"Betul ke akak cakap ni? Jangan tipulah kak"
PA Lee berdecit. Dia menggulingkan matanya.
"Betullah apa aku cakap. Disebabkan kau lari dari perkahwinan kau dengan Tuan Jaebeom,orang tuanya menyuruh anak sulung mereka tu untuk berkahwin dengan Puan Hyunji. Kehidupan mereka bertambah baik selepas Puan Hyunji melahirkan anak lelaki" ujar PA Lee dengan nada seperti mahu menyakitkan hati Suzy. Biar puas hati.
Seperti ada batu yang menghempap diri Suzy. Dia ingatkan Jaebeom masih bersendirian. Matanya berair. Dia masih mencintai Jaebeom.
"Jaebeommie....kenapa..."
"Apa yang berlaku di sini?!"
Tengkingan Jaebeom mengejutkan keduanya. Kelihatan Hyunji berdiri rapat di samping sang suami. Dia melihat Suzy. Sungguh berbeza dengan Suzy dahulu yang seperti seorang ratu mewah menguasai dunia. Semua yang berada di bawahnya dilayan buruk seperti dia sahaja yang berharta. Sekarang hanya seorang hamba yang bekerja sebagai seorang pencuci di syarikat ayah mertuanya.
"Beommie...sampai hati awak..."
Suzy yang sedang menangis terus memeluk Jaebeom. Lelaki itu terkejut. Dia menolak kuat Suzy sehingga jatuh. Semua pekerja yang berada di situ menjadi penonton kepada situasi tersebut. Hyunji cemburu tetapi pada masa yang sama dia kasihan pada Suzy. Ya,dia juga memahami air mata seorang wanita. Namun air mata yang dikeluarkan oleh Suzy seperti menyakitkan hatinya.
"Kenapa awak berkahwin dengan dia?! Kenapa awak tak tunggu saya?!" Tangisan Suzy bertambah kuat.
Hatinya seperti dihiris-hiris dengan pisau. Disiat tanpa belas kasihan. Dia tidak menyangka Jaebeom telah bernikah dengan orang yang tidak setaraf dengan dirinya.
"Tunggu kau!? Nak buat apa?! Nak buat apa aku tunggu perempuan macam kau! Sanggup malukan aku dengan keluarga aku di hari perkahwinan tu! Buang masa jelah!
Tapi....mujurlah kau lari masa tu. Kalau tidak,mungkin aku tidak akan dapat bernikah dengan Hyunji dan ada kehidupan yang lebih baik seperti sekarang. Terima kasih ya,Bae Suzy. Jom sayang,kita jangan layan minah ni"
Hyunji hanya diam ditarik lembut oleh ayah kepada Feng Er. Dia tidak mahu masuk campur.
"Daripada kau menangis sampai bengkak mata tu,baik kau pergi sambung kerja. Tu. Kain buruk atas meja orang. Dah kenapa kau ni?" - PA Lee
Suzy berdiri dengan hidung berairnya dikesat. Pekerja-pekerja lain yang menjadi penonton tadi kembali ke tempat masing-masing.
______
"Sudahlah tu menangis. Cuba cerita kat unnie apa yang berlaku??"
"Dia kejam,unnie. Sanggup dia kahwin lain. Dia tak sayang Suzy pun. Suzy kecewa dengan dia...."
Fei berasa kasihan. Dia menarik Suzy ke dalam dakapan dan menenangkan gadis itu dengan menggosok lembut belakangnya.
"Sampai hati dia buat macam tu kat Suzy. Suzy cubalah lupakan dia. Ramai lagi lelaki dalam dunia ni,Suzy. Lagipun dia dah berkahwin. Dah ada isteri. Maknanya jodoh dia bukan dengan Suzy"
"Tapi unnie...Suzy sayang dia...I'm still love him...dialah segalanya bagi Suzy..."
"Suzy...janganlah Suzy menangis disebabkan lelaki jahanam macam tu. Membazir air mata saja...kumbang bukan seekor"
"Unnie ni...tak faham perasaan Suzy. Suzy ingatkan unnie nak back up Suzy tapi tak. Malaslah kalau macam ni"
Suzy melepaskan pelukannya dan berlalu pergi. Fei terus memanggil kawan baik yang dianggap sebagai adik sendiri itu.
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
FanficPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.