~Part 5~

11.4K 173 2
                                    

Ketika di parti hari lahir Joshua...

Susan, Alex dan Zaffriel kini lincah menari di ruang berdansa. Parti ini begitu meriah dan ramai orang yang hadir. Manakala, Aulia hanya duduk di suatu sudut memerhatikan mereka bertiga menari. Dia tidak betah untuk menari sebegitu di hadapan ramai. Walaupun perwatakan dia bagaikan seorang yang terbuka dari segi pemakaian tapi dia seorang yang agak pemalu sebenarnya.

Tiba - tiba Syed Adrian Mikael datang menyapa Aulia. Dia adalah merangkap teman baik Zaffriel. Dan mereka juga sekelas. Cuma Aulia kurang rapat dengan Adrian kerana Adrian lebih agresif berbanding Zaffriel.

"Hye Lia, may I join you?" Adrian menyapa dan tanpa mendengar jawapan Aulia dia terus duduk di kerusi sebelah Aulia. Jujur Adrian katakan, dia ada mnyimpan perasaan terhadap Aulia, namun sayang perasaannya tidak berbalas. Aulia seorang yang mudah untuk didekati tetapi susah untuk menakluki hatinya. Dia benar - benar ingin memiliki Aulia.

Aulia ingin bangun untuk mengambil minuman bila merasakan dahaga kerana dari tadi dia hanya melihat keadaan sekelilingnya. Tetapi ditahan oleh Adrian. Adrian menawarkan dirinya untuk mengambil minuman untuk Aulia.

Selepas minum minuman yang diberi oleh Adrian, Aulia terasa seakan pening dan tidak selesa. Dia mula mencari Susan untuk mengajaknya balik. Susan yang rancak menari bersama Alex tidak perasan akan Aulia kini. Adrian mula membantu Aulia untuk membawanya pulang ke rumah.

"Adrian, boleh tak you tolong I panggilkan Susan?" pinta Aulia. Dia bagaikan tidak mampu untuk berjalan sendiri.

Pandangan Aulia semakin kabur, nasib Adrian pantas menyambut Aulia dari terjatuh. Dia membawa Aulia keluar dari penthouse milik Joshua dan menaiki keretanya untuk pulang kerumah.

Sesampai dirumahnya, Adrian membaringkan Aulia di atas katil miliknya. Sementara itu dia ke bawah semula untuk mengambil handphone nya yang tertinggal didalam kereta.

Aulia berasa panas dan gelisah. Dia mula menanggalkan dress yang dipakainya dengan mata yang masih terpejam untuk mengurangkan rasa panas badannya.Dia tidak pernah merasa begini. Suatu perasaan yang sangat lain baginya.

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now