"Jaebeom ah,kerja aku dah selesai. Aku ingat nak tunggu kau tapi eomma aku telefon suruh aku balik sekarang. Takpe kan?" Ujar Namjoon.
"Takpe,kau balik je dulu. Aku dah biasa balik lewat sorang-sorang" balas Jaebeom tanpa memandang Namjoon. Dia sibuk meneliti dokumen-dokumennya.
"Okeylah kalau macam tu. Yah tapi janganlah mabuk lagi. Fikirlah juga si Hyunji tu. Aku nak kau balik terus. Jangan nak merayau
mana-mana"Jaebeom menjeling Namjoon. "Yelah aku tahulah beb. Dah pergilah balik"
Namjoon tergelak. "Halau nampak. Annyeong~"
Pintu pejabat Jaebeom ditutup. Lelaki itu meraup mukanya dengan kasar. Tumpuannya pada kertas kerjanya sebentar tadi hilang kerana Hyunji muncul dalam fikirannya.
Sejak kebelakangan ini wajah Hyunji dan Suzy bersilih ganti bermain di fikirannya,memikirkan mana satu patut dia pilih. Terus menunggu Suzy atau pun tetap dengan Hyunji seorang.
"Yah tapi janganlah mabuk lagi"
"Fikirlah juga si Hyunji tu"
Jaebeom tergelak kecil mengingati kembali kata-kata kawan baiknya tu. Dia faham yang Namjoon ambil berat tentangnya. Jaebeom melihat jam tangannya menunjukkan pukul 1.40 pagi.
"Dah lewat ni. Balik teruslah" gumam Jaebeom. Dia cepat-cepat mengemas fail-fail dan kertas-kertas kerjanya yang berterabur di atas meja kerjanya itu dan beg kerja dicapainya. Jaebeom pun terus keluar dari pejabatnya.
Skip
Sampai sahaja di rumahnya, Jaebeom terlihat Hyunji yang telah tidur dengan TV yang masih terbuka.
'Kenapalah dia tidur kat sini? Tak tunggu aku takpe' gumam Jaebeom dalam hati dengan muka menyampahnya.
Jaebeom dengan selambanya berjalan membiarkan Hyunji di situ.
Merasakan ada yang masuk ke dalam rumahnya,Hyunji tersedar dari tidur dan dia ternampak Jaebeom yang sedang menaiki tangga.
"Oppa....lewatnya ba-"
"Kau tidur kat situ. Malam ni aku nak tidur sorang"
Mamai Hyunji terus hilang mendengar kata-kata Jaebeom itu. Apa? Tidur di ruang tamu ni?
"Ta-tapi oppa,saya-"
"Aku cakap tidur jelah di situ! Yang kau nak bantah lagi kenapa?! Aku takde mood! Tengok muka kau ni buat aku makin serabut je!" Jaebeom tanpa rasa kasihan terus meninggalkan Hyunji.
Mata Hyunji berair. Hyunji cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh tapi tidak boleh. Bantal kecil di sofa sebelah dicapai dan dipeluknya. Sejuk yang amat terus mencengkam kulitnya. Dia tidak berani untuk masuk ke dalam bilik untuk meminta selimut daripada Jaebeom.
'Biar sajalah,Ji. Dia mungkin ada masalah dengan kerjanya. Kau kena fikir positif. Kau tahukan Jaebeom tu macam mana?' Gumam Hyunji memujuk hatinya yang sakit tu.
Dalam bilik
Jaebeom's pov
Aish!
Haih....kenapa dengan aku ni? Asal tengok muka dia je rasa serabut,rasa nak marah,rasa geram. Tapi,aku rasa kesian juga kat dia.
Halah! Kesian sikit je! Kau tak payah lah bagi muka kat Hyunji tu! Nanti dia jadi teruk!
Perasanku terus berlawan sesama sendiri. Aku meraup kasar muka dan beg kerja dicampakkan ke tepi. Aku rebahkan diri di atas katil. Keluhan berat aku lepaskan. Aku betul-betul keliru dengan diri aku. Sekejap benci dia,sekejap rasa kesian kat dia.
Tapi aku juga ada fikir,kenapa nak kena tunjuk yang aku sayang dia. Kali pertama appa dengan eomma bawa Hyunji balik,aku jadi tak senang dengan dia. Aku selalu fikir dia cuba nak rampas kekayaan keluargaku. Like what people said, pengkikis harta? Bruh!
........................................
"Aku suruh kau kemas bilik aku! Kenapa masih bersepah lagi ni?!"
"Ma-maaf, Encik Beom. Sa-saya tengah sediakan makan tengahari tadi. Lepas tu basuh baju-baju. Maaf sangat-sangat"
"Alasan! Cepat kemaskan! Nanti kawan-kawan aku nak datang!"
"B-baik encik..."
.......................................
Aku jadi takut dengan kehadiran Hyunji dalam keluarga aku. So I treat her badly.
Tapi...Hyunji tu nampak baik juga. Pandai masak,cara dia bercakap dengan keluarga aku,dengan orang lain pun lemah lembut, tak pernah berkasar.
Habis tu? Suzy? Dia pun okey juga. Walaupun dia kadang-kadang over, tapi wanita tulah yang aku sayang. Cinta pertama aku. Kau jangan lupa tu.
Tapi Beom,dia lari wei! Dia menghilangkan diri macam tu je!
Jaebeom's pov end
Jaebeom menjadi semakin stres. Dikusut-kusutkan rambutnya itu teringatkan apa yang Suzy telah buat padanya. Memalukan diri dan orang tuanya.
Jaebeom cuba untuk tidur. Dia malas untuk menukar baju. Yang ada dalam fikirannya sekarang ialah Suzy. Dia rasa seperti dikhianati oleh perempuan itu.
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Hey guys! New chap ^^ maaf kalau tak berapa best yang ni. Harap korang suka ^^ ❤🌻
LWH 5 done!
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
FanfictionPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.