❄ HTL 20 ❄

69 7 0
                                    

Bunyi dari jam digital mengejutkan Hyunji. Dia melihat ke arah jam itu dalam mamai.

"7:30 pagi..."

Hyunji menggeliat dan bangun menuju ke arah bilik air untuk membasuh muka. Hari ini merupakan Hari Keluarga yang dicadangkan oleh Tuan Im dan Jaebeom sendiri. Nak luangkan masa bersama keluarga tersayang lah katakan. Nak juga berkumpul ramai-ramai. Hyunji kembali ke katil.

"Oppa...bangun dan mandi dulu. Ji nak siapkan makanan"

Tiada respon dari Jaebeom. Kening Hyunji terjungkit.

"Huhu oppa bangun. Jaebeom bangunnnnnn"

Baiklah. Dia masih tidak bangun. Hyunji menyerabutkan rambut. Rasa malas nak gerak. Biarlah dia bangun sendiri. Tapi apa yang tidak disangkanya, Hyunji ditarik dan tertindih Jaebeom. Suaminya hanya tersenyum dengan mata sepetnya masih tertutup. Jaebeom tergelak kecil.

"Selamat pagi sayang oppa" Jaebeom memberi kucupan kecil di bibir Hyunji. Okey, Hyunji tak jadi nak marah. Wanita muda itu mengukir senyuman. Dia mencium pipi Jaebeom.

"Selamat pagi kakanda kesayanganku. Cepatlah bangun dan bersiap. Ji nak siapkan makanan. Lepas tu, oppa tolong bangunkan Feng Er dan mandikan dia boleh? Ji takut tak sempat Ji siapkan dia"

Jaebeom mengangguk.

"Anything for Feng Er's mom"

Hyunji yang masih dengan senyumannya berdiri dan meninggalkan bilik mereka. Dia yang hanya memakai T-shirt putih dan seluar pendek atas lutut menuju ke dapur. Rambut panjangnya diikat kemas dan sesi menyediakan makanan pun bermula. Menu hari ini ialah sandwic tuna, nuget ayam kegemaran Feng Er dan jus strawberi. Jus ni Jaebeom yang minta. Tambah dengan susu kotak lagi sedap katanya. Ji yang sebagai isteri kepada CEO Im Holdings tu pun ikut arahan jelah~

"Feng Er,anak appa bangun. Hari ni kita nak berseronok" ujar Jaebeom lembut sambil membangunkan anak sulungnya. Lelaki kecil itu pun bangun. Matanya terpisat-pisat mencari tuan punya suara. Mata kecil itu digosok. Jaebeom mendukung Feng Er masuk ke dalam bilik air dan seterusnya,menyiapkan diri dan si anak.

________

"Appa,mana eomma?" Feng Er menarik-narik hujung kemeja - T yang dipakai oleh Jaebeom. Jaebeom mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia tersenyum dan mengusap lembut kepala anaknya yang berumur 4 tahun itu.

"Nanti eomma datanglah. Dia tengah siapkan diri. Kita tunggu saja"

Feng Er mengukir senyuman dan mengangguk.

"Maaf ya!"

Jaebeom dan Feng Er menoleh ke arah Hyunji yang dalam keadaan gelabah dengan satu bakul tergantung di tangan.

"Sayang,cantiknya Ji hari ni" Jaebeom agak terpegun melihat Hyunji. Wanita muda itu tersenyum malu. Feng Er perasan wajah ibunya memerah.

"Kenapa muka eomma merah,appa?"

"Hehe. Sebab dia makan tomato banyak sangat. Tomato kan warna merah. Jom masuk kereta" Jaebeom tergelak. Senyuman Hyunji mati. Dia mencebik. Feng Er masuk ke dalam kereta. Hyunji memasang tali pinggang keledar untuk Feng Er dan terus masuk ke dalam kereta.

Semasa memandu,Jaebeom perasan Hyunji yang diam. Dia tergelak kecil.

"Usik sikit pun nak merajuk. Alahai sayang oppa ni"

"Apa-apa jelah,oppa"

"Alololo sayang oppa jangan macam ni~"

Hyunji tersenyum. Senyum nakal.

"Okey. Nak Hyunji berhenti merajuk. Boleh. Tapi satu syarat"

Kening Jaebeom terjungkit.

"Apa dia?"

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now