~Part 13~

9.4K 138 2
                                    

"Sayang.... Apa kata petang untuk makan malam ni sayang masak boleh? Abang teringin nak makan masakan sayang. Tapi lepas asar kita keluar cari barang-barang untuk memasak boleh? lembut Zaffriel bertanya kepada Aulia. Dia sangat rindukan masakan Aulia. Erm.. Aulia pun dia lagi rindu sebenarnye... Hahaha...

Aulia mula mencebir. Ada ke patut dia utarakan pasal makan masa diaorang tengah rasa syahdu. Tak ada rasa sensitivity langsung laki aku nih... Bebel Aulia dalam hati. Namun dia tetap mengangguk isyarat bersetuju dengan cadangan itu.

Pelukan mula dileraikan. Dia ingin mengemas barang-barang dia ke dalam closet. Baginya masa yang ada tidak patut di sia-sia kan begitu sahaja. Dia bukanlah sejenis bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja. Kerana dia dan abangnya memang sudah diasuh dari kecil untuk segera memyiapkan kerja pada waktu lapang.

Zaffriel yang perasan perlakuan Aulia itu sengaja menguatkan lagi pelukan terhadap Aulia. Dia ingin melihat telatah Aulia yang masih malu-malu itu ketika bersama dia. Telatah yang sering mencuit hatinya ketika dia bersama Aulia dulu. Dia juga mula mengomol wajah Aulia hingga membuatkan Aulia terasa rimas diperlakukan sebegitu.

Tiba-tiba....

"Auchhh! Ya Allah sayang kenapa pijak kaki abang ni? Sakit lah... Kut ye pun rimas bagitahu la.. Tengok kaki abang dah tak boleh nak berjalan dah. Mana nak drive pergi beli barang lagi nanti. Sayang memang tak sayangkan abang kan?" Sendu Zaffriel berkata. Sebenarnya tak sakit mana pun tapi lebih kepada niat untuk mempermainkan isterinya itu. Mana tahu untung badan dapat merasa urutan dari sang isterinya itu.

" Ehh awak ni, Lia pijak perlahan je pun, takkanlah sakitnya sampai tak boleh nak drive... Tak baik tau menipu, nanti betul-betul macam tu baru tahu. Hah, lagi satu Lia ni ringan je kut... Tak patahnya kaki awak tu..." tungkas Aulia, dia tahu Zaffriel sengaja mempermainkan dia tadi.

************************************

Di pasaraya...

Aulia leka memilih barang-barang yang hendak dibeli kerana barang dapur di rumah Zaffriel itu langsung tiada apa. Harapkan dekorasi dapur sahaja yang mewah, tapi yang ada hanya air mineral dan susu yang terdapat dalam peti ais lelaki itu.

Manakala Zaffriel pula sibuk mengekor dari belakang sambil menolak troli. Hampir penuh troli yang ditolak itu. Banyak makanan dan keperluan memasak yang di ambil oleh isterinya itu. Dia hanya diam dan tidak membantah memandangkan selama ini dia tidak tinggal disitu.

Ya, dia jarang pulang ke rumah itu. Baginya tiada erti dia tinggal keseorangan tanpa teman hidupnya di rumah.

Sedang mereka berjalan ke bahagian barangan basah, Aulia telah dilanggar oleh seorang perempuan....

"Hoii perempuan! Engkau ni berjalan mata letak dekat mana? Sesuka hati langgar aku kan?" tengking perempuan itu dengan angkuh. Walhal dia yang bersalah kerana melanggar Aulia Natasya.

Pantas Zaffriel ke hadapan isterinya itu dan menarik Aulia supaya berdiri di belakangnya. Dia tidak ingin mencetuskan sebarang masalah dengan perempuan itu. Jadi dia harus cepat mengambil tindakan yang bijak.

"Ehhh? You Ariel? You buat apa dekat sini? Siapa perempuan belakang you yang langgar I tadi tu? Adik you eh?" soal perempuan itu bertubi-tubi.

"Yup, hye Bella! That's my wife. My beloved wife. So watch out with your languages. By the way I rasa you yang salah sebab langgar wife I. Dia sedang pilih barang tadi dan you yang lalu sebelah dia." dengan sinis Zaffriel membalas.

Memek muka Aulia yang berada di belakang Zaffriel hanya kosong. Dia masih terkejut kerana di tengking sebegitu di khalayak ramai. Mujur sahaja suaminya itu cepat menarik dia, jika tidak mahu dia ditampar oleh perempuan angkuh itu.

Manakala perempuan angkuh tadi hanya tersenyum sinis apabila diperli oleh Zaffriel. Namun dia cuba memaniskan senyuman dan berlagak tenang dihadapan Zaffriel. Kerana, dia masih menyimpan perasaan terhadap Zaffriel walaupun kini dia tahu yang lelaki itu sudah berkahwin.

"Hurm, well I'm sorry. So you dah lama ke nikah? Since when? Kenapa tak ajak I datang majlis you pun? Isabella mula bersuara manja dan gedik.

'' Kalau I tak jemput you pun bukan you orang penting pun. Majlis I tetap lancar jer tanpa you. Okey. Fullstop. I dah nak pergi bayar kat kaunter. So chaos. "Ujar Zaffriel sambil berlalu.

Isabella hanya diam dan memberikan ruang untuk Zaffriel dan Aulia lalu di hadapannya. Di dalam hatinya dia mula terasa panas membara kerana melihat Zaffriel yang melindungi Aulia tadi.

" Well, just wait and see lepas nie Zaffriel. You yang akan melutut dekat I nanti." Isabella berbisik.

Aulia NatasyaWhere stories live. Discover now