❄ HTL 4 ❄

104 19 0
                                    

Sebuah taman disimbahi oleh cahaya dari lampu-lampu jalan neon (author tak pasti ada ke tidak lampu macam ni) dan tidak ada lagi orang di situ. Hanya seorang lelaki yang kelihatan sedikit kusut duduk berseorangan di sebuah bangku. Kusut pemikiran.

Jaebeom terkenang kembali perbuatan-perbuatan buruknya pada Hyunji. Memukul,memaki isterinya. Rasa bersalah mula menguasai Jaebeom. Walaupun dia seorang yang kasar dan agak pedas kata-katanya,tapi Jaebeom juga seorang yang agak lemah lembut. Tapi lemah lembut pada orang yang dia sayang. Pada Hyunji,belum ditunjukkan.

'Oh Tuhan...kenapa perasan ni mula datang? Aku...aku rasa bersalah pada Hyunji. Aku sepatutnya berlembut dengannya tapi...kenapa susah? Kenapa aku masih tak dapat lupakan Suzy? Patut ke...aku lupakan dia?

Dia tinggalkan aku...malukan aku...tapi Hyunji...dia sudi...Jaebeom ah...kenapa dengan kau ni...'

Makin serabut jadinya. Tiba-tiba telefon miliknya berdering dan tertera nama Hyunji. Jaebeom mengeluh dan menjawab panggilan tu.

"Awak ada kat mana?
Dah lewat ni"

"Aku...ada kat taman...kau
tak payah risau...aku boleh jaga
diri" Jawab Jaebeom dengan suara mendatar

" Oh...maaf...saya takut jadi
apa-apa kat awak. Balik ya"

"Ya..."

Panggilan terus dimatikan. Jaebeom memandang langit malam. Kelihatan beberapa butir bintang sahaja pada malam itu. Jaebeom menunduk seketika sebelum melangkah ke arah keretanya.

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

Keesokan harinya

"Eomma!!"

Satu suara menjerit memanggil Puan Im dan dia berpaling ke belakang. Senyuman lebar muncul di wajah melihat anak bongsunya,Im Nayeon berada di pintu rumah.

"Yeoniee! Aigoo anak eomma!" Dipeluk dan dicium anak gadisnya membuat Nayeon tergelak kecil.

"Eomma,Yeonie rindu eomma huhu" ujar Nayeon membalas pelukan Puan Im. "Abang mana???"

"Aigoo dia ni. Balik-balik cari abang dia. Eomma ada depan mata ni tak nampak?" Usik Puan Im. Nayeon hanya tersengih menampakan gigi arnabnya. Nayeon dan Jaebeom memang rapat. Yelah dua beradik je kan. Setiap kali Nayeon pulang untuk cuti semester,mesti Jaebeom yang ditanya dulu.

"Rindu dia juga" Jawab Nayeon. "Dia dah tak duduk dengan kita. Dia dah jadi suami orang" ujar Puan Im. Nayeon terkejut

"Apa? Dia kahwin dengan siapa? Eomma tak bagitahu Yeonie pun" Tanya Nayeon dan memuncungkan mulutnya. Soalan dan reaksi Nayeon itu membuatkan Puan Im tersenyum kecil.

"Dengan kak Ji" Jawab Puan Im ringkas. Nayeon pula dah tersengih lebar.

"Wahhh! Yeke? Baguslah dia kahwin dengan kak Ji. Mujur bukan dengan Suzy tu. Perangai entah apa-apa. Kadang-kadang Yeonie fikir macam manalah abang boleh suka kat perempuan tu. Dia ada sakit mata ke apa" bebel Nayeon panjang lebar. Dia pun macam Namjoon. Tak berapa suka dengan Suzy. Depan Tuan dan Puan Im dengan Jaebeom berlagak baik. Belakang,belang sendiri keluar.

Puan Im menggeleng. "Tak baik cakap macam tu kat dia. Suzy tu budak baik eomma tengok"

Kata-kata Puan Im membuatkan Nayeon mencemberutkan mukanya. Ahhh ibunya sama saja dengan ayahnya. Suka backup Suzy.

"Tapi...mereka berdua kahwin bukan atas dasar cinta. Appa kamu paksa kak Ji untuk gantikan Suzy yang menghilangkan diri" tambah Puan Im.

Nayeon yang dari tadi berdiri terus duduk di sebelah ibunya. "Menghilangkan diri? Maksud eomma?"

"Ya,menghilangkan diri. Dia buat macam tu masa majlis perkahwinan abang kamu tu. Orang tua dia pun sama. Hilang. Kami pun dah tak boleh nak contact Tuan dan Puan Bae."

Puan Im mengeluh. Nayeon menjadi kasihan melihat ibunya dan memeluk Puan Im.

"Sekarang,eomma tak perlu risaulah sebab abang kamu tu dah berkahwin dengan kak Ji"

"Yeonie setuju dengan cakap eomma tu. Jadi,diorang macam mana eomma? Abang Beom dengan kak Ji okey?"

"Seems like..yes. Eomma cuma harap abang kamu tu layan kak Ji elok-elok. Kamu tahukan macam mana dia layan kak Ji tu"

Nayeon mengangguk. Dia tahu abangnya agak benci Hyunji kerana gadis itu hanya orang gaji dan seorang insan yang tidak diketahui asal usulnya yang dibawa oleh ibu bapanya.

"Ni,kamu dah makan ke? Ada kek red velvet dalam peti sejuk. Eomma minta appa belikan semalam. Elok lagi rasanya"

"Nak! Nayeon tak makan langsung dalam kapal terbang tadi. Takde selera. Yeonie rindu masakan eomma hehe" Ujar Nayeon lalu berjalan ke arah dapur.

Puan Im tergelak kecil. Nayeon memang manja dengan ibunya. Jaebeom rapat dengan Tuan Im.

Nayeon juga memang rapat dengan Hyunji. Sejak Hyunji bekerja dengan keluarga Im,Nayeon selalu menghabiskan masa dengannya. Nayeon juga suka pada Hyunji kerana sikap gadis itu membuatkan Nayeon senang dengan Hyunji. Mereka sudah seperti adik beradik.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

Jjang! Maaflah. Bab ni author tulis pasal Nayeon saja. Author nampak macam ada yang tunggu kemunculan dia ni. So I wrote this one ^^ and maaf jugalah kalau pendek also tak macam yang readers harapkan. Maaf juga ayat macam tunggang terbalik. And maaf lagi sebab chap ni pendek Author akan cuba terbaik 🌻❤

LWH 4 done!










Hate To Love [C]Where stories live. Discover now