"Dia larikan diri ke!?" Tanya Tuan Im.
Tuan dan Puan Bae menjadi tidak senang. Macam mana nak jawab ni.
"Tuan Im...err....kami pergi cari Suzy dulu....na-nanti kami datang balik" dengan pantas Tuan Bae menarik tangan isterinya tanpa menunggu apa yang Tuan Im mahu katakan.
Jaebeom mendengus.
"Appa,kenapa sampai macam ni?? Kawan-kawan Beom yang lain dah ada disini"
Puan Im menggosok bahu berbidang (?) anak sulungnya dan memujuk "sabar,sayang. Nanti jumpalah Suzy tu. Jangan risau okey?"
Jaebeom mengeluh kecil. Dia menjadi makin stres. Jaebeom duduk di meja makan yang disediakan untuk meredakan amarahnya yang naik kerana Suzy. Kawan baiknya,Namjoon atau Kim Namjoon duduk di sebelah dan dia menggosok belakang Jaebeom perlahan.
"Kau ni dah kenapa gosok belakang aku??" Ujar Jaebeom dengan nada serius. Dia
betul-betul rasa bengang dengan Suzy."Halah,bertenang sekejap,Beom" dengan tenang Namjoon berkata.
"Macam mana aku nak bertenang. Suzy okey je dengan aku selama ni. Tapi bila tiba je hari penting ni,dia hilang macam tu. Aku cuma risau je,Joon. Aku takut dia tinggalkan aku"
Well,Jaebeom sangat menyayangi perempuan tu,walaupun dengan perangai Suzy yang over.
"Kau ni banyak sangat tengok drama ke? Dia akan okey lah jangan risau" Namjoon cuba untuk menghilangkan serabut Jaebeom. Akhirnya Jaebeom mengangguk.
Namjoon sebenarnya,tak berapa suka dengan Suzy disebabkan perangainya (korang ada tengok kan kat introduction) Disebabkan perasaan sayang, Jaebeom layankan saja perangai gedik perempuan tu. Tapi pada masa yang sama, Namjoon senang dengan Hyunji yang bertentangan dengan Suzy. Pandai memasak,pemalu,lemah lembut. Namjoon ada juga rasa nak tegur gadis tu tapi malu pula huihui.
.
.
.
.
.Hyunji yang berdiri agak jauh dari mereka memerhatikan Jaebeom dengan rasa kasihan. Tunang hilang,terus jadi stres.
"Aish....Jaebeom oppa....Mahu saja aku tenangkan hati dia,peluk dia,pujuk dia tapi...ish kau ni Ji..mengarut je" fikir Hyunji.
Jaebeom merasakan ada seseorang memerhatikannya dari jauh lalu dia ternampak Hyunji yang tidak berkelip mata memandangnya.
"Yang kau pandang aku macam tu kenapa?" Tanya Jaebeom dengan lagi bengang. Hyunji sedar Jaebeom sudah perasan perbuatannya itu lalu berlari masuk ke dalam stor untuk menyimpan penyapu yang dipegang tadi.
Namjoon menggeleng. Kesian pula kat Hyunji.
"Kau ni Beom. Dengan dia boleh pula kau berkasar. Dengan Suzy bukan main sweet,lembut lagi" ujar Namjoon dengan rasa sedikit menyampah.
"Dah Suzy tu perempuan,kenalah layan elok-elok"
"Dahtu,Hyunji bukan perempuan lah ha? Pengkid? Ish kau ni. Kawal sikit mulut dengan baran kau tu. Aku tahulah kau tak suka Hyunji sebab dia orang gaji saja tapi berlembutlah sikit dengan Hyunji tu. Dahlah aku nak pergi ambil air kejap"
Kecik besar kecik besar je Jaebeom pandang Namjoon tu. Nak taknak dia kena dengar jugalah bebelan bestfriend dia tu. Yelah,Namjoon jelah satu-satu yang paling rapat dengan Jaebeom dalam ramai-ramai tu. Tapi....ada betul juga kata Namjoon. Jaebeom perlu juga layan Hyunji dengan elok macam mana eomma dengan appa,adik perempuan dan kawan baiknya layan Hyunji.
'Patut aku minta maaf kat Hyunji...'
"Ahhh. Tak payahlah. Siapa suruh tengok aku macam tu. Padan muka dia" gumam Jaebeom. Tinggi benor ego kau ya.
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
FanfictionPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.