❄ HTL 18 ❄

53 7 0
                                    

Suzy melihat dirinya pada cermin di dalam biliknya. Tiada senyuman terukir. Hanya wajah mendung yang terpapar. Dahulu dia seorang wanita yang berkerjaya besar,memakai kain skirt pendek dan kot kerja yang mewah. Rambut panjang lurus berwarna perang,kemas dan bersolek. Sekarang,Suzy hanyalah gadis muda yang sedikit selekeh,beruniform pekerja bawahan,tanpa solekan,berambut lurus panjang hitam dan diikat malas.

Suzy mengeluh. Nafas dihela perlahan. Dia memberi semangat kepada diri sendiri.

"Ini hari pertama kau,Suzy. Kau kena kerja kuat. Demi eomma."

Suzy mencapai beg silang kecil yang tergantung di tepi cermin lalu keluar dari bilik. Sepanjang perjalanan,hanya Puan Bae yang difikirkannya. Kost rawatan ibunya amat tinggi. Suzy benar-benar susah hati. Tapi pada akhirnya dia bersyukur kerana telah mendapat kerja. Dia tekad untuk mengumpul wang demi perbelanjan itu.

Ketika dia sedang berjalan,ada mata-mata yang melihat. Suzy menjadi amat malu. Dahulu dia seorang yang terkenal seperti mendiang bapanya. Anak orang ternamalah katakan. Tuan kepada sebuah syarikat besar yang semua rakyat Korea Selatan kenal.

"Itu kan Suzy Bae? Anak Kepada pasangan Bae?"

"Haahlah. Dulu cantik sangat. Sekarang dah macam apa entah"

"Aku dengar dia lari dari perkahwinan dia sendiri"

"Kenapa eh?"

"Aku tak tahu. Tapi harap-harap bukan sebab buruklah"

Perbualan yang menyakitkan hati itu membuatkan air mata Suzy gugur dan langkah dilajukan. Dia berasa sangat malu. Mahu saja dia mengurung diri dalam rumah,elak daripada berhadapan dengan masyarakat di luar sana. Suzy sampai di sebuah sungai. Dia duduk memeluk kaki sambil menangis di bawah sebatang pokok yang renek.

"Appa...Suzy malu...Suzy nak kehidupan macam dulu...kita bahagia,berduit,terkenal dan semua orang hormat pada kita. Sekarang hidup Suzy dan eomma dah berubah sepenuhnya. Eomma jatuh sakit,Suzy miskin. Suzy rindu appa"

Hidung yang berair dikesat. Suzy melihat jam tangannya. Mata membulat.

"Alamak! Aku dah lambat!"

Suzy terus berlari dengan begitu pantas. Tidak mahu lambat masuk kerja pada hari pertama. Suzy mengesat matanya yang merah laju kerana tidak mahu Jaebeom mendapat tahu bahawa dia menangis.

Sampai sahaja di syarikat Jaebeom,kelihatan tuan punya memeluk tubuh dengan wajah yang masa. Kaki dihentak perlahan. Langkah Suzy terhenti. Dia menunduk takut.

"Apa kau tercegat kat situ?? Pintu utama dah depan mata kau ke?? Datanglah sini!!"

Suzy terhenjut dengan tengkingan Jaebeom lalu dia menyambung langkahnya. Jaebeom tersenyum sinis melihat Suzy yang ketakutan. Macam dia tu raksasa.

"Padan muka. Siapa suruh lewat"

Jaebeom juga perasan akan mata Suzy. Jika dia menangis pun ada dia kisah?

______

Jaebeom yang berasa dahaga melangkah keluar dari bilik pejabatnya dan pergi ke pantri. Dia melihat Suzy sedang mengemop lantai. Senyuman jahat terukir. Idea nakal muncul dalam kepala.

"Suzy! Buatkan aku kopi suam!" Ujar Jaebeom yang bersandar pada dinding dengan memeluk tubuh. Pandangan tajam diberikan kepada gadis itu.

"Ba-baik,Beom..."

"Bukan Beom! Tuan Im Jaebeom!"

"Baik Tuan Im..."

Suzy lekas menyediakan minuman panas itu. Selepas itu,segelas kopi suam diberikan kepada Jaebeom. Namun apa yang tidak disangka,Jaebeom memuntahkan semula minuman itu. Jelas di wajahnya menunjukkan riak kelat.

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now