"Sayang! Main kat sini! Jangan main kat tepi jalan!"
Budak lelaki kecil bermata bulat menoleh ke arah ibunya. Dia tersenyum menampakkan giginya yang comel.
"Maaf,eomma!"
Dia berlari ke arah Hyunji dengan kaki kecilnya dan terus memeluk si ibu. Hyunji tertawa dengan gelagat kanak-kanak tersebut.
"Nak makan aiskrim tak? Eomma belanja"
"Nak! Nak! Nak aiskrim strawberi!"
"Okey! Arahan diterima,Tuan Im~"
Hyunji menggendong Feng Er dan membawanya ke satu gerai aiskrim kecil.
Mereka berdua sedang berada di sebuah taman pada petang itu tanpa Jaebeom kerana pemuda itu harus pulang lewat malam untuk menyiapkan kerja di pejabat.
Sebuah kereta berhenti di tepi jalan berdekatan dengan taman. Suzy melangkah keluar dari keretanya menuju ke arah sebuah bangku. Tujuannya hanya untuk merehatkan fikiran. Pagi dia menghantar Puan Bae ke hospital untuk pemeriksaan. Puan Bae disahkan menghidap diabetes dan perkara itulah yang berlegar-legar dalam minda Suzy.
Tiba-tiba dia terlanggar Feng Er dengan tidak sengaja membuatkan si cilik itu terjatuh serta dengan aiskrimnya tertumpah.
Suzy melihat di kakinya ada kesan tompokan dari aiskrim tadi. Dia berpatah balik ke arah Feng Er.
"Tak nampak ke?! Kau ni buta eh!?"
Feng Er terus menangis memanggil Hyunji yang baru selesai membuat pembayaran.
"Feng Er! Kenapa ni sayang?? Macam mana boleh terjatuh??"
"Makcik tu hiks...dia langgar Feng Er..."
Hyunji memandang Suzy yang telah berlalu membelakangi mereka. Hyunji menggelengkan kepala.
"Dah. Berhenti menangis. Kita beli aiskrim yang baru ya?"
Feng Er yang mengesat hidungnya mengangguk. Hyunji memimpin anak sulungnya dan berjalan ke arah gerai tadi. Sesekali Hyunji menoleh ke arah wanita itu,seolah-olah dia mengenali figura tersebut.
_______________
Bunyi loceng rumah kedengaran. Hyunji yang berada di ruang tamu tersenyum. Dia tahu yang Jaebeom telah pulang lantas wanita itu berjalan ke arah pintu dan membukanya.
"Sayang~"
Jaebeom mencium dahi Hyunji dan duduk di atas sofa,melepaskan rasa letih dan lelah. Jaebeom melirik ke arah jam dinding.
"Dah lewat ni. Kenapa sayang tak tidur lagi?"
"Tak mengantuk. Lagipun mesti oppa tak makan lagi,kan?"
Perut Jaebeom berbunyi membuatkan Hyunji tergelak kecil. Jaebeom pula tersengih. Hyunji menarik Jaebeom lembut ke dapur dan menyuruh lelaki itu duduk.
"Sayang panaskan makanan sekejap"
"Okey~"
"Erm...oppa..."
"Ya?"
"Sayang rasa...sayang nampak Suzy"
Ada kejutan terpancar di wajah Jaebeom.
"Suzy? Betul ni?"
"Ya....petang tadi,Hyunji bawa Feng Er ke taman. Feng Er cakap aiskrim dia jatuh sebab ada makcik langgar dia. Feng Er tunjuklah. Perempuan tu macam Suzy walaupun dia jalan membelakangi kami"
Dahi Jaebeom berkerut. Wanita yang dirinduinya selama ini akhirnya kembali tapi perasaan cinta itu sudah hilang kerana kepergian tanpa sebarang tanda oleh Suzy.
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
FanfictionPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.