~Part 10~

10K 168 0
                                    


Tepat jam 3 petang...

"Assalamualaikum, Lia dah siap pack barang? Abang datang nak ambil Lia." Ujar Zaffriel dengan lembut.

Aulia pantas berlalu naik ke tingkat atas untuk membawa turun luggage ke bawah. Pantas juga Zaffriel mengekor belakang Aulia untuk naik bersama. Ketika Aulia memasuki biliknya terus Zaffriel masuk sambil mengunci pintu bilik tidur Aulia. Perasaan berdebar menyelubungi Aulia. Sudah lama dia tidak berduan dengan suaminya sendiri.

Zaffriel semakin mendekat ke arah Aulia yang ketika itu berada di tepi almari bajunya. Dia mengundur ke belakang apabila Zaffriel kian mendekatinya. Tetapi, akhirnya dia kini tersekat diantara dinding dan almari bajunya. Tangan Zaffril juga sudah menyekat Aulia dari bergerak.

"Sayang...abang rindukan sayang..."ujar Zaffriel sendu.

Benar. Dia benar - benar rindukan isterinya ini. Tiga tahun mereka berpisah. Bukan dia tidak berusaha untuk memujuk Aulia, tetapi dia yakin Aulia tidak akan kembali ke pangkuannya ketika itu. Sekarang dia yakin dan akan melakukan apa saja asalkan Aulia sentiasa berada disisinya...

Selepas ini dia akan berterus terang dengan keluarganya tentang status dia dan kewujudan Aulia Natasya. Isteri yang hilang selama ini.

Aulia yang mendengar kata - kata Zaffriel hanya diam membeku. Dia takut untuk menerima cinta Zaffriel kembali. Dia takut untuk kecewa lagi. Cukuplah ketika dia berada di London dahulu. Dia yang melihat Zaffriel bermesra bersama wanita lain di taman. Dia yang ketika itu sedang mengambil angin tidak sengaja ternampak aksi tersebut. Terus dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia tanpa memberitahu Zaffriel atau sesiapa pada hari itu jua. Dia tidak betah untuk mendengar penjelasan Zaffriel terlebih dahulu.

Bagi Aulia, Zaffriel tidak ikhlas untuk bernikah dengannya. Mereka bernikah hanya dia atas dasar menutup malu bukan kerana cinta. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah airnya. Walaupun sedih dan kecewa tetapi dia berjaya menutup perasaan itu ketika berhadapan dengan papa dan mamanya. Lama- kelamaan dia berjaya melupakan Zaffriel. Walau masih sering bermimpikan Zaffriel yang sedang bersedih.

Aulia beranggapan mimpi itu sekadar mainan tidur. Dia tidak ingin kecewa lagi. Cukuplah dia kecewa sekali. Walaupun masih memegang status isteri kepada Zaffriel, Aulia takut untuk memberi peluang lagi...

Perlahan Zaffriel mengucup bibir Aulia. Aulia hanya kaku. Dia sendiri terkejut dengan perlakuan Zaffriel itu terhadapnya. Aulia menolak apabila Zaffriel ingin megucup bibirnya sekali lagi.

Zaffriel hanya tersenyum hambar. Banginya Aulia telah menghukum dia tanpa dia mengetahui apa salahnya terhadap diri Aulia. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Aulia pulang ke Malaysia secara seorang diri dan senyap - senyap. Dia perlukan penjelasan untuk itu. Hingga ke hari ini, Aulia Natasya masih adalah isterinya yang sah. Dia sentiasa memberi nafkah kepada isterinya dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Aulia tanpa pengetahuan Aulia sendiri.

Dia sesekali tidak akan melepaskan Aulia. Aulia tetap akan menjadi isterinya sampai akhir hayatnya. Dia sangat mencintai Aulia Natasya. Walau dia tidak pernah mengucapkan kata cinta kepada isterinya itu. Dia akan berusaha untuk memulihkan kembali hubungan mereka.

Kini Aulia tidak akan dapat lari dari genggamannya lagi. Dia akan sentiasa mengawasi gerak geri Aulia. Dia takut utuk kehilangan Aulia untuk kali kedua. Kerana kini dia sangat yakin bahawa Aulia Natasya adalah isteri yang tercipta hanya untuk dirinya.

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now