasan akan riak wajah Aulia itu segera tersenyum.
"Bonda harap, kamu akan terus menjadi menantu bonda dan jaga anak bonda yang manja ni." lembut Tengku Zahirah berkata sambil memegang erat tangan Aulia.
Aulia yang bertambah sebak itu terus memeluk bonda Zaffriel kemas.
"Bonda, insha allah Lia akan cuba. Doakan hubungan kami bertambah baik ye bonda. Terima kasih kerana sudi menerima Lia dalam keluarga ni. Lia dah tak ada siapa kat dunia ni selain abang Lia, bonda, ayah dan Zaffriel." dengan sebak Aulia meluahkan perasan yang terbuku.
************************************
Assalammualaikum. Hye guys! Suka tak dengan chapter terbaharu nie? Bulan ni author agak sedikit rajin untuk update story Aulia Natasya nie. Sebab apa? Hahaha... Sebab kamu yang rajin baca dan vote story ni lah. Author tersangatlah hargai jasa korang yang vote, comment dan baca story ni. Btw to silent reader, please vote story ni sambil baca okey. Hehehe... Thanks for all reader's. Stay tuned ya for the next chapter. ❤️
YOU ARE READING
Aulia Natasya
RomanceAulia Natasya gadis yg dulunya ceria dan periang kini bertukar mnjadi pendiam kerana seorang lelaki bernama Tengku Caliph Zaffriel. Kau kejam Zaffriel! Hidup engkau tak akan tenang! ~ Aulia Natasya Aulia Natasya,kau tak akan terlepas dari gengaman a...